View: 1273|Reply: 0
|
8 Cara Tangani ‘Cinta Ganas’!
[Copy link]
|
|

Di zaman sekarang, banyak kes penderaan berlaku tak kira dalam hubungan rumah tangga mahupun percintaan. Girls, janga terus menjadi mangsa deraannya. Sungguhpun kamu mencintai dirinya itu tidak bermaksud kamu harus biarkan si dia terus menyakiti dan mencederakan kamu ya! Lakukan 8 pekara ini untuk tangani masalah ‘cinta ganas’ antara kamu berdua,.
# 1 : SEDAR DIRI
Jangan terus bermimpi, bangkit dan sedar! Jangan biarkan dia terus menyakiti kamu. Bersuara jangan diamkan diri. Ingatkan pada diri, jika di benar-benar mencintai kamu dia tidak akan sesekali melakukan pekara yang menyakiti kamu apatah lagi mencederakan kamu.
# 2 : PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Ya, memang ia agak sukar namun ia boleh dilakukan. Sampai bila kamu hendak menjadi hambanya ? Kamu hanya perlu percaya pada diri dan yakin dengan kekuatan kamu. Kamu berhak diberi layanan yang istimewa. Yakinilah diri kamu itu sangat berharga!
# 3 : MINTA BANTUAN KELUARGA ATAU TEMAN
Mengakhiri perhubungan yang ganas ini memang sangat sukar. Namun usah bimbang, siapa kata kamu hanya berdiri bersendirian ? jangan lupa kamu masih ada ahli keluarga serta rakan-rakan. Jika kamu menghadapi masalah segera minta bantuan daripada mereka. Sejujurnya ia akan berjalan dengan lancar apabila ia di lakukan bersama.
# 4 : DAPATKAN NASIHAT PAKAR
Selain dari meminta bantuan daripada keluarga dan teman, kamu juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar. Kamu boleh dapatkan nasihat daripada pakar kaunseling, psikologi, terapi minda, serta guru kaunseling untuk memulihkan semangat kamu. Malah, cara ini juga dapat mengurangkan bebanan yang dipikul.
# 5 : STRATEGI
Walaupun nampak seperti kamu yang jahat kerana memasang strategi untuk berpisah. Jangan terus rasa tertekan. Biarlah apa orang kata, janji ia memberi kebahagian pada kamu. Sebaiknya jangan terus putus dengannya kerana cara ini akan membuatkan kamu terus di sakiti. Dengan adanya strategi kamu akan rasa lebih yakin untuk meninggalkan kisah gelap kamu itu.
# 6 : DON’T DO IT ALONE!
Jika pasangan kamu itu seorang yang agresif. Ketika berjumpa untuk kali terakhir pastikan kamu bawa seseorang yang boleh melindungi kamu sebagai peneman. Ini kerana apabila kamu berdua, pasangan kamu boleh bertindak kasar dan menyakiti kamu. Jadi, dengan adanya peneman sekurang-kurangnya individu tersebut dapat membantu serta membuatkan si dia lebih menjaga batasan di antara kamu berdua.
# 7 : CARI TEMPAT PERLINDUNGAN
Selepas putus dengan pasangan, segera cari tempat perlindungan yang selesa dan selamat seperti rumah ibubapa atau adik beradik. Elakkan dari tinggal bersendirian. Ini kerana, bekas pasangan kamu itu mungkin akan menanti peluang untuk membalas dendam atau cuba mencari kamu semula.
# 8 : LIBATKAN POLIS
Jika si dia bertindak keterlaluan, tiada salahnya kamu lindungi diri dengan membuat laporan polis. Sekiranya terjadi apa-apa pada kamu, sekurang-kurangnya kamu ada rekod yang membuktikan memang kamu pernah di sakitinya. Jangan pandang rengan ya, ini adalah salah satu untuk kamu berlindung serta selamatkan nyawa.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|