CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1346|Reply: 0

Inilah 10 Punca Kenapa Parent Tak Suka Boyfriend Kamu

[Copy link]
Post time 2-10-2015 05:40 PM | Show all posts |Read mode



                    Hari ini adalah masa yang sesuai untuk membawa pasangan kamu berkenalan dengan ahli keluarga.

        Bila dibawa berjumpa, selepas pulang si  ibu mula bersuara, "Mak tak berkenan la dengan dia," abah pula. "kau carilah yang lain nak."

        Tentu terdetik dalam hati kamu rasa kecewa kan bila terjadi sedemikian. Mengapa terjadi begitu?

        Jika difikirkan, kalau kamu suka tentu ibubapa kamu juga harus suka akan pilihanmu.

        Nah, mungkin ini faktor yang menyebabkan mereka tak suka pada boyfie kamu.

        # 1 | First Impression - Siapa cakap first impression tak penting. Perjumpaan kali pertama sememangnya satu 'cabaran' yang getir buat si dia. Ibu bapa kamu selalunya mementingkan ‘first impression’.

        # 2 | Penampilan - Penampilan sangat penting bagi mereka. Tak semestinya perlu kacak atau hensem, tapi berpakaian kemas. Jadi jika pasangan kamu itu jenis suka memakai baju-baju lusuh, make sure he dress properly ya!

        # 3 | Cerita Tak Sedap - Ibu bapa akan bersikap dingin dengn lelaki yang pernah menyakiti kamu terutamanya si ibu. Ini pekara normal, kerana mereka tidak suka dengan individu yang sering menyakiti anaknya. Oleh itu, jika kamu berdua sedang dilanda masalah tangguh dahulu niat kamu untuk membawa si dia berjumpa dengan ibu bapa kamu. Tunggu sehingga segalanya reda seperti sedia kala terlebih dahulu.

        # 4 | Tak Serasi Pada Pandangan Mereka - Hey! Come on la. Ibubapa yang membesarkan kamu tentu mereka lebih mengenali kamu dan apa yang terbaik buat kamu. Memang sebagai seorang remaja kita

        seringkali tak sependapat dan sebulu dengan pendapat mereka. Tapi, cuba berfikiran matang dan fikir kembali apa yang mereka katakan dan nasihatkan padamu.

        # 5 | Milik Orang - Perlu di ingat, tiada seorang pun ibu bapa yang suka anaknya menjalinkan hubungan dengan seseorang yang sudah menjadi milik orang. Mereka tahu, hubungan seperti ini selalunya akan menyebabkan kamu merana. Jadi, bagi mereka tiada guna kamu teruskan hubungan dengan individu seperti ini. Mereka bimbang jika ada orang yang melabelkan anak mereka sebagai ‘perempuan perampas’ atau diberi gelaran yang negatif hanya kerana mengejar bahagia!

        # 6 | Tak Pandai Ambil Hati - Kadangkala, cara boyfie kamu berkomunikasi, perwatakannya dan perlakuannya terhadap orang tua mu amat penting. Amatlah malang andai boyfie kamu kurang adab atau tak pandai untuk mengambil hati orang tua kamu. Untung jika kamu punya boyfie yang disukai dan disenangi oleh kedua orang tuamu kerana perwatakannya yang menyenangkan, kerana 'selangkah kakinya telah masuk ke dalam rumah kamu', atau bahasa mudah, dah dapat 'greenlight'.

        # 7 | Tak Matang - Mereka bimbang pasangan kamu itu tidak mempunyai fikiran yang matang. Ada kalanya, boyfie kamu akan diuji dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan masa depan. Jika si dia tak nampak seperti serius untuk menjaga kamu atau ingin berkahwin denganmu, atau nampak tak ada effort, memang mudah untuk parent mengenepikan si dia. Put some effort beb.

        # 8 | Ketepikan Parent Dalam Banyak Hal - Keluar dating pun nak kena minta izin? Mungkin nampak kolot atau old fashion, tapi itulah faktor yang mereka jadi tak suka bila mereka rasa diketepikan. Andai kamu dapat tackle hati anak kenapa pula tidak pada orang tuanya? Jemput depan rumah, salam dan bersembanglah sebentar dengan orang tuanya.

        # 9 | Didikan Agama - Bukan tunggu kena jadi imam masjid, tapi make sure boyfie kamu boleh menjadi imam kamu yang baik pada suatu hari nanti. Jangan nanti bapa kamu memintanya jadi imam, terketar-ketar pula lututnya nanti kerana bacaan ayat lazim pun fail...

        # 10| Masa Yang Sesuai - Kamu harus tahu apa keutamaan mereka pada dirimu. Jika mereka inginkan kamu menghabiskan pelajaran dahulu, maka fokus. Tak salah pun nak berkawan, tapi kamu harus tahu apa yang kamu perlu selesaikan dahulu. Sampai masanya nanti, ibubapa sendiri akan bersuara, "bila nak tunjuk calon menantu ayah ni," so goodluck ya!!!
        -remaja-



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.373220 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list