CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14912|Reply: 114

Akhiri Penantian -TAMAT-

[Copy link]
Post time 1-10-2015 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by momey at 7-10-2015 09:19 AM

Tudiaaaa Tudiaa.. momey mai dah

Assalammualaikum semua. ada cerita baru ni, apa-apa leh komen naa.
selamat membaca
mmuahhhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2015 04:26 PM | Show all posts
Maryam sedih. Surat yang dihulurkan posmen pada tengah hari itu bukan surat panggilan kerja tetapi surat kemasukkan ke universiti. Ikutkan hati dia sudah malas hendak sambung belajar. Lebih baik terus kerja! Memandangkan ayahnya yang lagi sebulan nak pencen dan ibunya memang suri rumah sepenuh masa.
Maryam berehat di kerusi bawah pokok yang rendang itu. Dia tengah berfikir, kerja apa yang dia boleh buat sementara nak dapat kerja yang lebih terjamin.

“Kak long! Telefon ni. Ada orang call.” Jerit angah dari dalam rumah.

Maryam bangun lalu berjalan meniti anak tangga masuk kedalam rumah batu dibawah manakala atasnya berdindingkan papan. Diambilnya handphone di atas rak tv. Tertera nama Wafa di skrin telefon.

“Hello.”

“Beb, nak keja ngan aku dak?”

“Hah? Keja pa?”

“Butik baju.”

“Boleh!” Maryam mula gembira mendapat tawaran kerja tersebut.

Yang dia beriya nak kerja tu sebab dia malas hendak dengar bebelan dari maknya. Entahlah, memang dari kecil dia diasuh seperti anak angkat.

“Maryam!! Sudah-sudahlah tu cakap telepon. Ni pinggan mangkuk sapa nak basuh?” jerit Mak Jenab sambil memotong sayur di dapur.

Maryam mengeluh kecil.

“Wafa, nanti aku call hang balik erk. Mak aku dah bising-bising dah tu. Tapi apa-apa pun bagi tahu kawan hang yang aku setuju keja tu.”

“Yalah. Bye.”

“Bye.”

Maryam memandang adiknya angah yang sedang sibuk main game PS2.

“Awat hang tak tolong basuh pinggan?”

“Aku lelaki. Tak ada masa aku nak basuh pinggan ok?” jawab angah yang langsung tidak memandang wajah kakaknya itu.

Maryam geram. Dia berjalan menuju ke dapur. Kelihatan ibunya masih lagi memotong sayur dan beberapa ketul ubi kentang.

Maryam menuju ke sinki lalu membasuh kesemua pinggan-pinggan kotor tersebut.

“Bila hang nak keja ni? Hang ingat mak ngan pak hang nak tanggung hidup hang sampai bila-bila?” sindir Mak Jenab.

“Nak keja la ni.”

“Nak keja..nak keja. Bilanya hang nak keja hah? Dah la pak hang tu bulan depan nak pencen dah. Pencen pun bukan banyak mana nak dapat!”

“Cheq tau la mak.”

“Menjawab ja keja hang erk?”

“Mak, sapa yang tak mau keja? Kalau boleh keja basuh kereta depan kedai Ah Seng tu pun cheq sanggup tau. Tapi mak plak tak bagi.”

“Hang pun agak-agak la.. kata pelajaq terbaik sekolah. Takkan pelajaq terbaik keja basuh kereta? Haishhhh buat malu keluarga!”

Maryam malas hendak bergaduh mulut lagi dengan ibunya. Buat tambah dosa! Dosa yang ada pun dah tak tertanggung. Dia menyusun pinggan yang basah ke sebelah sinki. Selepas itu dia terus berjalan masuk ke dalam biliknya.

“Bertuah punya anak! Eeee geram aku!” Mak Jenab mendengus sendirian.


                                               ############################


Adeeb yang hanya tahu minta duit dari ibunya, selalu lepak bersama kawan-kawan membuang masa dengan main judi di sebuah pondok berhampiran ladang getah.  Adeeb menghembuskan asap rokok ke udara.

“Deeb! Bila hang nak bawa Maryam jumpa kami ni?”

“Motif?”

“Motif dia.. lama xpekena ‘lauk’ ni.” Jawab Hakim lalu yang lain turut gelak besar.

Adeeb menyusun kad di jari sambil menggigit puntung rokok.

“Yang tu aku tak boleh bagi share..”

“Awat plak?”

“Hat tu aku sorang ja leh ‘makan’”

“Dah ‘makan’ ka?”

“Belum.”

“Tediaaaaa..ingat dah lama ‘makan’ sampai lupa kawan-kawan.”

“Sabaq la dulu. Bukan leh teruih taram. Kita bagi dia tangkap lentok dulu.”

“Bukan ka perempuan la ni senang nak ‘bagi’ ?”

“Bukan semua la wei!” Adeeb menolak kepala Hakim yang dari tadi berminat sembang mengenai Maryam.

Adeeb mula terbayang akan wajah Maryam. Dia dan Maryam satu kelas semasa tingkatan empat dan lima. Maryam dan Adeeb agak rapat tetapi belum declare sebagai pasangan kekasih lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 07:21 AM | Show all posts
morning semua.. {:hooray
jom smbung!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 07:26 AM | Show all posts
Maryam merebahkan punggungnya di atas katil lalu mula menaip watsup kepada Wafa.

[wafa, tang mana butik kawan hang yang aku nak keja tu?]

Beberapa saat kemudian, Wafa membalas.

[dekat mall pekan kita tu la.]

[cun! Bila aku leh start keja wei? Aku dah malas duduk rumah dah ni]

[kwn aku cakap esk pun dh bole wei!]

[gila syok. Esk pukoi brapa aku kena ada kat butik dia?]

[9.30pg. tggu dia bukak kedai. Lpas tu dia akan bg arahan la kat hang]

[ok, clear. Tq wafa. Hang dah banyak tlong aku]

[no hal la.]

Maryam tersenyum sendirian. Kemudian dia teringat akan Adeeb. Terus dia menghubungi lelaki tersebut.

“Awak.”

“Ha.”

“Awak kat mana tu?”

“Ada dekat..dekat kedai bapak ni ha.”

“Owh. Nak jumpa sat bole dak?”

“La ni ka?” Adeeb membuang puntung rokok ke tanah lalu menghembuskan asap terakhir ke udara.

“Ha..nak jumpa sat ja.”

“Jumpa tempat biasa”

“Ok!”

Selepas mematikan talian, Maryam terus bersiap mengenakan tudung bawal. Dia keluar dari bilik sambil mencari kelibat ibunya. Tak ada!

Dia turun ke bawah lalu menghidupkan enjin motor. Tanpa memakai helmet, dia terus memecut laju motor scooternya melalui jalan kampung.

Sungguh tenang pemandangan kampung yang penuh dengan pokok-pokok yang menghijau. Sejuk mata memandang. Anak-anak kecil bermain tanpa rasa takut. Makcik dan pakcik sibuk menuai padi dan menorah getah. Nyamannya!

Maryam mematikan enjin motor dibawah pokok berhadapan dengan sungai yang dijaga tanpa sebarang sampah sarap. Kecuali ada beberapa manusia yang masih degil menyalah gunakan kawasan indah tersebut dengan melakukan maksiat. Selalu berlaku waktu malam!

Maryam dengan beraninya selalu berjumpa dengan Adeeb di sungai tersebut. tetapi sepanjang dia berkawan dengan Addeb tak ada pula Adeeb mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia masih belum tahu perangai Adeeb yang sebenar.

“Mana Adeeb ni?”

Maryam perlahan-lahan menuruni ke tebing sungai. Batu-batu disitu membuatkan Maryam lebih berhati-hati. Silap langkah boleh terjatuh ke dalam sungai tersebut. Daun-daun kecil disusun di bawah pokok. Perlahan-lahan dia merebahkan diri di atas tanah yang sudah dia ratakan itu.

Udara yang segar itu di nikmati dengan penuh tenang. Maryam mula terbayang, jika dia sudah mula bekerja, dia akan dapat duit. Boleh la dia menabung dan membeli apa yang dia nak selama ini.

“Kalau dapat keja dekat KL pun syok jugak. Dapat duduk merasa berdikari. Jauh dari mak. Tak gaduh dengaq mak bebel lagi.” Maryam tersengih lagi.

“Hamboi dia..”

Maryam terkejut. Terus dia menoleh ke belakang. Adeeb tersenyum lalu duduk di sebelahnya. Dalam pada masa yang sama ada sepasang kekasih turut datang ke situ. Siap bertepuk tampar, bergurau senda lagi! Maryam geli.

“Eeee..”

“Apa yang eeee nya tu?”

“Macam tu ka kalau bercinta?” Maryam memang tak pernah bercinta sebelum ini. Lagipun perwatakannya agak sedikit kasar.

“Hah? Selama ni hang tak rasa cinta kat aku ka?”

Maryam membeliakkan biji matanya.

“Cinta? Kita dua bercinta? Hhahaha..lawak wei!”

Adeeb gagal mencuri hati Maryam. Dia diam. Maryam perasan perubahan Adeeb itu.

“Wei! Tetiba monyok. Aku ada salah cakap ka?”

“Tak da apa aih.”

“Wei..”

“Wei..wei.. cakap la!”

“Hamboi garang. Hahaha. Adeeb, aku dapat keja dah.”

“Yaka?”

“Aku dapat keja kat city plaza nuu. Tolong kawan aku kat butik.”

“Syok la. Leh blanja aku makan besaq.”

“Banyak la hang! Hutang aku bila nak bayaq?”

“Tudia.. seratuih ja pun. Berkira haih.”

“Mestilah. Seratuih pun duit naa”

“Cium aku dulu.”

“Hah?”

Adeeb menghalakan pipinya pada Maryam.

“Eeeee” Maryam menolak tubuh Adeeb.

“Susah betoi la hang ni! Nak suruh cium sikit ja pun.”

“Wei. Tolong la..cium apa barang!”

“Abih? Nak ehem-ehem teruih dengan aku?”

Maryam terkejut bila Adeeb cakap macam tu. Selama ini Adeeb tak pernah cakap yang tak senonoh seperti itu. Dia bangun.

“Aku tak suka hang cakap dengan aku macam tu.”

Adeeb turut bangun dan mereka kini berdiri menghadap satu sama lain.

“Hang tau dak aku suka dekat hang?” Adeeb masih tidak putus asa untuk serkap jarang Maryam.

”Hang biaq betoi. Kita ni kawan ja. Aku tak ada hati kat hang pun.”

“Sampai hati hang.”

“Nak buat lagu mana kalau dah tak cinta? Gila pa nak paksa-paksa?”

Adeeb memegang tangan Maryam.

“Haa ni aku tak suka ni!” Maryam menolak tubuh Adeeb.

“Orang lain senang ja. Awat dengan aku susah hang nak bagi?”

“Bagi apa?! Hang jangan nak kurang ajaq sangat! Tak pasai hang makan guna straw kot!” Maryam memang kalau tak kenal, orang cakap dia tomboy.

Adeeb geram. Dia menarik tubuh badan Maryam. Dia cuba untuk mencium Maryam. Yang dia dapat, penampar di sebelah pipi kirinya.

“Amik hang! Kurang ajaq sangat.”

Adeeb jatuh terduduk. Nafas Maryam turun naik menahan marah.

“Aku tak sangka hang macam ni, Adeeb. Aku ingat hang lelaki yang baik. Rupanya, kambing kat umah aku lagi gentleman! Puihhhh!!! Lepas ni jangan jumpa aku dah. Aku tak mau tengok muka hang lagi. Selamat jalan!”

Maryam sempat menyepak kaki Adeeb sebelum dia meniti tebing naik ke atas menuju ke arah motornya, Adeeb mengusap pipinya yang sudah kemerahan itu. Pasangan yang asyik bergurau senda dari tadi ketawakan Adeeb. Adeeb bertambah geram!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 07:31 AM | Show all posts
“Haram jadah punya jantan! Perangai serupa tak ada otak.” Maryam membebel sendirian sambil memecut laju scooternya itu.

Tanpa diduga, tiba-tiba datang sebuah kereta meluncur laju lalu merempuh motor scooter Maryam sehingga Maryam terbabas lalu masuk ke sawah bendang. Dushhh!!!

Pemandu kereta tersebut dengan kelam kabut keluar dari kereta mencari Maryam. Maryam yang sudah berlumuran dengan tanah bendang itu bangun ke ‘ban’.

“Haram aihhh! Woi!”

“Maafkan saya, cik.” Lelaki berkulit hitam manis itu serba salah.

Habis Maryam bermandikan lumpur bendang itu.

“Hang ni tau bawak kereta ka dak?”

“Maafkan saya. Saya tak sengaja. Saya nak cepat tadi.”

“Nak cepat jadi lambat sekarang kan? Sebab itu la orang cakap biar lambat asal selamat. Masalahnya sekarang yang tak selamat tu aku!” marah betul Maryam.

“Saya akan gantikan pakaian cik.”

“Pakaian aku tak kisah. Masalahnya motor aku tu! Kalau dah jahanam macam mana aku nak pi keja esok?!”
Lelaki itu cuba untuk masuk ke dalam bendang. Maryam sengaja membiarkan lelaki itu angkat motornya sendirian. Dalam tengah marah tu, Maryam masih lucu melihat gelagat lelaki itu cuba masuk ke dalam bendang. Ternyata lelaki itu kelihatan dari bandar.

Akhirnya motor Maryam selamat diangkat. Maryam memandang tajam ke arah lelaki di hadapannya itu.

“Aku rasa motor aku dah rosak ni.”

“Cik, saya betul-betul dah lambat ni. Ni kad saya. Kalau betul-betul rosak boleh hubungi saya ya.” Lelaki itu menghulurkan kad pada Maryam.

Dalam pada masa yang sama juga, lelaki itu menghulurkan beberapa keping duit rm50 pada Maryam. Maryam terkejut.

“Eh, banyak la plak. Saya ambil seratus ja la.”

“Eh, amik ja semua. Saya minta maaf na. Saya pergi dulu.” Lelaki itu mengenakan kembali kaca mata hitam lalu masuk ke dalam kereta.

Maryam memandang kad di tangannya.

“Mohd Hadi b. Zakaria, Pembantu Peribadi. Hmm..kalau aku minta dia dapatkan keja untuk aku ni best jugak.” Maryam ketawa kecil.

Kemudian dia memandang motornya. Hmm..terpaksalah dia tuntun motornya kebengkel berdekatan. Rupanya dari jauh Adeeb memerhatikan gerak geri Maryam.


                                              ############################


Jam menunjukkan pukul 8.30 malam.

“Baiklah. Mesyuarat ditangguhkan.” Ucap Luth Amsyar mewakilkan pegawai atasannya untuk jadi pengerusi mesyuarat pada hari tersebut.

Semua pekerja mula mengemas meja lalu bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing. Hadi yang baru sampai itu perlahan-lahan berjalan ke arah Luth.

“Aku nak minta maaf. Bukan aku sengaja datang lewat.”

“Tak pe.” Jawab Luth acuh tak acuh.

“Nah. Ni kunci rumah tu.”

“Letak atas meja.”

Hadi tahu Luth masih marah padanya.

“Apasal kotor seluar kau tu?”

“Kemalangan sikit.” Memang Hadi tak sempat nak balik tukar dulu pakaiannya.

“Kemalangan?”

“Dengan gadis scooter kampung.”

“Jodoh la tu.”

“Jodoh la sangat. Dah serupa gangster dah saya tengok perempuan tu.”

Luth ketawa kecil. Letih sangat rasa semenjak dua menjak ni. Bertambah letih dengan hal peribadi pun terlibat sama!

“Thank you sebab uruskan rumah arwah tok aku tu.”

“Ok je.” Jawab Hadi yang sudah lali dengan perangai Luth. Dia sudah tiga tahun menjadi pembantu peribadi kepada Luth.

Luth mengambil fail-fail di atas mejanya lalu terus keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Mata pun dah letih. Sepatutnya mesyuarat tersebut boleh selesai pukul 6 petang. Tetapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan, mesyuarat itu berlangsung selepas solat maghrib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 07:40 AM | Show all posts
Semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah, Luth yang selalu berada di seat belakang hanya diam sahaja pada malam itu. Hadi sesekali memandang cermin pandang belakang melihat air wajah majikannya yang kelihatan seperti ada masalah besar.

“Encik Luth ok ke?” Hadi gagahkan diri.

Luth masih di dalam alamnya sendiri lagi. Dia hanya memandang ke luar tingkap. Hadi hanya mengangkat bahu tanda abaikan sahaja persoalannya tadi.

“Aku lapar la. Teman aku makan jom.” Tiba-tiba Luth bersuara.

“Encik Luth nak makan dekat mana?”

“Tak kisah. Tepi jalan pun ok.”

“Makan mee goreng mamak nak?”

“Ermm..ok gak!”

Hadi terus mendapat idea mencari kedai makan yang selalu dia lepak bersama rakan-rakan yang lain jika ada masa lapang. Luth kembali diam.


                                        ############################


Maryam mengambil pakaian yang telah kering lalu di bawa ke ruang tamu berhadapan dengan tv. Di longgoknya di situ lalu duduk bersila. Sambil menyanyi mengikut rentak lagu Hindustan yang tengah ditayang di tv itu, dia mula melipat kain baju.

“Hepi nya hang. Keja dah dapat belum?” tegur ibunya lalu duduk di atas sofa rotan di satu sudut.

“Dah.”

“Keja apa?”

“Juai baju.”

“Kat mana?”

“Ish mak ni. Dah macam pak polisi plak soal siasat.”

“Mak tanya hang jawab ja la.”

“City Plaza.”

“Gaji banyak mana?”

“Mana cheq tau lagi. Esok baru nak jumpa bos.”

“Ni aku nak tanya hang lagi ni. Baju kotoq apa duk rendam dalam bilik ayaq tu?”

“Jatuh bendang.”

“Tudia derhaka sangat dengan aku.”

“Mak..awat cakap lagu tu?”

“Hang selalu bagi mak marah kat hang. Memang padan hang kena!”

“Cheq buat apa mak? Dari kecik sampai la, mak selalu tak puaih hati ngan cheq.”

Mak Jenab terus bangun lalu ke dapur. Maryam memang dah lama makan hati dengan ibunya sendiri. Setiap kali tanya apa salah dia, mesti tiada jawapan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2015 07:47 AM | Show all posts
Hadi membiarkan Luth mencari tempat duduk di dalam restoran mamak tersebut. Luth memilih untuk lepak di tepi jalan. Dia betul-betul serabut malam itu. Datang seorang mamak untuk mengambil order.

“Encik Luth nak makan ape?” tanya Hadi mewakili mamak tersebut.

“Erm..kasi saya mee goreng letak telur mata. Air ermm.. sirap limau aje la.”

“Saya roti canai kuah banjir. Air kosong.”

Selesai mamak mengambil order, terus dia masuk ke dalam restoran. Hadi agak hairan. Selama tiga tahun dia jada Luth, ini kali pertama Luth makan di gerai seperti ini. selalunya kalau tak dihotel, mesti dia akan balik rumah masak sendiri.

Luth masih melayan perasaan. Hadi mula mengatur ayat.

“Encik Luth ada apa-apa yang nak luah pada saya?”

Luth terus memandang Hadi.

“Entah la, Hadi. Pening bila fikir.”

“Kalau tak keberatan, saya ok je dengar apa yang Encik Luth nak luahkan.”

Luth mengeluarkan handphone dari poket bajunya. Kemudian dia click icon watsup.

“Nah. Tengok ni.”

Hadi menyambut handphone tersebut dari tangan Luth. Mesej mula dibaca.

[Kalau u rasa I tak layak untuk u, kita putus! Batalkan sahaja perkahwinan kita. Habis cerita!]

“Encik Luth tak balas?”

Hadi memang tahu akan hubungan Luth bersama dengan sepupunya sendiri Adra Khaisya. Mereka dijodohkan oleh keluarga. Yang membuatkan Adra jadi seperti itu kerana tidak tahan dengan perangai Luth yang asyik utama kan kerja. Memang susah untuk mereka berdua keluar dating.

Luth hanya menggelengkan kepala tentang soalan Hadi tadi. Dia mengeluh kecil.

“Ke ada benda lain yang buat Encik Luth runsing?”

Luth memandang Hadi.

“Aku nampak depan mata aku, Adra keluar masuk dengan seorang lelaki. Aku tak kenal lelaki tu. Depan ibu dan ayah bukan main dia, sampai tak nampak cacat cela. Mungkin kebenaran dipihak aku. Dia nak putus ni pun aku rasa dia nak kawin dengan lelaki tu.”

Nampak airmuka Luth kecewa disitu.

“Anggap dia bukan jodoh Encik Luth. Insyaallah ada banyak lagi perempuan yang baik kat luar sana.”

“Tipu la kalau aku cakap aku tak sedih. Dalam 80% jugak la aku simpan dia dalam hati aku. Nampak ja dia dengan lelaki lain, perghhh menusuk giler! Tapi..dia tak tau lagi yang aku pernah nampak dia dengan jantan tu.”

“Owh yeke? Ingat cik Adra dah tahu dah.”

“Belum.”

Mereka berdua diam seketika apabila pelayan mamak tersebut menghidangkan mee goreng dan roti canai banjir. Luth menghirup air sirap limaunya itu tanpa straw. Nampak sangat kepalanya betul-betul serabut.

“Encik Luth, straw kan ada tu.”

“Ya Allah.” Luth ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.

Beberapa suap mee telah masuk ke dalam mulut. Hadi hati-hati mengatur ayat agar majikannya itu tidak makan hati.

“Encik Luth, rumah arwah tok tu bila nak beroperasi?”

“Insyaallah. Minggu depan dah boleh kot. Kau dah iklankan ke dalam internet?”

“Dah. Alhamdulillah sampai tengah hari tadi ada dalam 20 orang pelanggan kita nak check in antara bulan depan hingga hujung tahun.”

“Bagus. Dah iklankan pekerja kosong?”

“Dah.”

“Aturkan hujung minggu ni.”

“Ok.”

Hadi malas hendak bercakap pasal Adra lagi. Risau banyak soalan nanti kena tahan gaji pulak!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 07:50 AM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Selepas solat subuh, Maryam menyediakan nasi goreng untuk sarapan pada pagi itu. Ayahnya, Pak Majid seorang guard di sebuah kilang baru sampai dirumah. Shift malam.

“Abah, mai la makan dulu.” Ajak Maryam sambil menyedok nasi ke pinggan.

“Abah nak sembahyang dulu. Sat gi terlajak, habis!”

“Yalah.”

Pak Majid masuk ke dalam bilik mengambil tuala mandi lalu ke bilik air. Mak Jenab ke dapur lalu menuang air teh ke dalam cawan.

“Mak nak makan?”

“Dah kenyang.”

“Dah kenyang? Mak makan apa?”

“Makan hati!” Mak Jenab terus berjalan menuju ke ruang tamu.

Maryam diam. Tak tahu nak buat apa lagi untuk ambil hati ibunya.


                                           ############################


Setelah selesai membaca semuka ayat suci Al-Quran di tikar sejadah, Luth kembali duduk di atas katil. Dia mengambil handphone lalu dibuka. Tertera wajah Adra pada homescreen tersebut. Whatsup dari Adra pun dah sunyi.

Tok! Tok! Tok!

Luth memandang ke arah pintu biliknya. Siapa pula yang ketuk awal subuh itu? Luth bangun lalu membuka pintu. Ayah dan ibunya berdiri dihadapan pintu.

“Ayah..ibu.”

“Ayah dengan ibu ada benda nak cakap dengan Luth. Luth ada masa?”

“Boleh. Luth ok je. Masuklah.”

Dato Zahri dan Datin Syakira, ibu tiri Luth masuk ke dalam bilik lalu duduk di sofa berhadapan dengan katilnya. Ibu kandung Luth meninggal dunia akibat kemalangan. Datin Syakira, pengganti ibu tiri Luth. Masih muda, berusia 35 tahun. Tua dua tahun dari Luth.

Luth ada adik perempuan tetapi masih belajar di luar negara. Luth duduk di atas katil sambil mengadap ayah dan ibu tirinya itu.

“Ada apa ayah?”

“Semalam Luth balik lewat kan?”

“A’ah. Kenapa?”

“Petang semalam mak ngah dan pak ngah kamu datang sini. Adra pun ada sekali. Bukan main marah dia sebab dia cakap Luth tak layan watsup dia.”

Datin Syakira hanya diam disisi suaminya. Sepanjang berkahwin dengan Dato Zahri, dia jarang berborak dengan anak-anak tirinya itu. Tetapi itu tidak bermakna Luth dan adiknya Safiyya memulaukan dia. Bagi mereka, ayah gembira mereka pun turut bahagia. Yang pergi tetap ada di dalam doa.

“Ayah pun dah tak tahu nak cakap apa.”sambung Dato Zahri lagi.

Luth mengeluh kecil.

“Apa yang dah berlaku ni?”

Luth berdehem. Macam mana dia nak mulakan?

“Terus terang dengan ayah boleh?”

Luth memandang wajah ayahnya.

“Luth rasa Luth bukan lelaki yang baik untuk Adra. Luth nak batalkan perkahwinan ni.”

Ayat Luth itu sedikit sebanyak agak mengejutkan Dato Zahri dan isterinya.

“Luth dah habis fikir.” Sambung Luth walaupun masih ada lagi sikit baki kesedihan itu.

“Macam ni, Luth. Ayah dan ibu memang takkan paksa Luth. Yang nak kahwin Luth. Cuma, ayah minta Luth jumpa keluarga Adra minta maaf.”

“Luth minta maaf?”

“Kenapa Luth cakap macam tu?”

“Tak apalah. Nanti Luth selesaikan hal ni. Ayah dan ibu tak yah risau. Ok?”

Dato Zahri bangun lalu duduk disebelah anak sulungnya itu. Bahu anaknya dipegang erat.

“Mau tak risau. Luth satu-satunya anak lelaki harapan ayah.”

Luth terharu dengan kata-kata ayahnya itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2015 07:55 AM | Show all posts
Nasib baik scooter Maryam tak teruk sangat nak dibaiki. Duit baki yang diberi Hadi pun masih ada. Enjin motor dihidupkan. Sambil memandang cermin sisi, dia membetulkan helmetnya. Tersenyum memandang dirinya sendiri dicermin. Niat pergi kerja kerana Allah dan mencari rezeki. Dari jauh kelihatan ibunya berjalan pulang ke rumah dengan menaiki basikal. Terdapat beberapa bungkusan plastik di dalam bakul depan.

“Mak, cheq pi keja dulu naa!” jerit Maryam dari jauh.

Mak Jenab hanya menjerling lalu parking basikal di bawah pokok. Maryam membonceng scooternya lalu berhenti bersebelahan ibunya. Dihulurkan salam namun Mak Jenab tak endah lalu masuk ke dalam rumah. Maryam sedih namun ini bukan kali pertama dia dilayan sebegitu. Tak putus dia berdoa agar hati ibunya lembut menerimanya seperti anak yang lain.


                                          ############################


Hadi menunggu Luth di dalam kereta. Sambil tunggu, dia mendengar radio. Lagu kumpulan Seventeen ‘untuk mencintaimu’ berkumandang. Dalam tengah seronok menyanyi, wajah Maryam muncul dalam kotak fikirannya. Kemudian dia tersenyum sendiri apabila kejadian tempoh hari agak melucukan.

“Kesian kau. Nasib baik kau tak apa-apa. Kalau tak, jenuh aku nak menjawab. Silap-silap kena kahwin paksa. Hahaha..”

“Hamboi-hamboi..” teguran Luth di cermin tingkap mengejutkan Hadi dari lamunan.

Hadi terus keluar lalu membuka pintu untuk Luth.

“Gelak sorang-sorang. Apa yang lucu?”tanya Luth sambil meletakkan blazernya di seat belakang.

“Hahaha..tak ada apa-apa.”

“Yelah tu.”

“Kita sembang dalam perjalanan boleh?”

“Ok. Kau tak cerita, potong gaji!”

“Adeh, ni yang lemah ni.”

“Hahaha. Jom.”

Luth memang suka mengusik Hadi. Mereka berdua sama baya. Hadi sebelum ini bekerja sebagai pembantu Dato Zahri sebelum pencen. Oleh kerana Hadi orang kuat kepercayaan keluarga itu, Luth mengambil keputusan untuk mengambil Hadi sahaja untuk menjadi pembantu peribadinya.

Hadi masih tersenyum sambil memandu dengan penuh hemah. Luth tidak puas hati.

“Bila nak cerita ni?”

Hadi terkejut. Dipandangnya cermin pandang belakang itu.

“Encik Luth cakap dengan saya ke?”

“Habis dengan siapa lagi?”

“Jangan marah, Encik Luth. Ok, saya cerita sekarang. Tadi saya terbayang akan gelagat gadis scooter tu. Lawak.”

“Lawak pulak. Apa yang lawak?”

“Terbayang saat-saat dia jatuh bendang. Kesian pulak. Harap scooter dia tak teruk mana la.”

“Kau tinggalkan dia ke? Ada bayar apa-apa tak?”

“Ada. Saya bagi rm200. Harap cukup la.”

“Banyak gak tu.”

“Encik Luth tak ada nak suruh saya pegi Kedah lagi ke?”

“Hamboi!”

“Hahaha..bukan apa. Macam nak gak pegi cari dia. Rasa serba salah pun ada ni.”

“Kita pergi sekali nak? Aku pun dah lama tak balik kedah.”

“Boleh je. Lagi saya suka. Leh tumpang makan free.”

Luth senyum senget. Hadi kenakan dia kali ni. Luth memandang ke luar pemandangan. Bolehlah balik ke Kedah tengok perkembangan resort pemberian arwah toknya itu. Resort di Kedah itu dibeli arwah toknya untuk membantu sahabat baiknya yang hampir muflis.  Luth pun baru sekali sahaja jejak kaki ke Kedah. Itupun semasa perasmian resort tersebut. Beberapa bulan selepas itu, toknya meninggal dunia.  Resort itu diserahkan padanya untuk terus dimajukan. Untuk lebih nampak menarik, Luth membuat penambahbaikan sehingga beberapa bulan resort itu ditutup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 08:02 AM | Show all posts
Sebelah tangan memegang helmet, manakala sebelah lagi mengendeng beg. Maryam tersenyum apabila Wafa berjalan ke arahnya. Dia dan Wafa berlaga pipi dan bersalaman.

“Jap aku buka pintu dulu.”

Wafa membuka mangga lalu menolak pintu besi ke atas. Pintu kaca dibuka. Maryam mengikut Wafa masuk ke dalam butik tersebut. Satu persatu suis lampu dan aircond dipetik. Cahaya menerangi seluruh butik tersebut.

“Wow! Banyaknya koleksi pakaian. Cantik-cantik laa.”puji Maryam sambil membelek satu persatu pakaian di dalam butik tersebut.

“Tu..kawan aku dah sampai.”

Farhah, tuan punya butik itu tersenyum memandang Maryam dan Wafa. Kasut memang kena tanggal dan letak di luar.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Jawab Maryam dan Wafa serentak.

Mereka bersalaman.

“Kak Farhah, ni la Maryam yang saya ceritakan tu.”

“Owh. Cantik.”

“Eh, kak. Jangan la puji lagu tu. Saya biasa-biasa ja.”

“Semua perempuan dalam dunia ni ada kelebihan masing-masing. Yang penting hargai dan bersyukur apa yang kita ada.”

Maryam tersenyum dengan kata-kata Farhah yang sedang menyusun kemas baju-baju stok baru yang diambil dari kilang.

“Kak, apa saya nak buat ni? Dah tak sabaq nak keja dah.” Maryam memang rajin!

Farhah berjalan ke arah Maryam.

“Maryam, akak nak bagi tahu ni. Maryam diambil keja sini sebab menggantikan Wafa.”

Maryam terkejut. Terus dia memandang ke arah Wafa.

“Hang nak pi mana pulak, Wafa? Hang tak bagi tau aku apa-apa pun”

“Aku dapat sambung blajaq kat Penang.” Jawab Wafa yang rambut paras bahu itu.

“Serius?”

Wafa mengangguk.

“Tahniah!!!” Maryam memeluk Wafa tanda gembira.

“So, keja Maryam adalah setiap pagi bukak kedai. Lepas tu kira stok waktu pagi dan sebelum balik. Akak mungkin datang seminggu dua atau tiga kali sahaja. Akak ada lagi dua butik dekat Pacific Mall dan Tesco Mergong tu.” Jelas Farhah.

“Ooo.. ok!”

“Lepas tu, harga semua ni memang harga yang dah ditetapkan. Kalau ada yang nak minta kurang, boleh la kurang dari harga rm3 hingga rm5 ja tau. Kalau tak, macam mana nak bayaq gaji Maryam kan?”

Maryam tersengih.

“Lagi satu, duit semua tu ada dalam mesin tu. Kalau ada apa-apa berlaku, cecepat call akak naa..”

“Insyaallah, kak. Saya akan lakukan yang terbaik.”

Farhah tersenyum lega lalu menyambung menyusun stok-stok baju baru. Maryam dan Wafa saling membalas senyuman.


                                 ############################


Luth masuk ke dalam pejabatnya. Terkejut apabila Adra sedang duduk di sofa tunggalnya disebelah meja kopi. Luth meletak blazer di atas meja lalu terus duduk bertentangan dengan Adra.

“Nak apa?” Luth serius.

“I nak teruskan perkahwinan kita.”

“What? Merepek!” Luth terus bangun dan berdiri mengadap ke luar jendela.

“I’m serious, Luth. I menyesal minta break dengan U.”

Luth menggelengkan kepalanya. Adra bangun lalu berjalan dan berdiri di sebelah Luth. Tangan Luth dipegang dan digenggam.

“I masih sayangkan U.”

“U sebenarnya nak I jadi father pada baby dalam perut U tu kan? Lelaki ala negro tu dah tinggalkan U erk?”

Adra terkejut. Macam mana Luth boleh tahu semua ini? Padahal Luth hanya agak sahaja. Biasalah, tiba-tiba baik mesti tak lain minta jadi pak sanggup atau nakkan harta.

“Sampai hati U cakap I macam tu.”

“Sudah la, U. I pun dah mula nak lupakan U. Lagipun I bukannya lelaki yang boleh capai segala impian yang U nak. Kan?”

Adra diam. Nampaknya Luth betul-betul serius nak tinggalkan dia. Luth dan Adra saling berpandangan satu sama lain.

“I sedar I pun bukan lelaki yang sempurna nak dapat perempuan yang terbaik. Tetapi sekurang-kurangnya I tak curang. I tak tipu. I tak bermuka-muka depan family!”

“U perli I ke ni?”

“I tak perli. I cakap benda yang betul. U tipu I! Depan I pijak semut pun tak mati, tapi belakang I bukan main keluar masuk hotel. Memang dasar perempuan murah!”

“Stop it!”

“Sudah la. I rasa better U keluar.”

“U pun sama macam lelaki yang lain! Tak pernah memahami perasaan perempuan.”

“Dah tahu I sama macam lelaki lain, blah la! Buat apa sampai nak merayu konon back to your heart la.. menyesal break la.”

“I benci U!” Adra mengambil handbegnya lalu terus keluar dari bilik Luth.

Luth mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Ini kali ketiga dia frust bercinta. Yang pertama bercinta semasa di kolej. Putus sebab perempuan itu dapat lelaki yang lebih kaya dari Luth. Kemudian kali kedua, bercinta dengan pramugari. Pun tak lama jugak sebab macam biasalah. Luth akan utamakan kerjaya berbanding hal peribadi. So, pramugari tersebut minta putus dan membawa haluan masing-masing. Yang ketiga ni, Adra. Nampaknya tetap sama nasibnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 08:07 AM | Show all posts
Maryam sendirian menjaga butik tersebut. Kalau dia nak ke tandas, dia akan maklum kepada jiran sebelah butiknya untuk tengok-tengokkan sekejap. Tapi macam biasalah kan, kalau bukan kedai kita punya sekadar tengok-tengok macam tu ja lah!

Sehingga pada malam itu, sebelum tutup butik Maryam akan kira kembali stok-stok baju. Dan tanpa disangka, ada dua helai baju yang hilang. Dia kembali kira dari awal. Tetap sama, tak cukup dua helai.

“Ya Allah..macam mana boleh hilang ni? Dah la hari ni first time aku keja. Habih la aku!”

Maryam tak senang duduk.

“Nak call kak Farhah ka dak erk? Adoiiii berserabut haihhh!”

Maryam berdiri di hadapan butik itu. Kemudian dia menoleh memandang jiran sebelah.

“Chiko! Hang mai sat.” panggil Maryam sambil menggamit Chiko budak lepasan sekolah itu. Chiko jaga kedai handphone.

“Awat kak? Saya busy ni. Sat g tokey nampak kita sembang, kena potong gaji kak oii”

“Hamboi hang. Nak tanya sat ja pun. Ni, aku hilang dua helai baju.”

“Hilang?”

“Haa la! Adoi la, hang ada nampak sapa-sapa masuk dak masa aku pi toilet ka, pi solat ka..”

“Ni serius saya cakap kak, naa.. saya tak la jaga sangat butik akak ni. Saya tengok-tengok lagu tu ja la.”

“Adoi. Habih la aku.”

“Sorry naa, kak. Saya buat keja dulu.”

“Pi lah!”

Maryam masuk kembali ke dalam butik.

“Ada orang nak khianat aku ka ni?”

Maryam mengambil handphonenya lalu terus dail nombor Farhah.

“Kak, Maryam ni.”

“Haa.. awat?”

“Kak, baju hilang dua helai.”

“Yaka?”

“Minta maaf, kak. Saya tak tau sapa curi.”

Farhah memang terkejut kerana sebelum ni memang tak ada kes kecurian langsung.

“Esok pagi akak pi sana. Tutup butik tu elok-elok.”

“Baik, kak.”

Talian dimatikan. Maryam serba salah. Dalam pada masa yang sama, dirinya sedang diperhatikan dari jauh.


                                 ############################


Hadi angkat handbreak. Baru sahaja Hadi nak keluar bukak pintu pagar, bahunya di pegang.

“Tak pe, Hadi. Kau tinggal aku kat sini je la. Aku masuk dalam sendiri.” Luth memang betul-betul letih. Hampir tiga minggu dia balik lewat malam dari pejabat. Banyak benda dia kena settle.

“Encik Luth ok?”

“Saya ok. Eh, esok pagi kita gi kedah.”

“Serius?”

“Muka aku tengah buat lawak ke?”

“Hiihihi, tak.”

“Breakfast kat rumah aku dulu tau. Aku minta Che Ton masak lebih.”

“Baikkk! Berapa hari kita nak lepak sana?”

“Dua, tiga hari.”

“Cantikkkkk!”

“Hamboi.. suka ye?”

Hadi tersengih.

“Thanks, Hadi. Aku masuk dulu.”

“Ok, most welcome.”

Luth keluar dari kereta sambil membawa beg dan blazernya. Lalu berjalan masuk ke dalam rumah dengan lemahnya.

“Assalammualaikum.” Luth memberi salam.

Sunyi sepi! Sama ada ibu dan ayahnya ada majlis, atau dah tidur. Luth meniti anak tangga lalu terus masuk ke dalam bilik.

Terkejut! Penuh tiga kotak dengan hadiah-hadiah yang pernah Luth beri pada Adra dulu. Luth keluar bilik semula.

“Che ton!!”

Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan ke arahnya. Makin dekat makin kuat.

“Ada apa, Encik Luth?” tanya Che Ton yang masih belum berkahwin tetapi sudah berusia 50 tahun.

“Bila Adra datang hantar semua ni?” Luth menuding jari ke arah kotak-kotak tersebut.

“Dalam pukul 6 petang tadi.”

“Owh. Ok lah, Che Ton. Sorry ganggu Che Ton malam-malam ni.”

“tak apa, Encik Luth. Saya pergi dulu.”

Luth angguk lemah lalu masuk semula ke dalam biliknya. Dipandangnya kesemua kotak-kotak tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 08:08 AM | Show all posts
sat gi kita smbung lg naaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 09:33 AM | Show all posts
jom smbung ckit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 09:36 AM | Show all posts
Pada keesokkan paginya..

Maryam risau dan berdebar nak bersemuka dengan Farhah. Pagi itu Farhah datang awal dalam pukul 10.30 pagi. Maryam berkali-kali memohon maaf.

“Maryam..”

“Ya, kak.”

“Akak terpaksa potong gaji Maryam.”

Maryam terdiam. Namun dia terpaksa akur. Perlahan-lahan dia mengangguk.

“Harap lepas ni Maryam sentiasa pantau ya.”

Maryam mengangguk lagi.

“Kalau aku dapat tau sapa yang curi baju-baju tu, mampuih dia aku taboh!”bisik hati Maryam.


                                                 ############################


Hadi ke sinki basuh tangan dan mulutnya. Luth pula menyiapkan diri dan membawa beg pakaiannya masuk ke dalam kereta.

“Che Ton, terima kasih masakkan nasi goreng ayam pagi-pagi ni. Sedappppp” puji Hadi sambil tunjuk tanda ‘best’.

Che Ton tersenyum simpul malu-malu.

“Udah la tu, Hadi! Kang lambat kita ni.” Jerit Luth dari jauh.

“Alamak. Bos dah bising. Saya pergi dulu ya, Che Ton”

Suka sangat Hadi mengusik Che Ton tu. Nasib baik Che Ton tak menyimpan perasaan terhadapnya. Kalu tak hmmm..

Hadi menghidupkan enjin kereta. Luth masuk lalu duduk disebelah Hadi.

“Dah ready, Encik Luth?”

“Dah. Jom.”

Dengan Bismillah, mereka menuju ke Kedah dengan hati yang tenang. Luth berserabut sangat, so dia buat keputusan sambil balik ke kedah tengok resort sambil tu tenangkan fikiran dari berfikir hal pejabat buat seketika.


                                        ############################


Maryam masih tidak sedar dia diperhatikan dari jauh. Jam menunjukkan pukul 2.15 petang. Dia mengambil kain telekung. Kemudian dia berjumpa dengan jirannya, Chiko.

“Akak nak solat jap. Tolong tengokkan erk.”

Chiko hanya buat syarat ‘thumbs up’ sahaja. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke surau di tingkat bawah. Sesampai sahaja di hadapan surau..

“Alamak, lupa nak amik pencuci muka la pulakkk..haishhh”

Maryam memakai kasut lalu berlari laju menuju ke eskelator. Tiba-tiba, dia ternampak ada seorang lelaki masuk ke dalam butiknya bersendirian. Maryam sembunyi di sebalik tiang. Chiko seperti yang dijangka, memang dia tak tolong jaga pun sebenarnya butik tu semasa Maryam tak ada di situ.

“Macam aku kenai mamat ni..”bisik hati Maryam.

Lelaki itu memandang kiri dan kanan. Kemudian sehelai baju yang tergantung diambilnya lalu di masukkan dalam baju. Maryam apa lagi, diambilnya handphone dalam poket lalu merakamnya.

“Hang tau la nasib hang lepas ni.”

Sebaik sahaja lelaki itu berpaling ke hadapan..

“Jebon punya jantan!” Maryam terus menyimpan handphonye lalu berlari ke arah Adeeb.

Adeeb terkejut nampak Maryam berlari ke arahnya. Nasibnya tidak baik, Maryam sempat menghalang dia dari keluar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 09:42 AM | Show all posts
Luth terjaga dari tidur. Dilihatnya jam di tangan menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi.

“Hadi.”

“Ya.” Hadi terkejut Luth sudah terjaga dari mimpi.

“Depan ni kalau ada RnR berhenti jap.”

“Boleh..boleh.”

Luth memandang permandangan di luar.


                                                   ############################


Maryam memandang tajam ke arah Adeeb.

“Awat dengan hang ni?”

Adeeb menjawab dengan hanya mengangkat bahu.

“Apa yang hang tak puas ati dengan aku?”

Adeeb tersengih sambil mengeluarkan baju yang dicurinya dari dalam bajunya sendiri lalu dibuang ke lantai. Baru sahaja Adeeb hendak keluar dari butik itu, Maryam sempat menolak tubuh Adeeb ke belakang. Hampir terjatuh Adeeb dibuatnya!

“Hang dah curi, hang ingat aku nak lepaih hang lagu tu ja? Hang dah rosakkan rekod baik aku tau dak?!” Maryam mula naik angin.

Orang awam yang berada diluar dan kawasan berhampiran mula menjadi penonton tanyangan percuma tersebut.

“Apa bukti kata aku curi? Mana? Mana?!”

“Wei..wei! Awat ni?” tanya Chiko yang baru muncul.

“Hang tepon polis. Aku nak suruh polis tangkap pencuri ni.” Ugut Maryam sambil menuding jari ke arah Adeeb.

Adeeb mula menggelabah. Dah la dia memang banyak rekod buruk sebelum ini.

“Wei Maryam. Sori la.. Aku janji tak buat lagi.” Rayu Adeeb sambil melutut.

“Aku tak sangka hang buat aku macam ni. Aku tak penah kacau hidup hang. Kita pun dah lama berkawan. Tergamak betoi hang.”

“Aku minta maaf. Aku ngaku salah aku.” Padahal Adeeb hanya pura-pura.

Maryam diam. Dia akhirnya memberi peluang kedua untuk Adeeb berubah. Adeeb tersengih di dalam hati. Dia dilepaskan begitu sahaja.


                                            ############################


Luth turun dari kereta. Terus dia masuk ke dalam tandas. Beberapa minit kemudian dia masuk ke dalam surau. Hadi pun sama. Ikut sama solat Dhuha bersama Luth.

Selepas memberi salam, tapak tangan kanan diusap kemuka. Luth memandang Hadi. Hadi melipat sejadah yang digunakannya tadi.

“Lagi berapa jam nak sampai ni?” tanya Luth sambil tengok cermin dan membetulkan rambutnya.

“Ermm..tiga jam lagi sampai insyaallah.”

“Bagi kunci kereta kat aku.”

“Hah?”

“Bagi je lah.”

Hadi memberi kunci kereta pada Luth.

“Biar aku drive.”

“Eh, betul ke ni?”

“Betul la. Kau duduk sebelah. Aku bagi kau peluang rasa jadi bos.”

Terus Hadi tersenyum.

“Jangan la perli saya, Encik Luth.”

“Laa..mana ada perli. Jom.”

Luth dan Hadi sama-sama keluar dari surau itu. Luth sempat membeli kacang rebus lalu diberi bungkusan itu pada Hadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 09:45 AM | Show all posts
Pukul 8.30 malam..

Farhah datang pada malam tersebut. segalanya sudah diceritakan apa yang berlaku pada siang hari tadi.

“Maryam dengan lelaki tu ada apa-apa hubungan ka?” Tanya Farhah yang agak tegas sikit dalam urusan hal kerja.

“Kawan saya.”

Farhah mengeluh. Dia paling tak suka pekerjanya bawa hal peribadi masuk campur dalam hal kerja. Pernah terjadi bekas pekerjanya membuat maksiat dengan pasangan di dalam butiknya sendiri. Dia takut hal seperti itu berulang lagi! Dia dan Maryam bertentangan mata.

“Maryam, akak nak cakap ni. Harap Maryam tak kecik hati.”

Maryam semakin suspen.

“Apa, kak?”

“Nah.”

Farhah menghulurkan beberapa keping duit rm50 pada Maryam.

“Duit apa ni, kak? Duit ganjaran sebab dapat tangkap pencuri ke?” Maryam mengambil duit itu.

“Akak terpaksa berhentikan Maryam kerja. Ni duit gaji Maryam. Terlebih kurang akak minta halal ya.”

Maryam sedih. Tak sangka perkara seperti ini tidak dapat Farhah bertolak ansur dengannya.

“Tapi bukan salah saya kak. Lagi pun..”

“Akak tak mau lepas ni benda ni akan berlanjutan. Mana tahu dia datang lagi dan buat lagi. AKu tak mau tanggung rugi.” Farhah memang perempuan yang straight to the point!

Maryam mengeluh. Namun dia akur rezekinya sampai disitu sahaja.


                                              ############################


Luth dan Hadi dah lama sampai di resort tersebut. Siap sempat mandi sungai lagi petang tadi. Pada malam itu, Luth ajak Hadi makan di luar. Hadi yang baru lagi di kawasan itu juga seperti Luth, membuat keputusan sama-sama terjah cari kedai makan sambil menghirup udara segar pada malam itu.

Hadi menghidupkan enjin kereta. Luth yang hanya berseluar pendek dan t-shirt putih masuk ke dalam kereta Dan duduk dibahagian penumpang bahagian depan.

“Best jugak erk udara sini. Segar ja rasa.” Luth berasa selesa sangat di kawasan itu.

“Mungkin sebab sungai belakang ni sama kot. Bunyi kicauan burung dan deruan air sungai menambahkan lagi rasa ketenangan itu.”

“Pergh! Hadi ke yang bercakap tu?”

Mereka berdua sama-sama ketawa.

“Nak makan apa malam ni? Lapar giler rasa.”

“Erm..rasanya macam ada makanan seafood depan sana tu. Kalau tak salah saya la.”jawab Hadi lalu mula memandu.

“Ikut je la. Janji leh makan.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2015 09:52 AM | Show all posts
Maryam dengan rasa yang kecewa membonceng scooternya dengan penuh lemah melalui jalan kampung menuju ke rumah. Sisa baki airmata dikesat. Tak sangka benda macam ni boleh berlaku. Dia ingat boleh la mencari pengalaman lama sikit bekerja di situ.

“Apa motif Adeeb buat aku macam ni erk?”

Dalam masa tengah berfikir sambil membonceng scooter, semasa hendak membelok ke selekoh itu tiba-tiba dia ternampak Adeeb tengah duduk ditengah jalan dan motornya jatuh disebelah. Mujur Maryam sempat brek!

“Adeeb jatuh motor?”

Maryam memberhentikan scooternya. Dah la kawasan tersebut agak sunyi. Hanya bermandikan cahaya lampu jalan sahaja.

“Wei, Adeeb! Awat wei?”

Maryam cuba bangunkan Adeeb. Berani betul Maryam ni! Adeeb membuka helmetnya sambil tercapit-capit bangun. Maryam masih lagi ada hati untuk membantu Adeeb walaupun dah macam-macam Adeeb buat padanya. Perempuan kan? Hati lembut!

“Jatuh motor.”

“Mat rempit boleh jatuh motor sorang-sorang. Hang biaq betoi?” Maryam ketawa kecil.

Adeeb tersengih di dalam hati. Maryam cuba memangku Adeeb dari bangun.

“Maryam.”

Maryam memandang Adeeb.

“Awat?”

Tiba-tiba terus datang beberapa orang lelaki dari arah hutan sebelah. Maryam terkejut. Tangan Adeeb yang dipegangnya tadi terus dilepaskan.

“Apa ni?” Maryam mula ketakutan.

Semua lelaki yang juga kawan sepondok Adeeb terus ketawa dan ketawa sehingga Maryam mula rasa tidak selesa.

“AKu nak balik!”

Adeeb sempat memaut lengan Maryam. Maryam tepis namun tak berjaya.

“Nak ke mana, sayang?”

“Jangan pegang aku!” Maryam cuba kuatkan diri.

Kunci scooter yang berada ditangannya, Adeeb rampas lalu dimasukkan di dalam poket seluar.

“Bagi balik kunci aku!”

“Ambil la dalam poket ni.”

“Comeinya awek hang, Adeeb! Sedap nii!!!”

“Kenduri besaq! Slurpppppp!”

“Makan tak habis wei!!”

Bergilir-gilir kawan Adeeb bercakap sambil menghampiri ke tubuh Maryam. Maryam semakin takut.

“Hampa dekat dengan aku, aku tumbuk sorang-sorang!” Maryam masih lagi cuba untuk mempertahankan dirinya walaupun dalam hati takut hanya Tuhan sahaja yang tahu. Berdoa agar ada yang lalu di situ dapat menyelamatkannya.

“Hahahaha..” Adeeb terus dukung Maryam masuk ke dalam hutan.

Yang lain turut ikut Adeeb sambil gelak menunggu giliran meratah ‘lauk’ fresh itu!

“Lepaskan aku! Tolongggggggg!!” jerit Maryam sambil memukul badan Adeeb yang sedang dukungnya itu.

Adeeb dengan nafsu yang telah menguasai akal telah lupa mana yang baik dan buruk. Direbahkan Maryam di tanah. Adeeb dan rakan-rakannya berdiri mengelilingi Maryam. Ketawa silih berganti. Maryam tendang kaki Adeeb. Adeeb geram dan nafsu bertambah gelora apabila tudung bawal yang Maryam pakai terselak menampakkan dada Maryam.

“Adeeb! Cepat la. Aku dah tak sabaq dah ni.” Kata Hakim yang agak gempal itu.

Adeeb membuka tali pinggang seluarnya.

“Hang dah gila, Adeeb! Setannnnnn!!!” Maryam cuba tendang Adeeb namun kakinya dipegang kuat sehingga dia tak dapat gerakkan kakinya.

“Hang nak main kasaq kan? Hakim! Pegang kaki dia sat.” Adeeb gelak jahat.

Maryam bertambah gelabah. Hakim duduk lalu memegang kaki Maryam. Maryam meronta. Tetapi makin lama tubuhnya makin lemah sebab dia masih cuba melawan dengan bukan lawannya. Adeeb tersengih sambil mengonyak baju kemeja Maryam.

“Wooooooooo!!” sorakan beramai-ramai seperti tengok bola sepak.

Maryam menangis.

“Tolonggggggggggg!!!” jerit Maryam sekuat mungkin.

“Woi! Bising la hang ni.” Adeeb membuka bajunya lalu disumbat ke dalam mulut Maryam.

Maryam menangis.Bukan dia tak melawan, tetapi sudah tak berdaya lagi. Hanya mampu berdoa dan terus berdoa.

Sebaik sahaja Adeeb membuka zip seluarnya, dia dan kawan-kawannya ditendang lalu semua jatuh terbaring. Luth dan Hadi membuka langkah. Luth silat, manakala Hadi taekwondo.

“Hampa sapa hah?!” jerkah Adeeb sambil mengusap bahunya akibat jatuh tersentak ke tanah.

Maryam bangun sambil memeluk tubuhnya lalu duduk di bawah pokok. Trauma!

“Sapa-sapa pun tak pa aihhh! Mai la kalau nak lawan.” Gertak Hadi sambil cuba berloghat utara.

“Hampa tunggu apa lagi? Pi la lawan depa!” marah Adeeb mengarahkan kawan-kawannya.

Masalahnya semua terus lari meninggalkan Adeeb. Adeeb bangun. Dia memandang Luth dan Hadi. Dan dia pun sama terus melarikan diri.

Hadi memandang Maryam. Baru sahaja dia hendak ke arah Maryam, Luth terlebih dahulu ke depan sambil membuka t-shirt putih yang dipakainya lalu di beri pada Maryam.

“Nah, pakai baju ni.” T-shirt putih dihulurkan. Luth terus berdiri membelakangi Maryam membiarkan Maryam memakai baju tersebut.

Hadi sedikit cemburu. Cepat benar Luth bertindak. Maryam tak berani bertentang mata dengan Luth. Namun tshirt itu tetap dia ambil dan terus pakai.

“Terima kasih.” Maryam terus bangun lari ke scooternya.

“Alamak! Kunci motor aku..” Maryam gelisah. Macam mana dia nak balik.

“Cik..” panggil Hadi.

Maryam masih lagi belum berani bertentang mata dengan Hadi mahupun Luth. Malu!

“Cik masih ingat saya? Saya yang pernah langgar cik masa cik jatuh sawah tempoh hari?” terang Hadi sambil diperhatikan Luth.

Maryam terus teringat akan peristiwa itu. Terus dia memandang Hadi. Hadi tersenyum.

“Owh..” Maryam kembali pusing membelakangi Hadi.

“Saya nak balik tapi..kunci scooter saya ada pada lelaki tadi. Kunci spare dekat rumah plak.” Jelas Maryam lemah dan masih trauma.

Luth yang bersinglet itu datang lalu berdiri bersebelahan Hadi.

“Kita orang hantar Cik..”

“Saya Maryam..”

“Ok. Kalau Cik Maryam sudi, kami hantar Cik Maryam balik” pelawa Luth dengan penuh gentleman.

Ikutkan Maryam boleh ja balik jalan kaki ke rumah tetapi bila fikir akan Adeeb dan kawan-kawan gilanya itu, dia terus menerima pelawaan dua lelaki yang dia belum kenal itu. Maryam mengangguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 09:55 AM | Show all posts
T-shirt Luth dipakai di dalam manakala kemejanya yang koyak itu di pakai diluar. Tudung bawal dibiar tutup dada. Harap ibunya tak perasan. Dia tak nak perkara ini berlanjutan. Risau ibu dan ayahnya malu!

Sesekali Hadi memandang Maryam melalui cermin pandang belakang. Maryam perasan dirinya diintai. Tetapi dalam hati masih tak sangka Adeeb sebegitu jijik dan teruk dengan dirinya! Namun tetap bersyukur dia masih belum di apa-apakan. Terima kasih kepada dua orang lelaki di hadapannya ketika itu.

“Encik boleh berhenti depan ni.” Maryam memecah kesunyian.

“Depan ni?””

“Ahh..depan lorong ni. Saya boleh berjalan sendiri masuk ke dalam.”

“Eh, biar kami hantar sampai ke depan rumah lah.” Jawab Luth pula.

“Tak apa. Tinggalkan saya kat sini. Saya tak mau mak saya risau. Ni pun tak tau macam mana nak cakap balik dengan sapa sebab motor tak ada kan.” Jawab Maryam panjang lebar.

Hadi memandang Luth. Luth memberi isyarat akur sahaja permintaan Maryam itu. Hadi memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya.” Maryam terus keluar dari kereta dan berlari anak memasuki lorong rumahnya.

Hadi keluar dari kereta. Belum sempat dia memanggil Maryam, Maryam sudah hilang dari pandangan. Luth memandang Hadi. Dia tersenyum. Hadi masuk semula ke dalam kereta. Tangan kanan memegang streng, manakala tangan kiri memegang handbreak.

“Hamboi..jauhnya termenung!”

Teguran Luth menyedarkan dia dari lamunan. Dia memandang Luth lalu terus tersengih.

“Bukan main ko erk? Ingat drama Hindustan ke ape?” perli Luth yang badannya boleh tahan sasa la gak.

“Hihihi bila lagi nak tunjuk hero ye tak?”

“Aku lapar ni.”Luth ubah topik.

“Owh..lupa! Jom gi makan.”

Luth menggelengkan kepala sambil tersenyum. Dia mula perasan Hadi macam mula menyimpan perasaan ingin lebih mendekati gadis bernama Maryam itu.


                                         ############################


Perlahan-lahan Maryam mengetuk pintu. Adik lelaki buka pintu tersebut.

“Mak mana?”

“Dah tidoq.”

Maryam terus masuk dan berlari masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup rapat. Terus tanpa dipaksa, Maryam menangis. Dia tersedar, dia tak nak tangisannya didengari langsung terus mengambil bantal dan menerkup mukanya. Terus dia menangis sepuasnya. Akibat letih menangis, terus tertidur di lantai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:01 AM | Show all posts
waah...best la citer ni..mokcun suka..
hangpa ni orang kedah ka? belah mana?

mokcun ada kawan kat kota sarang semut..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 10:06 AM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Luth seawal pagi selepas solat subuh terus pergi ke sungai belakang resortnya. Mata ditutup rapat sambil menghirup udara yang segar pada pagi itu. Kicauan burung menambahkan lagi ketenangan yang ada. Tiba-tiba wajah Adra muncul. Terus dibuka matanya. Dia cuba kuatkan diri dan semangat untuk melupakan Adra. Buat masa sekarang, dia akan cuba jauhkan diri dari mana-mana gadis yang cuba hadir dalam hatinya.

“Encik Luth!” panggil Hadi sambil cuba berjalan di atas batu-batu sungai ke arah Luth.

Luth terkejut. Terus dia memandang Hadi.

“Nape?”

“Saya nak ke kedai depan beli breakfast. Nak ikut ke macam mana?”

“Malas la. Belikan aku nasi lemak sebungkus. Telur mata tau!”

“Baik, bos.”

Luth kembali memandang sungai di hadapannya. Hadi membiarkan Luth bersendirian.


                                                 ############################


Maryam lipat baju Luth. Sengaja dia tak basuh. Kemudian dia tersenyum sendirian. Penyelamat dirinya dikala dia sedang bergelut dengan syaitan bertopengkan manusia.

“Ada jodoh kita jumpa lagi.”kata Maryam sendirian sambil memeluk baju itu.

“Maryam!!!!!!” jerit Mak Jenab.

Maryam kelam kabut bangun lalu membuka pintu bilik.

“Awat, mak?”

“Motor mana?!”

“Err..motor..”

“Hang juai ka?!” Mak Jenab memang garang tak penah berubah.

“Eh, dak la mak. Motor rosak semalam. Sat gi nak pi tengok la.”

“Rosak..rosak.. Habih tu hang tak keja ka hari ni?”

“Dah kena berenti dah.”

“Hah?! Awat la malang sangat hang ni hah?”

“Makk..awat cakap lagu tu kat cheq? Mak tau dak apa mak cakap tu doa? Sian la kat cheq ni, mak..” Maryam mula sebak.

“Menyusahkan betoi!” Mak Jenab membaling kain buruk di tangannya ke muka Maryam. Dan terus dia ke dapur.

Maryam redha dan terus bersabar. Suatu hari dia akan tahu juga kenapa ibunya bertindak sedemikian.
Maryam masuk ke dalam bilik mengambil tudung bawalnya. Disarung langsung terus keluar dari rumah. Perlahan –lahan dia berjalan menuju ke jalan scooternya tersadai semalam. Harap tak hilang!


                                    ############################


Hadi memandu bersendirian sambil menyanyi lagu dari kumpulan Iklim itu. Dia sengaja membuka cermin tingkap untuk mendapat udara yang segar. Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama ‘Dato Aamir’ di skrin.

“Dato? Dia nak ape?”

Hadi menjawab panggilan itu.

“Hello. Dato..”

“Ya. Kat mana tu? Luth Amsyar ada sekali dengan kamu ke?”

“Aah. Kita orang cuti, Dato. Sampai hujung minggu ni.”

“Hamboi, lamanya!”

“Ada hal nak kena settle, Dato. Kenapa ya, Dato?”

Dato Aamir bos kepada Luth dan Hadi semenjak Dato Zahri pencen. Dia seorang duda. Dia adalah pengarah urusan di syarikat.

“Nak minta tolong. kalau ada yang perlukan kerja, saya nak tawarkan kerja sebagai PA saya di sini. PA lama saya dah bertukar keluar.”

“Owh, boleh Dato.”

“Proposal yang kita bincang minggu lepas dah siap ke?”

“Hampir siap.”

“Serahkan pada saya minggu depan.”

“Baik, Dato.”

Panggilan dimatikan. Hadi adalah pembantu terbaik untuk Luth. Luth memang senang banyak semenjak Hadi bekerja dengannya.

“Astaghfirullah..” Hadi nyaris-nyaris langgar Maryam yang tengah membonceng perlahan scooternya. Laju betul dia memandu di selekoh tersebut.

Maryam yang membonceng scooternya rasa seperti ada yang tak kena.

“Nak kena hantar bengkel ni.” Bisik hati Maryam. Dia masih tak perasan Hadi mengekorinya dari belakang.

“Cik Maryam!” jerit Hadi sambil memandu di sebelah Maryam.

Maryam terkejut.

“Eh..” Maryam tersenyum.

“Macam rosak je scooter tu.”

“Aah.. nak pi bawa ke bengkel sat.”

“Nak saya tolong ke?”

“Eh, tak pa. Saya ok.”

“Saya temankan erk.”

“Tak menyusahkan ke?”

“Tak.”

Maryam membonceng scooternya perlahan-lahan menuju ke bengkel. Nasib baik lah tak jauh mana bengkel tu.
Sebaik sampai sahaja, Manan pekerja disitu baru buka bengkel.

“Abang Manan!” panggil Maryam sambil menuntun scooternya ke arah Manan.

“Haa..awat plak dah scooter hang tu?”

“Tak tau la. Dengaq enjin macam tak berapa sedap.”

Hadi mematikan enjin. Dia keluar lalu berjalan dan berdiri di sebelah Maryam. Manan perasan tapi masih diam. Manan cuba menghidupkan enjin scooter Maryam. Memang betul ada rosak. Enjin hidup sekejap mati. Hidupkan balik lepas tu mati.

“Tinggalkan dekat abang. Dah siap abang call.” Kata Manan sambil menjerling pandang Hadi.

“Ok. Thank you, abang Manan.”

“Ok.”

Maryam tersenyum memandang Hadi.

“Maryam!”

Maryam toleh kembali memandang Manan.

“Sini sat!” panggil Manan sambil menggamit tangan.

Maryam akur.

“Ada apa?”

“Sapa laki tu? Boyfriend hang ka?”

“Dak lah.”

“Habih tu?”

“Penyelamat negara. Hihi”

“Ish, orang serius dia main-main plak.”

“Serius la ni.”

“Tapi kan, aku selalu gak nampak dia berulang alik kat resort depan sana tu. Entah-entah tokey resort kot?”

“Yaka? Maryam tak tau plak.”

Maryam memandang Hadi yang masih setia menunggunya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.082441 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list