CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2314|Reply: 4

Aurat - Pengertiannya

[Copy link]
Post time 28-9-2015 11:14 AM | Show all posts |Read mode



Gambar hiasan



Aurat (Bahasa Arab: عورة) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

Dalil Al Quran

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)        ”
“        "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka atau
bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka atau
saudara-saudara mereka atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)


“        "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)




Dalil Hadis

"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)        ”
“        Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)



Definisi
Bersandarkan dalil-dalil daripada Al Quran dan Hadis, aurat lelaki dan aurat perempuan adalah seperti berikut:-



Gambar hiasan

Lelaki
Didalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah dari pusat hingga lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.

Wanita

Aurat wanita sangat komplikated dan berubah mengikut situasi:

Dihadapan mahram (saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. ",
Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.
Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum. Muslim Salafi percaya bahawa jenazah wanita dihadapan lelaki ajnabi dan yang tiada kaitan persaudaraan dengannya adalah seluruh badan termasuk muka dan tangannya.
Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Suara

Sesetengah ilmuwan dari pandangan mazhab lain berpendapat suara wanita juga adalah aurat. Namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di negara Asia tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat. Dan yang jelas lagi tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat. Mazhab hanafi menjadikan larangan ini sebagai dalil berdasarkan hadis yang melarang wanita menghentak kaki bagi membunyikan gelang kaki. Dengan itu Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri. Mazhab syafie dan lain-lain berpedapat bahawa suara perempuan bukan aurat, sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim. Selain itu Isteri-isteri nabi SAW ada yang meriwayat hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 11:25 AM | Show all posts
Nasib avatar anda atas pusat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 11:49 AM | Show all posts
I like this part, dari buku Manikam Kalbu......
Syarat pertama busana Melayu itu, hendaklah pantang membuka aurat,
Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat,
Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah,
Barang siapa memakai baju singkap-menyingkap, tanda dirinya tiada beradab,
Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.

Syarat kedua busana Melayu itu, pantang kainnya nipis,
Apabila berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis,
Apabila memakai baju terlalu jarang,
malu tak ada aib pun hilang,
Sesiapa memakai pakaian yang tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.


ada 5 syarat, tulis 2 je la...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 12:46 PM | Show all posts
pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab ~Ziryab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 10:27 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 4-10-2015 12:46 PM
pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab ~Ziryab

betul tu awak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.269051 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list