View: 5586|Reply: 3
|
4 Tanda Online Dating Kamu Perlu Berakhir!
[Copy link]
|
|
Online dating merupakan salah satu cara instant untuk seseorang menjalinkan hubungan dan mengisi ruang kosong yang terbuku di hatI. Namun tidak semua hubungan yang terjalin secara online akan kekal selamanya.
Oleh itu, jom ketahui 4 tanda cinta online dating perlu berakhir.
# 1 | DINGIN SAAT CHATTING
Jika selama ini si dia seorang yang sangat peramah dan secara tiba-tiba dia mula berubah itu sudah membuktikan hubungan kamu berdua mula dingin dan kamu perlu segera lakukan sesuatu untuk menyelamat hubungan. Bukan itu sahaja, sekirannya topik kamu berdua juga selalunya agak ‘kosong’ dan tiada makna apa-apa itu tandannya si dia cuba menunujukan yang si dia tiada niat dan minat pada kamu.
# 2 | ONLINE BASIC
Ya, si dia memanglah ramah dan adakalanya ‘terlebih’ ramah dengan kamu tetapi ssemua itu hanya di online sahaja. Apabila bertemu kamu seperti keluar dengan seorang individu yang berbeza. Jika niat kamu untuk jadikan dia sebagai kekasih lebih baik fikir dua tiga kali terlebih dahulu kerana akhir nanti ia akan merugikan diri sendiri.
# 3 | MEMPERGUNAKAN KITA
Hati-hati ketika menjalinkan hubungan kerana ada sesetengah lelaki menjadikan online dating sebagai salah satu cara untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan seorang gadis. Mula-mula mereka akan layan kamu sebaik mungkin selang beberapa bulan mereka mula menunjuk taring dengan meminta ini itu, silap-silap mereka berani meminta kamu ‘bank in’ sejumlah wang ringgit untuk kegunaannya. Jangan jadi lemah, jangan biarkan diri dari terus di perguna girls!
# 4 | TERLAMPAU CEPAT
Baru sahaja chatting sehari dua, dia sudah mula sibuk mengambil tahu tentang hal peribadi kamu. Malah, belum apa-apa si dia sudah mengawal kamu dan merasa cemburu bila melihat kamu berkawan dengan orang lain.Padahalnya kamu berdua belum pernah berjumpa. Jadi bayangkan jika kamu berdua sudah mula keluar bersama. Agaknya apa pula yang akan jadi nanti kan ?
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
|
online dating.. soswiitttt.. heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
ahaks...
so far cuma 1, 2 & 4
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|