View: 1505|Reply: 1
|
4 Sebab ‘it’s okay’ Jika Kamu Mulakan Langkah
[Copy link]
|
|

“Okay, aku rasa macam nak message dia lah... tapi erm, rasanya biarlah dia message aku dulu. Okay takpe, biar aku tunggu dulu, kenapa pulak aku perlu message dia dulu kan ? patutnya dia lah cari aku... “
Selepas satu jam!
“Kenapa dia tak message aku ni ? hmmm mesti dia tak minat kat aku!”
Okay girls, daripada kamu asyik bercakap sendirian tak tentu hala seperti ini, baiklah kamu mulakan langkah untuk menghantar kiriman SMS padanya terlebih dahulu. Tak perlu malu, sekarang ni dunia semakin maju, apa salahnya jika kamu beranikan diri untuk mulakan langkah menegurnya dahulu.
Malu ???
Naaaa, apa yang mahu di malukan ? Kami berikan 4 sebab mengapa kamu tidak perlu malu untuk semua ini.
# 1 : MEMBUKTIKAN KAMU BERSUNGGUH-SUNGGUH
Daripada asyik tertanya-tanya di mana dia menghilangkan diri, lebih baik kamu segera hubungi dirinya dan tanya khabarnya. Pekara seperti ini mungkin biasa bagi kamu tetapi percayalah ia sangat bermakna buatnya kerana ia membuktikan kesungguhan kamu.
# 2 | CONFIDENCE IS SEXY
Tahukah kamu, seorang lelaki lebih tertarik pada gadis yang mempunyai keyaikan diri yang tinggi. Jadi, jika kamu berani mengambil risiko dan yakin untuk mulakan langkah terlebih dahulu pasti mereka akan menganggap kamu seorang yang sangat ‘sexy’.
# 3 | BUKA TOPIK
Selain daripada menghantar message seperti bertanya khabar dan kata-kata ‘basi’ seperti “awak tengah buat apa tu ? dah makan ?” kamu juga boleh gunakan taktik menghantar emoticon atau kongsikan gambar-gambar lucu terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan. Cara ini dapat membantu kamu untuk mencipta topik menarik agar si dia mula bersembang denganmu.
# 4 | STOP MENGUJI!
Jika kamu berniat untuk menguji di mana tahap si dia memerlukan kamu, baik lupakan sahaja semua itu, kerana lelaki hanya akan memikirkan sesuatu yang ringkas dan straight forward sahaja. Jadi, jika kamu tidak menunjukan kesungguhan si dia pasti akan menganggap kamu tidak berminat dengannya.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by milanhawkin at 2-10-2015 03:37 PM
then mcm mana plak bila asik kita je message dia dulu? walaupun dia akan reply/layan bila kita message, nk tunggu dia msg kita dulu & mulakan perbualan, mmg hopeless!
should I just stop? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|