View: 19119|Reply: 121
|
Ummah PPRT Berlakon Urban - Stroller & Zhullian Pun Jadik Hal
[Copy link]
|
|
Papa, Stoller Siapa Lagi Mahal Papa, Yang Kita Punya Ke Dia Punya
Sejak daripada kecil lagi kita telah diajar membezakan antara darjat antara sesuatu benda, tetapi tahukah anda mereka terlalu muda untuk dibebankan dengan agenda membandingkan perkara-perkara yang tidak perlu, untuk hidup dibelenggu jenama dan harga serta keinginan untuk tampil cantik bergaya secara keterlaluan dan melulu buta.
Jadi tidak hairanlah kini anak-anak kecil sudah pandai meminta sesuatu yang mahal-mahal daripada ibu bapa, tidak payah contoh jauh, admin melihat sendiri anak-anak buah admin.
Ingin kasut bola, mereka tidak mahu jenama biasa seperti Umbro atau Line Seven sebaliknya mahu jenama terkenal dan sudah pasti mahal harganya seperti Nike atau Adidas original.
Begitulah yang terjadi pada masa kini. Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Norfaradina Ab Ghafar berkongsikan satu kisah yang sungguh berguna kepada kita tentang perkara ini. Berikut adalah kisah yang ceritakannya.
Nilai yang nampak kecil di mata orang dewasa tetapi memberi impak besar dalam kehidupan anak kecil
Ketika pulang ke Malaysia, saya membawa anak-anak berjalan-jalan menaiki tandem pushchair yang biasa kami gunakan di London. Seorang budak lelaki lingkungan usia 5-6 tahun berkata kepada ayahnya. "Papa tengok tu stroller dia 2 tingkat". Bapanya hanya mengerling sekilas. Anak kecil itu kemudian menyambung bertanya, "Mana lagi mahal papa, kita punya ke dia punya?". Si bapa menjawab "Kita punya lagi mahal". Anaknya menambah "Kan, dia punya tu local je tu". Saya hanya mampu menggeleng.
Semasa saya kecil, pernah ada saudara yang lagi muda daripada saya bertanya begini, sewaktu hari raya, " Gelang yang Kak Farah pakai ni emas gred A ke zhullian. Ibu saya kata kalau zhullian tak bagus". Waktu itu saya darjah dua. Soalan seperti itu bukan dalam tahap jangkauan pemikiran saya lagi tapi boleh tercapai akalmu oleh saudara saya yang lebih muda. Sadis bukan?
Pada hari raya lalu, seorang budak bertanya kepada Aqeef, "Wah awak duduk London, pernah naik Lamborghini tak. Kalau naik Ferrari pun ok tapi Ferrari murah sikit. Audi yang paling murah tapi Audi lagi bagus daripada proton. Ayah saya bawak kereta begini". Aqeef terdiam dan terus melarikan diri. Pertama kerana Aqeef waktu itu tidak fasih dan kurang faham bahasa Melayu. Kedua kerana kami memang tidak pernah mengajar anak-anak tentang jenama, baik kereta, baju, tempat makan dan sebagainya. Aqeef tidak pernah merasa teruja melihat kereta mewah yang menjalar atas jalan raya di London kerana dia tidak pernah tahu berapa harga kereta berjenis begini begitu, mana lebih laju mana lebih mewah dan sebagainya.
Persoalan saya, nilai apa yang mahu kita semat dalam diri anak-anak kita? Wajarkah anak-anak yang masih hijau usianya dibiarkan membanding-bandingkan harta benda harga dan jenama serta paras rupa fizikal. Perkara membanding-bandingkan ini tidaklah nampak besar di mata kita orang dewasa sepertimana nilai-nilai utama lainnya - hormati orang tua, jangan membazir, jangan bunuh orang, tapi bagi anak kecil, nilai sebegini memberi impak besar dalam hidup mereka kelak.
Mungkin hari ini mereka menilik stroller siapa lebih mahal, pengalaman menaiki supercar mewah mengikut harga pasaran dan gelang emas tulen atau saduran seperti yang dipakai oleh ibunya, di kemudian hari mereka akan mula membincangkan ibu siapa berkerjaya, pangkat bapa siapa paling besar, kereta keluarga siapa paling mahal, dan lebih teruk mereka mungkin akan mula memperkatakan tentang ketidakupayaan rakan lain, mulai belajar menyisihkan rakan yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan, hanya mahu berkawan dengan orang yang mempunyai standard tertentu, anak-anak orang berkerjaya sekian-sekian, atau pelajar cemerlang yang dapat markah 100% semua subjek. Mereka akan membesar dengan memiliki hati yang tidak perlu kepada rasa empati dan kemanusiaan.
Kita boleh tengok masalah seperti ini dalam sinetron Indonesia misalnya yang anak-anak sekolah rendahnya sudah pandai mengejek rakan satu kelas yang tempang kaki atau compang camping pakaiannya, anak-anak sekolah menengah atasnya baru berusia belasan tahun sudah bergaya dengan kereta mewah ke sekolah, memulaukan anak penjual bakso. Ataupun dalam cerita Hollywood bila gadis berbadan cantik dari kumpulan sorak bersama dengan pelajar lelaki sasa pemain football bersatu hati membuli gadis gemuk dan jejaka autistic sehingga mengakibatkan tekanan dalam diri mangsa buli dan menimbulkan keinginan bunuh diri atau melakukan pembunuhan beramai-ramai (massacre) kerana rasa tidak puas hati dibuli dan dipulau.
Apabila anak yang semasa kecilnya tidak dibendung atau memang dengan sengaja diajar membanding-bandingkan harta, harga dan jenama, rupa paras, taraf hidup ini meningkat dewasa, masalah membanding-banding akan berlarutan menjadi masalah lain pula. Mereka akan mula membandingkan diri dengan orang lain, melahirkan rasa tidak berkecukupan dan payah untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki serta sanggup berbuat sesuatu melebihi kemampuan diri seperti berhutang keliling pinggang, rasuah, pecah amanah untuk membeli barangan mewah, atau menjalani pembedahan plastik tahap ekstrem untuk kelihatan cantik demi memastikan dia juga mampu melakukan atau memiliki apa yang orang lain ada. Ia dipanggil persaingan tidak sihat.
Anak-anak kecil kita, terlalu muda untuk dibebankan dengan agenda membandingkan perkara-perkara yang tidak perlu, untuk hidup dibelenggu jenama dan harga serta keinginan untuk tampil cantik bergaya secara keterlaluan dan melulu buta. Jangan biarkan kebiasaan dari kecil merosakkan persepsi dan pegangan hidup mereka apabila dewasa.
- Siakapkeli.my
|
|
|
|
|
|
|
|
pokok pangkalnya, mak apak la sis. kalo mak apak jenis show off, maka anak-anak deyoll pun bakal mewarisi gen show off PPRT ummah melayu. Kifarah kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau di Eropah, brand tu lambang kemajuan sesuatu produk/ fesyen ...kalau di tanah air, brand tu lambang status..kaya atau x.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau kat malaysia selagi boleh nak carik yang brand tu all over the barang gitewww
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau org yg berduit, they will wear branded..tapi ko xkan nampak logo2 semua ni. Hat yg jenis nak show off ni biasanya pakai benda yang ada logo sebesar2 alam..
satu lagi, kita boleh tahu org tu dah biasa pakai benda mahal atau nak show off dari cara dia bawa diri dia. Mak pak yg dah biasa pakaikan anak benda2 mahal ni biasanya cool ajer kalau anak dia melasak. Tapi mak pak urban pprt ni konfirm menjerit bila baju kotor. |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 replied at 22-9-2015 10:53 AM
kalau di Eropah, brand tu lambang kemajuan sesuatu produk/ fesyen ...kalau di tanah air, brand tu la ...
Betul. Brand penting juga dalam menentukan mutu. |
|
|
|
|
|
|
|
Indon sangat kekdahnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Berlaku ms ai duduk uk dulu.
Anak ai dan 2/3org budak msian umur 5thn dh start primary 2.
Nak dijadikan cerita, kwn anak ai cerita..kt sekolah td ada member diorg budak msian jugak la..pi bgtau cikgu dan semua kwn2 kelas dia yg bapak dia beli bmw 5series. Dia kata cool, mahalntah apa lagi. N dia tak sebut bmw..dia sebut beemer. Pernah tumpang keta..punya kecoh la.
Mak pak mmg jenis suka beli brg branded yg mana klu bole diorg pioneer la..yg lain tu mengikut.
Budak matsaleh mana pedulik budak ni ada keta beemer ke idak. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ramai aku tgk camni..stroller quinny cecah ribu riban..tp tang car seat berkira...pprt sungguh pangai |
|
|
|
|
|
|
|
ko pakai tudung paridah ka tudung pasar malam nie???........
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada jadik hal? Perasan |
|
|
|
|
|
|
|
kawan saya org senang, atas kerja keras dia tapi very humble,barang jenama yg dia pakai semua nya top tak kan mampu kita tapi logo di baju a tau bag nya kita tak akan perasan...tapi org2 yg berlagak kaya or senang to suka menunjuk nunjuk... logo kalau blh nak yg menonjol, sebabnya da beli mahal2 mesti nak tunjuk la kan |
|
|
|
|
|
|
|
ada sorang budak laki ni...dia ckp baju2 dia semua makbapak dia beli kt klcc..
aku ckp baju anak2 aku beli kt sogo jer..aku tanyala brand apa..dgn berlagaknya dia ckp padini...
terus aku tergelak...skali aku ckp aku beli baju ducati kt anak2 aku terus dia diam..masa dia ckp
beli kt klcc punya la kekwat..mmg ada jer budak kecik jenis berlagak..
masa anak aku pakai kasut adidas pun budak ni kutuk..dia ckp makbapak dia x main
brand ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret replied at 22-9-2015 11:17 AM
mmg ramai aku tgk camni..stroller quinny cecah ribu riban..tp tang car seat berkira...pprt sungguh p ...
sebab car seat letak dalam kereta je...tak boleh tayang kat orang sambil lepak the curve dan makan cekelet dip N dip. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Munah_sporty at 22-9-2015 12:02 PM
kesian tngok anak2 cenggini.. tapi lgi kesian tngok perangai mak pak depa nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols beli baby gear untuk anak ni ikut kemampuan dan juga keperluan
macam stroller tu iols beli yang compact sebab senang nak travel
mmg nampak mahal tapi ada sebab
kereta iols pun cinonet je jadi kalau guna yg bulky mmg tak muat kereta la
tang car seat pulak banyak je yang harga bawah rm400 sekarang ni, brand local yg kualiti nya setanding dengan import pun ada isofix jugak
harus kalah membeli menang memakai la uols |
|
|
|
|
|
|
|
yang dok pelekeh orang pun dia sama juga..
dok lawan dengan budak pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku pakai starex.. ada la sedar kecik umo 12 tahun datang komen ' arhh strex ni enjin sangyong ni .. tak bagus'..
rasa nak lepuk pun ada.. kau tak tau aku berhempas pulas tungging terbalik nak bayar down payment nak bayar instalment sedap mulut saja cakap macam tu.. jilake.
ending buat bodo tak layan sambil makan ketupat... |
|
|
|
|
|
|
|
orang kita saja yang taksub dengan jenama. pengaruh tv. tak reti nak kawal nafsu. asyik nak branded saja untuk apa??? untuk post di fb.. kekekekke |
|
|
|
|
|
|
|
geram pulak i baca. kecik2 lagi dah huduh perangai.salah mak pak sbb didik gitu..huhuh~~
|
|
|
|
|
|
|
| |
|