View: 3045|Reply: 6
|
Perut Mengelember Selepas Melahirkan? Oh Tidak!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Antara masalah yang dihadapi selepas melahirkan ialah perut buncit, mengelember dan juga stretch mark yang memalukan.
Sampai ada yang berasa sangat takut dengan masalah-masalah berbangkit ini. Masakan tidak, ia boleh membuatkan keyakinan merudum bila bersama suami.
Disiplin yang tinggi serta senaman tidak harus ditinggalkan. Namun, dalam masa yang sama jangan mengabaikan tiga langkah tersebut, menurut vemale.com:
1. Mengambil protein
Protein sangat baik untuk meningkatkan pertumbuhan otot, ia juga mengandungi kolagen yang menegangkan kulit. 50 gm sumber protein sehari sudah mencukupi untuk mendapatkan bahagian otot perut yang kencang!
2. Minum air mineral
Jangan lupa ambil air yang banyak kerana ia membantu kesihatan kulit agar sentiasa lembap. Selain mengelakkan dehidrasi, minum air mencukupi boleh mengelakkan anda makan berlebihan sambil membakar lemak.
(Sumber foto: parentdish)
3. Gunakan losyen
Untuk bahagian luaran, pastikan anda memakai losyen yang mengandungi kolagen, vitamin E,A,C dan K kerana ia dapat mengelakkan kulit pada perut menjadi kering, berkedut dan buruk! Anda juga boleh mengamalkan losyen panas yang mengandungi halia dan serai untuk memecahkan lemak pada perut. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..so far, peot x de la mengeleber. Cume muncit sikit |
|
|
|
|
|
|
|
same muncit... pas2 berisi baby lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Xmenggeleber..ada garis2 halus stretch mark jer |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pn alhamdulillah langsung tak geleber. Penjagaan msa pregnant sgt penting.. dari awal kandungan..mlm2 sbelum tidor huby tolong sapu minyak kelapa dara. Siang2 plok sapu krim anti strech mark dari klinik secara konsisten..
Hasil memang perut jadi elok je.. strech mark pn langsung takde.. |
|
|
|
|
|
|
|
i pakai corset, ok la makin elok, slow tapi improve la jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
hiii..
saya still newbie kat sini.. saya telah melakukan kajian tentang kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu mengandung dan ibu berpantang. salah satu kesilapannya tidak memakai bengkung dan cara pemakanan yang salah. jika berminat tengok artikel saya:http://goo.gl/QipkRz
harap2 ia membantu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|