View: 6245|Reply: 7
|
Petua Perkahwinan Tetap Mekar
[Copy link]
|
|
Semua pasangan suami isteri inginkan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, tanpa usaha dan doa ia sukar dicapai.
Lakukan yang terbaik untuk memastikan alam perkahwinan anda terus segar dengan semarak kasih sayang. Petua berikut mungkin dapat membantu impian tersebut.
* Sentuhlah tangannya selalu.
* Ajaklah dia mandi bersama.
* Seminggu sekali, luangkan masa untuk urut tubuhnya.
* Timbulkan ‘mood’ anda berdua di kamar dengan alunan irama instrumental yang mengasyikkan.
* Pastikan kamar tidur anda sentiasa harum.
* Tulislah nota cinta buat si dia.
* Ingat, penampilan memainkan peranan yang cukup penting dalam rumah tangga, jadi pastikan diri sentiasa kemas dan wangi walaupun hanya di dalam rumah.
* Bingkaikan gambar anda berdua dan gantungkan pada dinding rumah atau pun letak atas meja supaya dapat ditatap selalu dan diimbas kenangan lalu yang indah.
* Sentiasalah bersikap terbuka dan boleh menerima kritikan.
* Elakkan daripada bercakap kasar dengan orang tersayang.
* Jangan lepaskan kemarahan kepada si dia.
* Sekiranya rasa marah kepadanya, cubalah kenang kembali kisah-kisah lama. Anda pasti lebih tenang.
* Ingat, janganlah sesekali merendah-rendahkan si dia depan orang lain.
* Sentiasa menghargai setiap apa yang dilakukannya terhadap anda.
* Bantulah orang tersayang dengan rela hati setiap masa tanpa berkira.
* Cubalah pujuk jika dia sedang berduka.
* Bisikkanlah kata-kata kasih dan cinta di telinganya selalu.
* Peluklah si dia sekerap mungkin.
* Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal bahagia hingga ke syurga.
majalah pama
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya punya tips, jangan berhenti mengejar si dia.. buat macam mana kita buat masa mula mula kita kahwin dulu.. sekali sekala, surprise kan dia |
|
|
|
|
|
|
|
my husband advice to me simple je...
1. hormati dia as husband...
2. jaga makan dia (we both help out in the kitchen)...
3. maintain my pervertness...
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry... pervertness tu ape ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa lagi? Nafkah batin sebanyak-banyaknya laaaa........
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau isteri tngah panas
yg lelaki kena sejuk
kalau lelaki tgnah panas
si isteri kena sejuk
masing2 kena pandai adjust thermostat rumahtangga
kalau dua2 panas dua2 sejuk
mmg masalah la perkahwinan
komunikasi dan toleransi penting
kesedaran dlm bertolak ansur penting
tk leh berat sebelah
fhm?
ni nasihat org tua dari pakcik ni
selamat pengantin baru sapa yg baca |
|
|
|
|
|
|
| |
|