View: 15419|Reply: 130
|
GRAVE'S DISEASE (penyebab hyperthyroidism)
[Copy link]
|
|
Grave's Disease adalah salah satu penyebab kepada hyperthyroidism. Di dalam thyroid gland, ada receptor, kita panggil TSH receptor (macam mangga kunci), kuncinya adalah TSH. Bagi mereka yang ada Grave's Disease, antibody system mereka akan produce auto-antibodies yang mimick TSH. Autoantibodies ini dipanggil TRAB. TRAB yang mimick kunci ni, akan pergi ke TSH receptor dan membuka thyroid gland tadi, maka thyroid gland akan produce T4 dan T3 dengan banyak. Lalu orang tadi akan dapat hyperthyroidism.
Tissue dibelakang mata (sebagaimana tissue all over body kita) juga ada receptors (macam mangga kunci) mereka sendiri untuk tugas tugas tertentu. Unfortunately, TRAB ni juga mimick receptors tissue di belakang mata ini, maka, orang yang dapat Grave's diease, akan tersembul matanya. Ini kami panggil Grave's Ophthalmopathy. Bila Grave's sudah melarat, akan timbul deposits tissue di kaki pesakit, ini dipanggil Pretibial Myxoedema (atau Grave's Myxoedema).
Hyperthyroidism , apa apa pun penyebabnya, adalah suatu penyakit yang berbahaya dan mesti di ubati.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Doktor... semalam saya google, rupanya teruk juga yer grave disease ni. Saya perasan yang mata saya ni makin bengkak. Pernah juga beberapa minggu mata sebelah kiri berair ( keluar air mata). Mata makin rabun dan makin silau. So saya lagi rasa selesa bila pakai spec hitam. Bengkak bahagian mata ni saya cover dgn makeup.
Kaki saya ni bila berdiri lama sikit ..memang bengkak la jadinya. Kadang2 bila berdiri atau berjalan.... tiba2 saya jatuh. Itulah saya rasa seram nak turun tangga sebab pernah bbrp kali jatuh tangga. Nak naik tangga rasa penat penat pulak.
Kadang2 ada hari-hari saya rasa di awang-awangan. Susah nak fokus. Nasib baik saya tak drive. Saya pernah terfikir kalau la saya drive.... agak nya la dah banyak kali accident kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Dafiza,
Eh tak lah teruk sangat Grave's Disease ni, tapi kena treat. Bila dah treat, OK aje.
Eh, lupa.. berap dah TSH, T4 dan T3 awak?
Pegi buat TRAB tuh. If positive, maka Grave's lah.
Eh bleh treat dengn mudah aje, seriously.
Tak treat kalu, jadilah apa yang jadi kat Dafiza tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Doctor, macam mana dengan hyperthyroidism during pregancy? I am currently 16weeks pregnant and just recently suspected with having subclinical hyperthyroidism. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh cikalang, kena treat tuh.
Make sure bukan clinic clinic atau GP je yg jaga awak tu.
Make sure endocrinologist di hospital.
Depa kena jenis yg tahu bila nak guna Carbimazole, bila nak tukar ke PTU.
Fetal malformation dan miscarriage adalah risks kepada meds diatas.
Jadi kena endocrinologists yg betul2 fasih je yg boleh follow u up.
Do this please.
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 11-12-2017 01:18 AM
Oh cikalang, kena treat tuh.
Make sure bukan clinic clinic atau GP je yg jaga awak tu.
Make sure ...
Ahh..ok doc..memang tengah tunggu appointment ngan specialist ni..thanks ya doc! |
|
|
|
|
|
|
|
no problems..
bila dah controlled nanti, jgn pulak jadi hypothyroid
amat2 penting your TSH tak lebih dari 2.5
(bila org tu hyperthyroid, T4 dia sgt tinggi dan TSH dia sgt rendah sampai takleh detect; dia akan di treat, maka T4 pun mula menurun, TSH dia pun mula naik. Jika TSH naik tinggi lebih dari 4.2, maka akan dikira hypothyroid pulak; jika pregnant, ini tinggi risiko nya utk keguguran nauzubillah; jadi, kami lebih suka jika TSH nyer kurang dari 2.5)
|
|
|
|
|
|
|
|
salam @selyusi , ini dia threadnya
ada questions tanyalah; if boleh saya cuba jawab
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam family akak ada 4 org ada grave disease ni. Bila nak try conceive, masing2 kena stop makan ubat utk kawal thyroid diaorg. Masa ni la mata akan makin tersembul.
Ipes, is i inheritable? |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke, aduh so depa ok ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 16-11-2020 06:40 AM
salam @selyusi , ini dia threadnya
ada questions tanyalah; if boleh saya cuba jawab
Thank you doc.
Nak tanya apa jadi kalau tak makan thyroxine? Takpun kalau skip ubat kadang2. |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 17-11-2020 09:32 AM
ye ke, aduh so depa ok ke ?
Lepas bersalin, start balik makan ubat.. Alhamdulillah nampak empat2 ni semua ok. Happy memasing.
Cuma nak tahu samada ianya penyakit keturunan atau tak je, ipes. |
|
|
|
|
|
|
|
if tak makan, akan dapat hypothyroidism.
sebab utama kita beri treatment dan pantau sepanjang hayat mereka yang hypothyroid ini, adalah kerana kesannya pada metabolism.
jika tidak dikawal dgn elok, cholesterol bleh naik dan membawa kepada coronaries.
juga jantung akan jadi lemah, membawah kepada lemah jantung.
pesakit akan jadi gemuk dan slow pemikiran, pergerakan.
ini semua menambahlagi kepada gemuknya, lalu membawa kepada sakit jantung dan coronaries ini.
treatment nya mudah sahaja ie ambil Thyroxine dan pantau sepanjang hayat (eg buat TFT blood tets every 6 month).
jika mengandung semasa hypothyroid, anak boleh cacat atau keguguran.
jika baby hypothyroid, dia jadi kecik macam midget, cacat akal dan mempunyai tumbesaran yang terenjat (Cretinism)
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah kak-leen
ya kak, ianya genetically jugak selalunya eg Hashimoto's Disease, Grave's Disease etc. Selalunya wanita lah. 8 9 kali lebih likely utk dapat, berbanding lelaki. sambung ambil ubta dan buat TFT every 6 months
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah kak-leen
ya kak, ianya genetically jugak selalunya eg Hashimoto's Disease, Grave's Disease etc. Selalunya wanita lah. 8 9 kali lebih likely utk dapat, berbanding lelaki. sambung ambil ubta dan buat TFT every 6 months
|
|
|
|
|
|
|
|
oh 4 org dapat Graves ye. ya, jika nak pregnant, kena tukar carbimazole tu kepada PTU especially in 1st trimester. ini kerana carbimazole (geng MMI) tu boleh buat baby tu cacat. jika pregnant, docs selalu tukar MMI kepada PTU (walaupun begitu PTU jugak ada risiko utk buat bayi lahir cacat, jadi kita guna at the lowest dose).
mengandung dalam hyperthyroidism tanpa treatment adalah lebih besar utk lahirkan bayi cacat atau keguguran
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 19-11-2020 06:15 AM
oh 4 org dapat Graves ye. ya, jika nak pregnant, kena tukar carbimazole tu kepada PTU especially i ...
Doktor, camne pulak yg ada hyperthyroid +multinodular goiter. Ada effect kat baby x kalau pregnant? |
|
|
|
|
|
|
|
multinodular goitre (MNG) adalah salah satu dari penyebab hyperthyroidism.
apa2 pun, jika ingin pregnant, hyperthyroidism kerana MNG itu perlu ditangani dahulu; jika tidak kegugurna atau kecacatan pada bayi akan berlaku
perlu thyroid nya di normalkan, menjadi euthyroid
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 29-11-2020 05:49 AM
multinodular goitre (MNG) adalah salah satu dari penyebab hyperthyroidism.
apa2 pun, jika ingin p ...
Ooo hormon tyroid tu kena kawal biar normal dlu.
Doktor ,nak tanya kalau grave disease tu ada simpton mata terjojol etc ada bagi effect mata jadi rabun x? |
|
|
|
|
|
|
|
doc, sy ada hyperthyroid..tsh <0.005, ft 61.7...agak2 berapa lama masa yg diambil untuk kembali normal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|