Edited by Ipo at 26-8-2015 07:23 PM
Sampai di tempat gadis bertudung itu berbual, Nazim berdehem beberapa kali. Wajah-wajah gadis itu diperhatikan seorang demi seorang. Dia mula keluarkan kertas yang dibaca tadi dan diletakkan di atas meja.
"I think...all of you should attend this.." Kata Nazim, senyuman dilemparkan kepada mereka.
Salah seorang pelajar itu mula melihat apa yang ditulis di atas sekeping kertas itu.
'Malam Kemerdekaan' Sebuah pentomen kemerdekaan dari pelajar Malaysia dipersembahkan khas sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 58.Tujuan memupuk kesedaran dan kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.'
"You pun sepatutnya attend pentomen ni. You are Malaysian right?" Zulaikha yang bertudung lilit itu berkata tegas. Matanya tajam merenung anak muda itu yang kedengaran sinis nadanya tadi. Dia tahu dari nada suara lelaki itu, ada sindiran.
"Huh..I don't think so. Semuanya mengarut!" Nazim ketawa sinis. Dia mula ingin beredar dari situ. Namun terasa tangannya disambar seseorang.
"Wait! " Zulaikha yang duduk tadi tercegat bangun. Lengan lelaki itu dipegang kuat. Tindakan lelaki itu sudah mencabar dirinya.
Langkah Nazim terhenti. Dia melihat lengannya dicengkam kuat. Matanya beralih pada wajah pemilik tangan yang memegang lengannya. Lama mata bertaut. Wajah putih mulus itu ditatap lama. Mata gadis itu bersinar. Cantik...desis hatinya.Itulah pertama kali dia melihat perempuan melayu bertudung dengan wajah cantik asli tanpa sebarang solekan.
" I cabar you. Kalau you boleh hadir malam kemerdekaan ni untuk setengah jam, I akan hadir parti liar you tu."Serius kata-kata Zulaikha pada Nazim.
Nazim terdiam. Zulaikha dipandang atas bawah. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Tidak percaya dengan kata-kata yang baru dilontarkan tadi. Sudah gila ke minah ni? Sudah tak ada maruah ke apa?? Bagaimana perempuan ini tahu yang malam ini dia akan hadir parti itu??
"You what??" Nazim bingung.
"Yes..you've heard that. Kalau you boleh hadir malam kemerdekaan malam ni, I akan hadir parti liar you selepas tu. " Ulang Zulaikha.
Sekali lagi Nazim pandang gadis itu yang seperti mencabarnya. Ya, jelas di wajah mulus milik gadis itu ada riak serius.Tiada nada bergurau.
"Ika, kau ni kenapa? Kalau mamat ni betul-betul datang malam kemerdekaan tu, kau nak pergi parti maksiat tu??"Roslina, salah seorang dari kawan Zulaikha mula bangun dan memarahi Zulaikha.
"Lina, I know what I'm doing."Zulaikha cuba tenangkan Roslina yang nampaknya tidak senang dengan 'offer'nya pada lelaki itu tadi.
"And you are Nazim..that is your name,correct me if I'm wrong." Zulaikha mengetap bibir. Sudah lama dia memendam rasa pada lelaki itu yang selalu perlekehkan agama dan kali ini perlekehkan pula kemerdekaan tanah air sendiri.
Nazim terpana. Lantang sungguh! Dia tidak pernah kenal siapa gadis di depannya. Sungguh, langsung dia tidak kenal. Sehingga ke hari ini, semua pelajar perempuan yang menjadi temannya semuanya tidak bertudung. Memang jauh sekali untuk dia mendekati gadis bertudung. Bukan citarasanya!!
"Ok! Kalau I hadir malam kemerdekaan malam ni and spend half an hour there, you have to accompany me to that party then, deal?" Nazim mula rasa tercabar. Dia tahu, hati perempuan mudah dilentur. Lontar saja kata-kata manis, terus terlentuk. Nampaknya Zulaikha sendiri yang datang menyerah.
"Deal!" Zulaikha setuju. Dia perlu mengajar lelaki yang sudah lupa asal usulnya itu.
Sejak dia pertama kali menjejakkan kaki ke bumi UK ini, lebih tepat lagi kampus ini, dia selalu perhatikan kehidupan Nazim. Tidak sangka, Nazim adalah bakal tunangnya yang dibantah oleh Nazim sendiri atas dasar itu adalah pilihan keluarga. Syukurlah Nazim tidak pernah ingin kenal siapa bakal tunangnya selama ini. Memang pada mulanya dia ingin putus saja sebaik mendengar dan melihat sendiri sikap Nazim yang suka berfoya-foya dan hanya memandang ringan suruhan agama. Untuk apa dia bersuamikan lelaki seperti itu tetapi bila difikirkan semula, tidak sepatutnya dia membiarkan lelaki itu terus hanyut di lautan dalam. Dia nekad untuk mengubah Nazim.
Nazim melemparkan senyuman sinis.Sesekali mata nakalnya merayap pada tubuh Zulaikha yang berseluar jeans dan baju sejuk berona coklat muda. Mafla yang berwarna hitam hanya dililit longgar di leher sekadar untuk berfesyen. Tudung berona merah jambu tersarung kemas. Sekali imbas,terpancar wajah asli gadis itu dengan pipi kemerahan dan bibir juga kemerahan. Mungkin kerana cuaca sejuk yang melanda sekarang ini. Gadis itu sudah mencabarnya dan gadis itu harus juga diajar! Biar gadis itu tahu tidak semudah itu lelaki bernama Nazim, anak Datuk Hakim ditumbangkan dengan perkara remeh temeh seperti itu. Dia melangkah pergi selepas cabaran Zulaikha disahut.
***************
HAMPIR sepuluh minit menunggu, Zulaikha mula menguntum senyum. Dari anak tangga dewan pentas itu, dia melihat Nazim sedang berjalan menuju ke arah dewan.
"Lina..kau tengok tu. Nazim dah datang.." Zulaikha tuding ke arah Nazim.
"Ika..kau pasti ke dengan keputusan kau ni? Aku risau la. Kau tu perempuan..kalau Nazim tu menagih janji kau? Lepas dia spend setengah jam kat sini, kau kena ikut dia ke parti tu. Kau masih ada masa lagi Ika. Jangan buat kerja gila ni. Nanti body kau tergadai."Roslina semakin risau. Dari siang tadi lagi dia tidak senang dengan cabaran gila Zulaikha. Mencabar tak kena tempat!
"Kau jangan bimbang Lina. Aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu kelemahan dia. Mama dia dah bagi tahu aku semuanya.." Zulaikha memujuk Roslina supaya masuk dulu ke dalam dewan.Sepuluh minit lagi pentomen akan dipersembahkan.
"Hati-hati Ika. Kalau kau perlukan bantuan aku, aku ada sebagai talian hayat kau." Sempat Roslina bergurau.
Zulaikha hanya mengangguk-angguk.Roslina sudah mula menapak masuk ke dalam dewan. Dia kembali melihat ke arah Nazim yang masih mengatur langkah menghampirinya.
"Hmm...tahniah! You sahut cabaran I." Senyuman Zulaikha diukir kepada Nazim yang sudah berada di sebelahnya.Dalam cuaca sejuk dan berkabus begitu cukup membuat tulang temulang menyucuk.
"Hey..this is Nazim. Now, I'm here.So, setengah jam lepas ni, you kena bersedia temankan I ke parti. Promise is a promise!" Nazim berkata bangga. Cabaran gadis itu perlu disahut dengan rasa bangga. Apa sangatlah cabaran gadis itu!
"Emm..alright. Shall we?"Zulaikha mengajak Nazim masuk ke dewan.
Sudah ramai penonton memenuhi ruang tempat duduk. Keadaan di pentas sudah dihias dengan bendera Malaysia dan suasana kampung dan replika bangunan mercu tanda Malaysia. Masing-masing mengambil tempat duduk. Nazim hanya melihat pentas yang sudah dihias sebegitu rupa, mungkin mengikut jalan cerita sesuai dengan sambutan malam kemerdekaan. Dia senyum sinis. Begitu bersungguh anak muda di perantauan mengingati hari kemerdekaan. Entah-entah erti merdeka itu sendiri pun mereka tidak tahu.
Sementara menunggu persembahan dimulakan, Zulaikha mengambil kesempatan itu untuk berbicara dengan Nazim. Nazim perlu tahu siapa dia sebenarnya. Kehidupan Nazim ternyata sudah jauh dari kehidupan seorang Melayu apalagi kehidupan seorang muslim. Pesanan Datin Habibah, mama Nazim, padanya sebelum dia berangkat ke UK dulu, masih kukuh di ingatan. Datin Habibah berharap sangat yang dia akan mengubah sikap dan perangai Nazim yang sudah kebaratan.
"So, how do you feel? I mean...bila you dah ada di sini." Zulaikha mulakan bicara.
"Biasa...nothing special.."Nazim jongketkan bahu. Dia memandang sekilas pada Zulaikha yang duduk di sebelahnya sebelum berkalih pada pentas di hadapan.
"Ok...so, cuba you tengok betul-betul penonton kat sini. Berapa ramai Melayu?" Jari telunjuk Zulaikha menuding ke arah penonton di dewan itu.
Nazim memerhati ke segenap ruang dewan.Dia berkerut kening. Rasanya tidak sampai separuh. "Hmm...tak ramai,kenapa?"
"Kerana inilah jumlah pelajar Melayu yang belajar di universiti ni. Selebihnya adalah pelajar bukan Melayu dan you know what? More than half penonton di sini adalah bukan bangsa Melayu. So, my question is, why you kata I dan kawan-kawan I yang kena hadir malam kemerdekaan ni? Just give me one good reason." Mata Zulaikha memandang tepat ke anak mata Nazim.
Nazim diam.
"Kalau reason you adalah kerana I dan kawan-kawan I Melayu, you juga Melayu!" Balas Zulaikha.
"So?" Nazim tidak mahu mengalah.
Zulaikha ketawa, dua ulas bibirnya ditutup dengan tapak tangan. Ketawa masih kedengaran. Terasa lucu pula dengan satu perkataan yang terpacul dari mulut Nazim.
"See? You tak ada reason nak sangkal kan? Let me tell you one thing. Sedar atau tidak, kita sebenarnya masih dijajah. Pemikiran kita masih dijajah. Walau negara sudah merdeka selama 58 tahun, tetapi kita masih mengagungkan penjajah. Kenapa I cakap macam tu? The best example is you! You benarkan penjajah menjajah pemikiran you, sikap you dan tindak tanduk you." Geram sudah menapak dalam hati. Zulaikha menghambur kata-kata sindiran pada Nazim.
"So, you think mereka tu jajah pemikiran I? Nonsense!" Nazim sinis berbicara, cuba menidakkan kata-kata Zulaikha.
"Ya! You sedar tak, apa yang you buat selama ni sebenarnya adalah kemenangan bagi mereka? Mereka bertepuk tangan kerana dengan senang pemikiran you dikotori. You lupa pada agama, pada bangsa dan sekarang ini you perlekehkan negara sendiri, kemerdekaan negara sendiri.Kalau dulu penjajah tersenyum gembira kerana dapat menjajah negara dan mencuri hasil khazanah kita, sekarang ini mereka tersenyum puas kerana dapat menjajah pemikiran pula. Kita bila berada di negara orang, kita ibarat sebuah bendera. Kita akan jaga bendera itu dengan sebaik mungkin, tidak benarkan ia dipijak-pijak. Lebih kasihan, bila agama juga dipijak-pijak. Kita adalah penyambung warisan..kalau warisan pun dilupakan..tak tahulah.." Sengaja Zulaikha melontar falsafah seperti itu. Dia sedar, Nazim seperti tidak berminat.
"And you..one of them. Salah seorang yang pemikirannya dijajah!" sambung Zulaikha, puas hatinya bila dapat meluahkan semua itu. Sudah lama dia ingin menghentam Nazim dengan kata-kata sindiran dan pedas.
"Oh my...pemikiran you yang sempit!You yang sebenarnya masih di zaman kuno! Masih di takuk lama! " Tempelak Nazim pula. Menggelegak hatinya bila dituduh begitu.
"Oh really? Then you rasa...dengan ikut adat yang kurang ajar tu..ikut peredaran zaman? Hidup bebas, suka hati nak buat apa tanpa ada batasan tu, halal haram, you kata itu ikut zaman? Moden??"Zulaikha ketawa sinis.
"Whatever!" Nazim malas melayan.
"Kalau semua boleh dibuat rasanya tak salahkan kalau I lempang you!" Sinis nada Zulaikha.
"Stupid!" Nazim bangun dan ingin beredar dari situ.
"I know..you tahu semua tu tapi you buat-buat tak tahu kerana otak you sudah dikotori!. Orang yang tahu tak semestinya dia sedar dan orang yang sedar, sudah semestinya tahu." Zulaikha berkata sinis. Nazim dibiarkan pergi meninggalkan dewan pentas itu. Puas hatinya dapat membasuh otak Nazim yang sudah disumbat dengan budaya asing.
NAZIM pulang dengan hati yang panas. Kata-kata Zulaikha tadi cukup membuatkan hatinya menggelegak panas! Semudah itu gadis itu menuduhnya mempunyai pemikiran yang dijajah! Langkahnya laju menuju ke kereta. Dia perlu tenangkan fikiran dan hati. Parti yang sudah dijanjikan bersama John akan dihadiri juga walaupun tanpa gadis berlagak patriotik dan ustazah itu!
Kereta dipandu laju menuju ke rumah Nancy. Dia tahu, parti malam itu akan berlanjutan sehingga pagi. Setengah jam memandu, akhirnya Nazim tiba di perkarangan rumah Nancy. Meriah dengan para jemputan berbagai ragam dan alunan muzik di segenap ruang di persekitaran rumah itu. Nazim mula keluar dari perut kereta. Dia masih berdiri di tepi kereta. Matanya liar memerhati semua tetamu yang hadir. Ada yang sudah mabuk, ada yangberpelukan dan yang pasti hampir kesemuanya adalah orang asing. Terfikir kata-kata Zulaikha tadi. Apakah begitu kehidupan yang dia inginkan nanti? Bertukar pasangan, hidup bebas dan lebih menyedihkan, agama langsung tiada dalam kamus hidup. Apa lagi memikirkan hal negara.
"Hey! Nazim! Come on!" John melaung dari balkoni.
Nazim melambai sambil tersenyum. Di samping lelaki Inggeris itu, seorang gadis melayu yang juga pemikirannya sudah dijajah jika itu yang dimaksudkan oleh Zulaikha tadi. Dia melihat lagi sekeliling. Rata-rata tetamu yang datang mempunyai sikap dan perangai seperti John. Bergembira dan berseronok. Dia tahu semua itu hanyalah sementara saja dan semua itu adalah untuk keseronokan di dunia. Dia tahu semua itu menyalahi agama.
"Come on!" Ajak John lagi.
"Sorry..." Nazim menolak ajakan John. Gadis melayu di sebelah John dipandang dengan perasaan meluat. Begitu senang gadis itu diperlakukan begitu oleh John. Entah kenapa dia mula terfikir kata-kata Zulaikha. Begitu mudah maruah tergadai dan yang bersorak kemenangan siapa??
"You are Nazim right?"
Nazim mengundur bila gadis itu mula mendekatinya dan ingin memeluknya.
"Behave yourself! Tak malu ke, you tu perempuan Melayu, agama Islam! Mana maruah you?" Kali ini Nazim pula yang merasa malu dengan tindakan gadis itu tadi.
Gadis itu ketawa terbahak-bahak. "Hey..you kata kat I, you tak sedar yang you pun sama! Melayulah sangat! Diri sendiri pun malu nak mengaku Malaysian!"
"You!!" Nazim ingin saja menampar mulut celupar gadis itu. Sungguh dia terasa tercabar bila bangsa sendiri mudah diperkotak-katikkan oleh orang asing.
"Stop it! Both of you! Just forget your stupid country! Now, we need some fresh air, party! Remember!" Teriak John pula dalam ketawa besar.
Nazim mengetap bibir. Itulah pertama kali hatinya bernanah, berdarah, mendengar kata-kata John. Sebiji penumbuk singgah di muka lelaki itu. Baru kini dia tahu apa yang dirasakan oleh Zulaikha bila dia perlekehkan itu semua tadi dan sekarang ini buku bertemu ruas! Bila kata-kata itu keluar dari mulut lancang John, dia tidak boleh terima. Darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah masih darah anak Malaysia! Aku darah anak Malaysia!
"Hey! What's wrong with you?" John menggosok rahangnya yang terasa sakit.
"I'm Malaysian and I'm proud of it! " Laung Nazim sambil menuju ke keretanya semula. Kereta dipecut laju meninggalkan majlis maksiat itu.
NAZIM berhentikan keretanya di depan bangunan dewan pentas. Dia memerhati saja dari dalam kereta. Agaknya persembahan itu sudah lama bermula. Perlukah dia hadir sekali lagi? Ah, tentu dia akan ditertawakan oleh Zulaikha, gadis yang hanya dikenali siang tadi, atas sebab menyahut cabaran. Tika ini, hatinya terasa tenang. Rasanya puas dapat memberi sebiji penumbuk kepada John tadi.
Perlahan Nazim menapak keluar dari perut kereta. Dia melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah gelap. Hanya di atas pentas sahaja, cahaya dari lampu menyuluh terang. Dia hanya berdiri di tepi pintu, menyaksikan persembahan pentomen yang hampir selesai.
'Darah yang mengalir.. keringat yang menitik.. tidak terhitung.... tanah air tetap kujunjung...'
Kedengaran lagu patriotik dimainkan. Bergema seluruh dewan itu.
'Di sini... lahirnya sebuah cinta.. Yang murni abadi sejati.. Di sini.. Tersemai cita-cita.. Bercambah menjadi warisan...'
Lagu itu dihayati. Bergenang airmata mendengar setiap bait lirik yang penuh bermakna. Sungguh..dia sudah jauh dari semua itu. Kata-kata Zulaikha sekali lagi terngiang-ngiang di telinga. Sesungguhnya manusia sepertinya penyambung warisan...
Nazim menepuk tangan sebaik pentomen itu tamat dengan laungan merdeka dan diakhiri dengan doa selamat. Walaupun hanya babak terakhir yang sempat ditonton, hatinya sudah mulai sedar. Sedar setelah sekian lama tahu. Dia segera mengatur langkah keluar dari situ bila orang ramai mula bangun dari tempat duduk masing-masing.
"Nazim.."
Nazim berpaling. Zulaikha tersenyum padanya. Kini hatinya terusik..terusik dengan malam kemerdekaan dan terusik dengan kehadiran gadis itu. Lahirnya sebuah cinta.....
TAMAT........maaf..citer ni rasanya kurang menepati tema...
|