CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1687|Reply: 2

Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita

[Copy link]
Post time 7-8-2015 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan  sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa  pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada  kesedihan dan hati yang hancur sahaja.

Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang  disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya  dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham  antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima AndaMungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk  menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima  dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai  lelaki, bukan mengubah lelaki.

Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda  atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin  tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.




2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami AndaCuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan  perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya  dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai  itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.  Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya  dengan diri anda.
3. Berubah Untuk Menikmati PerubahanSekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa  pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah  yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada  anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih  baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk MenerimaDi atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah  sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang  lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang  sanggup anda beri.
5. Percaya Untuk DipercayaiSekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan  lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk  pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah,  bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah.  Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia  mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki Untuk MenangMengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam  kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek  kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami,  kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama  ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa,  maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada  agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang  dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan NegatifRamai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga  yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan  suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun  suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda  kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang  mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa,  banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak  menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan TanggungjawabSebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah  walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab  suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna  sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun.  Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi  apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan KritikanKritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan  sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan  nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan  menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda  pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia MahuDia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda  mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak  seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan  seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia  dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda  berikan.
11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap LelakiDia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin  dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai  kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih  berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu DibayarAnda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda  kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman  yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya  apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan ManjaSebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik  dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda  memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda  sebagai wanita.
14. Hormati Dia Sebagai LelakiDia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk  memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan  perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi  penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah  menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan BaikAntara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing  suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik  apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa  yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai LelakiLelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal  remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih  baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan  minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan  ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup AndaDia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan  wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa  sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan  sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda  berfikir mengenai anda.
18. Jangan Katakan Penyesalan MengahwininyaApabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan  menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan  penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda  dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa  gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan PergaduhanAda wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau  menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan  kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini  berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang  memulakannya.
20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila BersalahSekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya  amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda  adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk  diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba  mencari jalan keluar.
21. Hidup Bukan Hanya Di DuniaBanyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal  yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat  adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan  betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda

http://www.2dayblogger.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2015 07:24 PM | Show all posts
Wanita yang pandai menabung pun menarik perhatian kaum lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok noted..da minta maaf pun..tp sakit nya tuh disneyland
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.287866 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list