CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2243|Reply: 0

[Lain-Lain] Rehat cukup, rancang perjalanan

[Copy link]
Post time 20-7-2015 11:51 AM | Show all posts |Read mode
       
KUALA TERENGGANU - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mengingatkan orang ramai yang pulang berhari raya supaya rancang perjalanan dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum pulang berhari raya.   
       
        Pengarahnya, Ahmad Firdaus Haron berkata, pastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik dan selamat terutama wiper, lampu dan brek berfungsi dengan baik.  
       
        Menurutnya, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini di negeri ini, semua pihak perlu mengambil langkah berwaspada dan memandu dalam keadaan berhati-hati untuk mengelak perkara tidak diingini.
       
        “Pastikan juga dapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
       
        “Memandu dalam jarak jauh dan pada musim perayaan pula, kita tidak dapat jangka keadaan sepanjang perjalanan nanti,” katanya.
       
        Beliau juga mengingatkan, pemandu terutamanya tidak mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
       
        “Jika mengantuk atau letih, berhenti rehat di tempat yang selamat dengan merehatkan badan atau tidur sekejap, lima hingga 10 minit sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi,” katanya.     
       
        Menurutnya, bandaraya Kuala Terengganu juga dijangka sesak bermula petang semalam kerana ada yang terus pulang sebaik sesi persekolahan berakhir Rabu.
       
        Beliau juga menasihatkan pengguna tidak meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya terutama di bahu jalan kerana ia akan menyempitkan laluan sedia ada sekali gus menyebabkan kesesakan.   
       
        Trafik di Kuala Terengganu terkawal
       
        Dalam pada itu, keadaan jalan raya di bandar Kuala Terengganu masih terkawal dan di kebanyakan jalan utama tidak berlaku kesesakan lalu lintas sehingga petang semalam.
       
        Hasil tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi jalan utama termasuk menghala ke Kuantan dan juga Kota Bharu mendapati keadaannya masih terkawal.
       
        Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan orang ramai yang pulang ke Kuantan, Kuala Lumpur dan Kota Bharu menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur II yang telah pun dibuka kepada pengguna.
       
        Bagaimanapun, dalam keadaan jalan utama yang masih lengang dan tidak banyak kenderaan menjelang petang semalam, pengguna masih perlu mementingkan keselamatan apabila berada di atas jalan raya.
       
        Seorang pengguna, Mohd Azmi Jusoh, 42, berkata, pemandu harus bijak membuat pilihan untuk menggunakan sesuatu laluan sebelum bertolak ke destinasi.
       
        “Biasanya sebelum bertolak saya akan melihat keadaan jalan raya terlebih dahulu dan kemudiannya membuat keputusan untuk menggunakan laluan yang mana satu.
       
        “Kalau hendak cepat pastinya saya memilih jalan yang dapat sampai dengan cepat tanpa ada sebarang masalah kesesakan jalan raya,” katanya.
       
        Azmi berkata, keselamatan diri sendiri dan juga pengguna lain perlu diambil kira supaya apabila berlaku tolak ansur masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan.
       
        Manakala bagi Anisah Roslina Awang, 49, perjalanan yang selamat serta selesa pastinya menjadi impian ketika pulang berhari raya.
       
        “Bagi memastikan semuanya selamat, perlulah memastikan semua suis atau sebarang penyambungan telah dicabut sebelum keluar berhari raya atau balik kampung.
       
        “Jangan kerana terlalu gembira untuk pulang berhari raya, berlaku musibah kepada rumah yang ditinggalkan di bandar,” jelasnya.
       
        Tips keselamatan  ketika beraya
       
        Sementara itu, Polis Terengganu menjalinkan kerjasama dengan beberapa badan sukarela untuk membuat operasi dan rondaan dalam usaha menangani jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan ini.
       
        Justeru orang ramai diingatkan agar memastikan keselamatan kediaman masing-masing dalam keadaan baik sebelum meninggalkannya untuk pulang ke kampung sempena musim perayaan ini.
       
        Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, tindakan utama yang wajar dilakukan adalah memaklumkan kepada balai polis berhampiran sebelum meninggalkan rumah.
       
        “Kita ada menyediakan borang di setiap balai polis dan orang ramai dinasihatkan mengisi borang berkenaan sebelum meninggalkan kediaman masing-masing.
       
        “Ini untuk kita mempertingkatkan rondaan jenayah terutamanya di kawasan yang dikenal pasti ketiadaan ramai penghuni,” katanya.
       
        Selain itu, Wan Abd Aziz turut memberi beberapa tips keselamatan sebelum meninggalkan rumah yang wajar dilakukan pemilik rumah bagi memastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini sepanjang mereka meninggalkan rumah terutamanya bagi yang bercuti panjang.
sinarharian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    22-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.379729 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list