CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2128|Reply: 7

Ketahui 7 Personaliti Seorang Wanita Menerusi Cara Berjalannya.

[Copy link]
Post time 9-7-2015 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Info ini adam peroleh dari sebuah portal informasi. sejauh mana kebenaranya adam sendiri tidak pasti, bagaimana pula yang anda rasa? kongsikan bersama kami di sini

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.





Langkah kaki dan cara pergerakannya boleh menentukan personaliti seseorang..betul ke..?

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.

Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian.
http://selongkar10.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mia no.3
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 08:24 PM | Show all posts

suka jalan tunduk sebab tu susah nak cam muka orang

dan betul..ciri2 tu sama dgn diri..lambat mesra, tapi kalau dah ngam, memang boleh jadi rapat
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 09:07 PM | Show all posts
sy no 3..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 12:05 AM | Show all posts
aku jalan laju.. takleh control.. sikit2 kena berhenti nak bagi org catch up dgn aku,.. n mmg jalan tak pandang org...

aku akan selalu menoleh kanan atau kiri, belakang.. kalau aku rasa aku kat tempat yg tak selamat... jalan tepi jalan takut ada peragut... or kat tpt bnyk org muka pelik2. or sunyi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 08:04 AM | Show all posts
Aku no 3 gak .. Mmg xkn bersembang dgn org yg x kenal & lmbt mesra ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2015 09:21 AM | Show all posts
iols no 4

rasa macam betul jugak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 12:56 PM | Show all posts
no 3 & 6..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.072381 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list