CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6196|Reply: 58

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

[Copy link]
Post time 7-7-2015 02:28 PM | Show all posts |Read mode


Assalamualaikum...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak saipa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawablah di gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecik tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.



"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-deleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walaupun ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagi perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami , perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama keangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitu standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang sati ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada juga kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula adapila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.  Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!.
se njamendamaikan.blogspot.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 03:48 PM | Show all posts
sure la kena pandai masak...takkan hari2 mkn luar..
sgt penting ok
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mia pandai masak pe...

Mia pandai masak ala-Miabebe...campak2 je..sedap xsedap blkg kira..kihkihkih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:35 AM | Show all posts
Haruslah pandai.. hantaran kawin sekarang tinggi-tinggi weh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:09 AM | Show all posts
zulka replied at 7-7-2015 03:48 PM
sure la kena pandai masak...takkan hari2 mkn luar..
sgt penting ok

kalau pmpuan kena jugak pandai memasak..
So, lelaki kena la jugak tau betul kan keta, tau buat paiping kat umah..
So tayah la tetiap kali ade problem nk panggil org repair nk kuar duit..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 10:41 AM | Show all posts
aku x tau aku pandai msk ke tak...sebab bila blk kg masak kat rumah mak dl..mak saudara.sepupu semua ckp best pandai msk...pd aku ok la..boleh la sikit2..tp suami aku ckp aku tak pandai masak...sebab dia nye taste lain sikit...kalo buat gulai kene cair sikit..aku lak buat gulai pekat2...lgpun aku tak makan kari2 aku lebih makan sup2..suami aku suka makan kari2...so disebabkan dia ckp tak sedap..jd aku jarang la masak..kalo masak pun masak makanan aku..gulai asamrong ke, sambal belimbing ke, tempoyak patin ke...tuk dia masak sayur gan masak lemak sayur je..ayam lebih goreng n ikan goreng...kan senang...dah tak pandai msk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2015 11:20 AM | Show all posts
tanak-balik replied at 8-7-2015 10:09 AM
kalau pmpuan kena jugak pandai memasak..
So, lelaki kena la jugak tau betul kan keta, tau buat pa ...

ya.....u said to the right person...
I had do that...evrything about kereta tukang2...bekebun...semua dlm hujung jari sy...
mlm tadi ajer lepas terawih terus masuk bawah kete...tuka myk enjin,myk geabok,tuka absober....smpai kul 1...phewww penat derr..
oppsss lagi 1, sy pun pandai masak juga...in fact..anak2 sy lebih suka kalau sy masak dari ibunya..
tapi tak kisahla, sebab my wife baik orgnya....so tak kisah sgt la dia tak pandai masakpun...
i ingat lg ada sekali dia masak siput sedut tak ketuk hujung....huhuhuhu...jenuh menyedut tak keluar isinya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 11:41 AM | Show all posts
Jawapan : Tak salah.

Pilih jer pasangan yg pandai/suka masak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 12:03 PM | Show all posts
zulka replied at 7-7-2015 03:48 PM
sure la kena pandai masak...takkan hari2 mkn luar..
sgt penting ok

kalau suami makan luar nanti isteri marah pula..........

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 01:07 PM | Show all posts
zulka replied at 8-7-2015 11:20 AM
ya.....u said to the right person...
I had do that...evrything about kereta tukang2...bekebun...s ...

wow..mmg abg zulka ade full pakej..
tp bkn semua lelaki mcm abg.

Ramai je laki yg katanya metroseksual, tukar tayar keta pancit pun xreti..
Bak kata forumers, menda bole blaja..

Same goes utk pmpuan la jgk..masak pun bole blaja..

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 01:29 PM | Show all posts
Edited by auntieagony at 8-7-2015 01:30 PM
mattzzx replied at 8-7-2015 12:03 PM
kalau suami makan luar nanti isteri marah pula..........

Apasal pulak nak mkn luar, suamilah masak. Anyway, tak salah pun kalau mkn kat luar. Bila suami tak pandai repair kereta, isteri hantar jer kereta ke workshop - konsep yg sama....
Suami masak sementara Isteri kemas rumah, basuh/lipat/gosok kainbaju, jaga anak, siram pokokbunga, cuci bilik air/tandas, sapu/vacuum/mop lantai, tukar cadar, lap tingkap dll...


Kalau mampu, ambil pembantu rumah yg pandai masak.

Nota kaki => Menguruskan rumahtangga bukanlah tanggungjawab isteri. Correct me if I'm wrong. Isteri cuma menolong suami jer di atas ikhsan peribadi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 01:50 PM | Show all posts
auntieagony replied at 8-7-2015 01:29 PM
Apasal pulak nak mkn luar, suamilah masak. Anyway, tak salah pun kalau mkn kat luar. Bila suami ta ...

masalahnya ini Suami Makan Luar (buat projek ).....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:05 PM | Show all posts
mattzzx replied at 8-7-2015 01:50 PM
masalahnya ini Suami Makan Luar (buat projek ).....

Lorr.... hanya kerana isteri tak reti masak... Sian....kat suami.... Agak shallow....

Kalau isteri pandai masak mcm Chef pun, masih ada kebarangkalian (possibility) utk suami buat project luar... so why bother?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:08 PM | Show all posts
auntieagony replied at 8-7-2015 02:05 PM
Lorr.... hanya kerana isteri tak reti masak... Sian....kat suami.... Agak shallow....

Kalau ist ...

itu semua andaian matt saje tak ada kena mengena dengan suami2 kat luar..........

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:11 PM | Show all posts
tak pandai takpe..yang penting ada keinginan nk belajar dan nak cuba masak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:14 PM | Show all posts
mattzzx replied at 8-7-2015 02:08 PM
itu semua andaian matt saje tak ada kena mengena dengan suami2 kat luar..........

Masih belum terlambat utk menukar ke paradigma pemikiran yg lebih progressif....
Heboh sgt perempuan boleh masak atau tidak... Lelaki boleh repair kereta ker tidak, betulkan sinki ker tidak, boleh bertukang kayu ker tidak - takder pulak dihebah2kan.... Kesian kaum perempuan... Hmm... nasib lah kan....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 02:16 PM | Show all posts
auntieagony replied at 8-7-2015 02:14 PM
Masih belum terlambat utk menukar ke paradigma pemikiran yg lebih progressif....
Heboh sgt per ...

betul tu, matt pun tumpang simpati juga.....


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:17 PM | Show all posts
tanak-balik replied at 8-7-2015 01:07 PM
wow..mmg abg zulka ade full pakej..
tp bkn semua lelaki mcm abg.

yea...tak dinafikan memang most of them begitu..
almost 90% kawan2 aku pun sama mcmtu...kalau time free tu, suka sgt ajak lepak kedai mamak borak..smpai pagipun boleh....yg bujang tu tak kisahla, ni yg dah ada family, bini dlm pantangpun ader...kadang2 aku tfikir bini dorang ni tak marahke?...nak kata anak2 dah besar tak juga.....n sory to say lelaki melayu memang rata2 sama perangai camni...payah sgt nk jumpa yg boleh tolong kemas rumah, basuh pinggan,bekebun,siapkan anak2 gi skolah, gosok baju.....kalau aku citer kat kawan2 aku aku buat kerja2 rumah ke, memang kena gelak aje...pelik sungguh  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:21 PM | Show all posts
mattzzx replied at 8-7-2015 02:16 PM
betul tu, matt pun tumpang simpati juga.....

Hehehe... simpati jer?....

Auntie kenal ramai wanita yg tak memasak tetapi suami2 mereka yg memasak di Msia/Spore (termasuk yg menaip ni ). Ok jer kehidupan kami.


Allah swt tu Maha Adil, diciptakan manusia dgn kelebihan & kekurangan.... Kurang kat sini, lebih kat situ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:27 PM | Show all posts
auntieagony replied at 8-7-2015 02:21 PM
Hehehe... simpati jer?....

Auntie kenal ramai wanita yg tak memasak tetapi suami2 mereka yg mem ...

simpati jer lah, abis nak suruh matt buat apa??

kiranya auntie ni tak pandai masak dan suami auntie ygn masakkan?? bertuah lah auntie.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.077484 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list