bahan-bahan lapisan putih :
5g serbuk agar-agar
200ml air
1/3 cawan gula halus
200ml santan kotak
100g jagung cream
200g chendol
garam secukup rasa
bahan-bahan lapisan coklat :
120g gula melaka - dicincang
250ml air
200ml santan kotak
5g serbuk agar-agar
garam secukup rasa
cara-cara lapisan putih :
1. Masak air, gula & serbuk agar-agar hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masuk kan santan & garam, gaul hingga sebati.
3. Masuk kan chendol & jagung, gaul rata & matikan api.
4. Tuang kedalam acuan 6 x 6 yg telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah keluarkan agar-agar).
5. Masuk kan kedalam peti sejuk supaya mengeras sedikit sebelum dituangkan lapisan coklat.
cara-cara lapisan coklat :
1. Masak gula melaka & air hingga mendidih.
2. Setelah siap, tapiskan.
3. Masak air gula melaka & serbuk agar-agar hingga mendidih.
4. Kecilkan api, masuk kan santan & garam, gaul rata.
5. Cucuk-cucuk kan lapisan putih yg sudah mengeras sedikit dengan garpu, kemudian tuang kan cecair lapisan coklat.
6. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk.
Selamat Mencuba..