![](http://blogfyna.com/wp-content/uploads/2015/06/Lokasi-Kaunter-Zakat-Fitrah-Drive-Thru-546x264.jpg)
Kebiasaanya zakat fitrah dibayar di pejabat agama, masjid, surau dan di kaunter-kaunter khas, namun begitu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah membuka kaunter khas Zakat Fitrah Drive Thru bagi memudahkan urusan pembayaran zakat tersebut dilakukan.
“Kaunter zakat fitrah drive thru beroperasi di Lobi Utama, MTMZA dibuka seawal jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang disepanjang bulan Ramadan,” katanya lagi.“Sejak kaunter zakat drive thru ini beroperasi pada tahun 2011, jumlah kutipan zakat fitrah meningkat setiap tahun dimana setiap seorang amil yang bertugas memegang 100 buah buku resit zakat berbanding 50 buah buku sebelum kaunter ini dibuka,” katanya.
Beliau turut berpesan agar orang awam khususnya muslimin dan muslimat di Putrajaya sentiasa peka dan mengambil berat terhadap pembayaran zakat fitrah yang wajib dibayar oleh umat Islam. blogfyna.com
|