CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1531|Reply: 0

[Lain-Lain] Hidrat Sempurna di Bulan Puasa

[Copy link]
Post time 30-6-2015 05:54 PM | Show all posts |Read mode

Gambar: INGimage


Sepanjang Ramadan, cuaca yang tidak menentu turut beri kesan pada wajah dan juga tubuh. Sama ada hujan atau diselar terik matahari akan buatkan kulit lebih mudah mengering dan dehidrasi. Kekalkan kulit wajah yang lembap dengan penjagaan pemakanan anda dan rejim penjagaan kulit seperti pelembap dan pelindung UV.


Ikuti cara mudah dan ringkas ini untuk anda mula amalkan demi kulit yang sentiasa sihat dan cukup hidrasi.


  • Mulakan ketika sahur yakni minum air suam dengan banyak.
  • Ambil makanan seperti telur dan minum susu. Jika anda tidak meminati makanan berat kala bersahur, boleh cuba buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, anggur atau tomato.
  • Elakkan mengambil makanan pedas, ia sebenarnya akan menyerap lembapan dengan mengeluarkan haba dari dalam badan.
  • Oles pelembap pada waktu malam, sekiranya anda mempunyai pupur tidur (sleeping mask) pakailah setiap hari. Ia dapat membantu merawat kulit anda yang dehidrasi.
  • Cuci wajah dengan air sahaja di waktu pagi, ia akan memberi lembapan yang lebih berpanjangan. Kerana mencuci wajah dengan pencuci akan lebih mengeringkan kulit.
  • Oles pelembap yang bukan bebas minyak. Seeloknya yang pekat teksturnya, ia akan tahan lama pada kulit berbanding gel.
eh!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    17-2-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.307237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list