“Gila! Gila! Gila! Aku kata ini semua gila.Bukan kau tak tahu siapa Cikgu Suraya tu. Hisy! Tak boleh! Tak sanggup aku,Faizul Habiburrahman. Mentang-mentanglah aku ni berbau hamis, tak handsomemacam Abby Yus, sekurang-kurangnya ilmu didada bidang aku ni setanding denganustaz-ustazah Facebook nu. Nih, jari jemari aku nih, kalau diajak mengeji,mencaci dan jugak menegakkan hokum agama, halal-haram, dosa-pahala manusia alammaya, memang takkan ada satu orang pon yang boleh lawan kehebatan aku ni, kautau tak Faizul Habiburrahman? Tu ada sorang artis yang pakai tudung dengan bajuketat Nampak segala bonjol-bonjol yang ada kat badan dia tu, deactivate terussegala laman social yang dia ada. Kau nak tahu apa sebabnya FaizulHabiburrahman? Haaaa.. ini lah orangnya yang menentang beliau sekeras-kerasnyasampai hilang terus dimuka-muka laman social yang ada di Malaysia ni,” banggasungguh Haiqal Mat Hamid berkata-kata sambil menepuk dadanya. Bermacam-macamnada ada pada setiap ayat yang dibentangkan kepada Faizul Habiburrahman.Punyalah nak menunjukkan betapa berkecamuknya hati beliau tatkala ini. “kau naktahu kenapa dia hilang terus? Haa. Macam yang aku katakana tadi, akulahorangnya yang menghentam, mencaci memaki setiap gambar yang diuploadnya dalam setiaplaman social beliau. Kau tertanya-tanya ke siapa artis u? hisy, tak payahlah.Berdosa buka aib orang ni Faizul Habiburrahman. Tengok? Kan aku dah kata tadi?Aku ni kalau bab ilmu agama tu, memang setandinglah kalau duduk sebaris pcdalam cc dengan ustaz ustazah fb tu,” bukan main mendabik dada lagi Haiqal MatHamid bercerita. Faizul habiburrahman masih bisu dengan segala cerita HaiqalMat Hamid. Menghadam barangkali.
“aku nibukannya apa. Cikgu Suraya tu baik orangnya. Cuma penampilan dia tu buat akutak berkenan. Dengan tudung singkatnya, baju ketatnya, pakai jeans. Isy. Akulah. Tak berkenan betul dengan perempuan pakai jeans ni. Hisy,”tergeleng-geleng kepala Haiqal Mat Hamid mengekspresikan ketidaksejuannyadengan idea kaum hawa bergaya dengan jeans. Gelengannya itu dikuatkan lagidengan segala kerut didahinya. Biar Faizul Habiburrahman tahu bahawa diasangat-sangat tidak setuju. Faizul Hbiburrahman tanpa sebarang reaksi memandangtepat muka Haiqal Mat Hamid yang tidak bersetuju dijodohkan dengan Cikgu Suraya,janda berhias yang kesepian setelah suaminya terlibat dalam satu kemalanganlalu mati.
“kakbedah, lama dah ke macam tu?” mata wanita itu terpaku pada Haiqal Mat Hamid.Kak Bedah menarik nafas panjang sebelum dilepaskan keluhannya.
“macam tulah Kiah. Lepas anak kau si Sue tu tolak pinangan. Mengadap ke computer dia tu.Mulanya elok je. Lama-lama, dia bercakap terus dengan computer tu. Aku yangtercongok kat sini langsung tak diendahkan. Bawa berubat dah macam-macamtempat. Tak larat dah aku,”
“sabarlahkak bedah. Sue tu kalau ikutkan baik sangat budaknya. Tapi entahlah kak. Dahmemang bukan jodoh budak-budak ni agaknya,” Kiah memegang bahu Kak Bedah.Seorang lelaki dan seorang perempuan mendekati mereka.
“dah lahKiah. Anak-anak aku dah balik tu. Nanti sembang lagi ye,” Kak Bedah tersenyummemandang dua manusia yang mendekatinya.
“assalamualaikummakcik, apa khabar hari ni?” Kak Bedah tersenyum simpul menyambut salam lelakiitu.
“Kak Kiahada datang hari ni?” Kak Bedah mengangguk. Masih dengan senyuman.
“Haiqalmacam mana? Sihat dia?”
“macam tulah jugak,” perlahan suaranya sambal menjeling kearah Haiqal Mat Hamid. Lelakiitu mengangguk beberapa kali. Dia berpaling kepada wanita disebelahnya.
“pindahkansecepat mungkin,” lelaki itu berkata. Wanita disebelahnya menandakan sesuatupada kertas di tangannya.
“ok makcik.Nanti kita jumpa lagi ya? Assalamualaikum,” kata lelaki itu sebelum berjalankearah pintu keluar Wad Kenanga 11 meninggalkan Kak Bedah yang merupakansatu-satunya penghuni wad tersebut.
-tamat-
|