Kuih semperit amat diminati dari dulu hingga sekarang. Kuih ‘tunjuk’ memang lain rasanya dari kuih yang dibuat sendiri. Jadi kami ingin kongsikan resepi membuat kuih tradisional Semperit dengan mudah dan sedap ini. Masa penyediaan adalah 30 mini dan masak untuk memasak pula adalah 15 hingga 20 minit. Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Kamarul, jadi sukatan yang diberi itu bersesuaian untuk mendapatkan tekstur kuih yang berlemak dan rangup. Memang sedap! Bahan –bahan Buttercup – 375g (1 ½ blok ) Tepung gandum – 1 ½ cawan Tepung kastard – 1cawan Teung jagung – 2 ½ cawan Kuning telur – 3 biji Esen vanilla – 1 sudu kecil Gula – 1 1/2 cawan Cara-cara 1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius 2. Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji. 3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang ) 4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan spatula atau senduk.
5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut menggunakan tangan.
6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepnjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun mengikut kreativiti masing-masing. 7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.
8. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara. wanista
|