FashionValet kembali lagi dengan kempen koleksi lelaki “Don’t Be Selfish v.2.0″! Kempen yang pertama telah dilancarkan pada Valentine’s Day tahun lalu bertujuan untuk menggalakkan wanita memberi kejutan untuk tersayang, dengan konsep dan idea yang sama, Don’t Be Selfish v.2.0 memberi tumpuan untuk koleksi Hari Raya dengan pakaian tradisional melayu. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, Baju Melayu, Samping, Jubah, Shirts, Pants, dan Kurta boleh anda miliki di hujung jari sahaja. Koleksi pakaian lelaki tradisional mempunyai beberapa jenama yang terbaik termasuk Jakel, Megat Alfie, Zakwan Anuar, Azammoff, Ruzz Gahara, Comoddity dan banyak lagi! Koleksi Don’t Be Selfish v.2.0 boleh didapati dari 22 Jun 2015 hingga 31 Julai 2015 di www.fashionvalet.com. Julat harga antara RM200 dan RM400 dan memenuhi pelbagai saiz dari XS hingga XL.
|