Edited by akudansesuatu at 23-6-2015 12:46 PM
Assalamualaikum... ni cerpen lama aku..saja nak mintak feedback dari korang suma...
Rabu, Mei 2013. Shah Alam. “Apayang kau termenungkan tu Fahmi?”
Muhammad Fahmi memandang Nor Ikhsan disebelahnya. Dia yang sedang baring melepak di atas sofa tidak menjawab. Matanya beralih kembali ke siling rumahnya. Fahmi termenung jauh. Sudah masuk hari ke empat dia begitu. Fikirannya jauh menembusi siling rumahnya hingga ke langit yang gelap gelita.
“Kau tu dah nak kahwin lusa. Yang monyok je dua tiga hari ni kenapa? Sepatutnya kau ada kat kampung dah sekarang ni. Siapkan apa yang patut nak jadi raja sehari.Ni boleh pula kau datang melepak kat sini.” Ikhsan mula berceramah. Dia yang sedang melipat baju agak terganggu melihat Fahmi seperti ada masalah.Sepatutnya semakin dekat hari nak berkahwin, bakal pengantik semakin sibuk. Ini tidak. Boleh pula dia bermalas-malas. Ikhsan sendiri pula yang rasa gelisah.
Fahmimengeluh. Dia bingkas bangun memandang Ikhsan. Pandangannya mencurigakan. Lalu dia baring semula.
“La,aku ingatkan dia nak bangun. Boleh pula kau baring balik.” Ikhsan sudah berhenti melipat kain. “Kau ada masalah ke Fahmi? Cuba bagitahu aku.” rasanya ini sudahberatus kali Ikhsan bertanya begitu.
Fahmi terus mengelamun. Dia sedar yang Ikhsan risau akannya. Tapi entah mengapa diarasa gelisah dan tak tenteram. Lusa adalah hari pentingnya. Hari di mana diaakan di ijab kabulkan dengan Nurul Asyikin. Seorang gadis yang sudah menjadi tunangannya setahun yang lalu. Sepatutnya dia gembira tapi hatinya tidak.Fikirannya amat-amat teringatkan seseorang. Seseorang yang bernama Nur Iman Bt Baharuddin.
Fikirannya terus melayang mengimbau kenangan silam yang sampai kala ini dia tak mampuuntuk melupakannya. Segalanya bermula pada waktu itu.
++++++++++++++++++++++++++
Febuari2003. SekolahMenengah Bukit Baru, Melaka.
“Fahmi!Awak cakap betul-betul dengan saya! Berani awak hantar surat cinta dalam sekolah??” guru mata pelajaran Kimia merangkap guru displin menyeringa. Mukanyamerah menahan marah. Badannya yang sasa membuatkan Fahmi seperti budak kecil.
“Cikgu,surat cinta semua orang pernah hantar. Pengawas kesayangan cikgu tu pun pernah hantar. Kenapa kali ni saya pula yang kena.” Fahmi cuba berdebat. Diabetul-betul tidak puas hati apabila surat cintanya kepada Nur Iman terlepas ketangan Cikgu Baharuddin.
“Awak masih tak mengaku? Dah la awak hantar surat cinta bunga-bunga dalam sekolah.Lepas tu hantar pada anak saya pula. Lagi nak berdalih?” Cikgu Baharuddin semakin panas. Kalau di ikutkan hatinya, mahu di lempangnya budak nakal dihadapannya ini.
Fahmisemakin meluat. Dia meletakkan kedua tangannya di atas meja sambil menadah punggungnya untuk dirotan Cikgu Baharuddin. Dia sudah bosan berada lama dalam bilik guru tersebut. “Nak rotan, rotanlah cikgu. Saya nak cepat.” kata Fahmi selamba.
Cikgu Baharuddin sudah tak dapat menahan marahnya lagi. Pelajar di depannya seolah-olah mencabarnya. Zass!!! Zass!!! Zass!!! Tiga kali rotan sepanjang 1 meter singgah dipunggung Fahmi. Cikgu Baharuddin menghayun sekuat hatinya. Fahmi menahan sakit tapi dia tetap buat tak tahu. Buat-buat kuat!
Cikgu Baharuddin terduduk di kerusinya. Dia hanya melihat Fahmi yang seolah-olah tak terasa apa-apa bila dia merotannya. Nafasnya tercungap sedikit. Tangannya menggenggam kemas surat cinta yang ditulis Fahmi. Dia geram sebenarnya. Fahmia dalah pelajar yang paling banyak memberinya masalah. Sehingga ada ketikanya dia mahu sahaja mengarahkannya supaya pindah sekolah. Itu belum lagi di campur tahap pembelajarannya dalam mata pelajaran Kimia. Sejak dari tingkatan empat,subjek itu Fahmi tidak pernah lulus!
Cikgu Baharuddin menenangkan nafasnya. Dia memandang muridnya itu. Dia terasa yangdia perlu lakukan sesuatu.
“Fahmi.Esok pukul 3 petang datang rumah saya! Kalau awak tak sampai tepat pukul 3,saya akan tampal surat awak ni di seluruh sekolah!”
Fahmi terkejut. Dia rela di sebat tapi dia tak rela dimalukan sebegitu. Mukanya sedikit risau. Masakan tidak. Jika seluruh sekolah tahu yang dia tulis surat cinta, jatuhlah egonya sebagai lelaki sejati di sekolah itu. Sebab itu dia menghantar surat cinta bertulisan lutsinar pada Nur Iman. Dia menggunakan bahan yang dibuatnya sendiri sebagai pen untuk menulis surat tersebut. Hanya Nur Iman sahaja boleh membacanya menggunakan lapisan cahaya lampu kuning. Tapi tak sangka pula yang Cikgu Baharuddin juga tahu taktik itu.
“Er...kenapa cikgu? Nak saya datang buat apa?” sudah ada getar dalam suaranya.
“Datang saja. Jangan banyak tanya!”
+++++++++++++++++++++++++++++
|