CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4981|Reply: 23

CERPEN: DugaanMu

[Copy link]
Post time 23-6-2015 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.. pertama kali nak karang cerpen. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Bahagian 1

Saat menatap wajah anaknya yang baru dilahirkan membuatkan hatinya terharu. Inilah anak yang dikandungkan selama 9 bulan. Tanpa disedari, pipi Aqilah dibasahi air mata. Pantas dia mengerling ke arah telefon bimbitnya untuk melihat waktu.

'Mana abang ni, tak sampai lagi?' ngomel Aqilah dalam hati. Anaknya perlu diazankan. Setahunya, jururawat sudah memaklumkan suaminya bahawa dia selamat melahirkan anak lelaki. Tentu suaminya gembira dengan kehadiran cahaya mata mereka. Tidak sabar rasanya melihat reaksi suaminya.

Lagu Najwa Latif, PadaMu Tuhan bergema dari telefon bimbitnya. Tertera bahawa ibu mertuanya sedang memanggil. Pasti ibu mertuanya sudah mengetahui kelahiran cucunya. Aqilah menyambut panggilan dengan senyuman.

"Ibu.." Aqilah memanggil.

"Ye, Qila.... tahniah..." Puan Hasimah menjawab.

"Terima kasih. Alhamdulillah.. anak lelaki..ibu.. Ibu di mana ni?" Aqilah menjawab tanpa ibu mertuanya bertanya. Dia terlalu gembira untuk memberitahu perkara itu kepada ibu mertuanya. Namun, ibu mertuanya senyap tanpa berkata apa-apa.

"Ibu.. kenapa menangis?" Aqilah terkejut mendengar Puan Hasimah esak menangis.

"Suami kamu.. kemalangan.. dia dah tak de.. dia dalam perjalanan ke sini." Puan Hasimah terpaksa khabarkan berita itu kepada menantunya setelah dipaksa oleh Pak Ahmad, ayah mertua Aqilah. Aqilah perlu tahu dan menerima hakikat itu.

Tersentak Aqilah mendengar berita itu. Degup jantungnya laju lalu mata memandang ke arah bayi yang baru dilahirkan. Tiada kata mampu diluahkan ketika itu.

"Qila.. ibu di hospital ni, nanti ibu dan ayah terus ke sana. Ayah azankan bayi kamu ye." ibu mertuanya tahu Aqilah masih
mendengar.

"Qila.." Puan Hasimah bersuara lagi.

"Ye." Aqilah menjawab.

Aqilah terus mendukung anaknya yang belum diberi nama. Lantas teringat kata-kata Hakim, suaminya.

"Kalau anak kita lelaki, abang nak letak nama Muhammad Arsyad. Boleh kan yang?" bergema suara suaminya.

'Ye.. nama anak kita Muhammad Arsyad' fikir Aqilah sambil membelai lembut anaknya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2015 12:56 PM | Show all posts
Bahagian 2

"Allahu akbar Allahu akbar.
Asyhadu alla ilaha illallah.
WaAsyhadu Anna Muhammadurrasulullah.
Asyahadu Anna Muhammadurasulullah.
Hayya Alassolah. Hayya 'Alal falah.
Allahu Akbar Allahu Akbar. Lailaha illallah"

Sayup kedengaran suara ayah mertuanya mengazankan Muhammad Arsyad. Bergenang air matanya saat Pak Ahmad mencium dahi anaknya. Pak Ahmad terus mencapai sedikit kurma yang telah disediakan Aqilah untuk mentahnikkan anaknya.

"Bertuah cucu Atuk ni.." Pak Ahmad menatap wajah cucunya lalu memberi kepada Puan Hasimah setelah diminta untuk mendukung cucu barunya. Kedua-duanya menampakkan rasa hiba apabila menatap wajah Muhammad Arsyad.

"Ibu.. Ayah... bila saya boleh melawat arwah abang Hakim?" Aqilah bersuara.

Terdiam seketika mendengar luahan Aqilah. Mereka sudah menganggap Aqilah seperti anak mereka sediri sejak dia bertunang dengan Hakim lagi kerana Aqilah merupakan yatim piatu. Tidak sangka pula cucu mereka akan menghadapi nasib yang sama seperti Aqilah. Namun, mereka bersyukur kerana cucunya masih mempunyai seorang ibu.

"Aqilah.. kamu belum betul-betul sihat. Takpe, lepas mandikan jenazah, kamu boleh tengok arwah ye." Pak Ahmad menasihati Aqilah. Jenazah arwah Hakim akan dibawa ke Tanah Perkuburan Kuala Terengganu untuk disemadikan.

"Baiklah, Ayah." Aqilah menuruti nasihat itu. Dia tahu ayah mertuanya memikirkan yang terbaik untuknya. Tiada lagi tempat untuknya mengadu selain dari ibu dan ayah mertuanya sekarang ini.

Kedengaran suara Muhammad Arsyad merengek, lalu Puan Hasimah menghulur anak itu kepada Aqilah untuk disusukan.

Suasana sayu menyulubungi rumah ibu dan ayah mertuanya. Sanak saudara dari seluruh pelusuk negeri sudah pun memenuhi ruang rumah mereka.

Imam memanggil sanak saudara yang ingin menatap wajah arwah Hakim buat kali terakhir.

Aqilah mengucup dahi suaminya buat kali terakhir dan bertekad di dalam hati akan terus mengingatkan Muhammad Arsyad kepada ayahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 01:12 PM | Show all posts
Bahagian 3

20 tahun kemudian.

"Maaa.. Syad cakap Syad nak duit. Mama dengar tak!!" jerit Arsyad kepada Aqilah.

"Muhammad Arsyad.. kenapa jadi macam ni. Mama tak ajar anak mama macam ni." Aqilah kesal dengan sikap anaknya yang dididik sejak dari kecil berubah ganas. Aqilah menggosok-gosok belakang badannya setelah ditolak kasar anaknya sendiri.

"Maa.. tak payah berceramah Syad macam ni. Bagi je lah duit tu!" Arsyad meninggikan suara. Badannya terketar ketar mahukan sesuatu, dengan wajah yang pucat. Matanya merah inginkan sesuatu. Arsyad terus merampas beg tangan Aqilah. Dia menyelongkar beg itu sehingga terjumpa RM200.

"Kenapa susah sangat ma nak bagi duit kat Syad. Ma ada banyak duit!" Arsyad terus berlalu dari situ.

"Kenapa Arsyad?"
"Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada anakku. Tunjukkan dia ke jalan yang benar." Aqilah memohon kepada yang Esa.

"Kenapa lambat sangat? Puas aku tunggu kau!" Hasan bersuara sebaik sahaja nampak kelibat Arsyad.

"Aaarrgghh!!!, jangan banyak tanya. Mana benda tu?" jerit Arsyad.

Hasan terus menghulur serbuk putih itu kepada Arsyad lalu mengambil duit yang diberikan Arsyad.

'Tak boleh cari pasal dengan dia ni. Silap-silap aku pulak yang kena penumbuk. Takut aku tengok muka kau.' fikir Hasan.

"Apa tengok-tengok?", Arsyad terus berlalu dari situ dan mengambil 'port' yang selalu dilepaskan 'gian'.

Dunia jadi kabur dan terasa nikmatnya apabila 'terkena' serbuk itu.

"Hey... kenapa ramai-ramai kat sini?" Arsyad terawang-awangan. Pandangannya kabur melihat dua orang yang tidak dikenalinya.

"Saya polis. Jangan bergerak. Anda ditahan kerana memiliki dadah." Pegawai itu terus menggari lengan Arsyad.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back sis... Nice story
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 01:26 PM | Show all posts
Best ada cerpen baru di bulan Ramadhan yg mulia ni..
tq @ISTRIMITHALI ,selamat mengarang




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 01:28 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 23-6-2015 05:20 AM
Welcome back sis... Nice story

hehe.. terima kasih sbb mengalu alukan saya di sini.. kehkeh...
thanx  sbb sudi baca.
agak2, nmpk x kegembiraan sy melalui klau tgk emoticon tu..hehee
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2015 01:29 PM | Show all posts
AisyDani13 replied at 23-6-2015 05:26 AM
Best ada cerpen baru di bulan Ramadhan yg mulia ni..
tq @ISTRIMITHALI ,selamat mengarang {:1_152 ...

kuikui... hehe...
tq sudi baca..

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 01:48 PM | Show all posts
nasib baik ada sambung.. aku dh pelik ngaper kontot benor citer nye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2015 01:56 PM | Show all posts
Bahagian 4

Arsyad termenung memikirkan kelakuannya terhadap ibunya selama ini. Pusat serenti yang sekarang sudah menjadi kediamaanya benar-benar membuatkan dia berfikir rasional sebagai seorang insan.

Terkenang saat mula-mula menapak diri di sini. Kelihatan semua orang tidak berperikemanusiaan. Dia berusaha meminta barang yang dimahu, namun tidak diendahkan malah menyeksa dirinya. Itulah yang dirasakannya.

Bahu kanannya disentuh lembut.

"Apa yang dimenungkan tu?" sapa Ustaz Zul lalu mengambil tempat di sebelah Arsyad.

"Oh Ustaz." terkejut dengan kedatangan Ustaz Zul. Selama dia di pusat itu, Ustaz Zul lah yang banyak menyedarkannya. Bukan sahaja dia, malah semua orang di dalam pusat itu berterima kasih padanya. Memang itu adalah kerja ustaz di situ, menyedarkan mereka kembali ke jalan yang benar.

"Saya tak tahu lah. Saya takut dengan dugaan Allah lepas ni." sambung Arsyad.

"Apa maksud kamu?" Ustaz Zul sedia mendengar.

"Kalau saya dah keluar dari sini... Ramai kawan-kawan di sini yang terjebak dengan benda tu lagi bila di luar sana. Ustaz, saya tak mahu menyusahkan mama saya lagi. Sayalah satu-satunya anak yang dia ada. Tapi saya tak berguna. Saya nak jadi anak yang baik, Ustaz." Arsyad meluahkan.

"Ustaz faham. Nasihat Ustaz, pilihlah kawan yang baik, kawan yang takkan mengajak Arsyad ke sana. Ustaz pun sebenarnya pernah ada sejarah macam Arsyad." Ustaz Zul membuka cerita.

Arsyad berkerut. Dia tak sangka orang yang selama ini banyak membantunya menghadapi masalah yang sama dengannya sebelum ini.

"Eeerr, ustaz?"

"Ye. Arsyad. Sebab tu Ustaz cakap, Ustaz faham perasaan tu. Memang dugaan kuat bila di luar sana. Tapi kita kena kuat dan cuba majukan diri untuk lupakan semua tu. Insya Allah, Allah akan tolong kita. Kalau Arsyad kat luar tu, ada masalah.., boleh cari ustaz, ustaz akan sedia bantu. Ustaz tak nak Arsyad jadi macam dulu balik, padahal ada banyak lagi perkara baik yang  boleh kita buat."

"Terima kasih Ustaz.", Arsyad tekad.

"Mama Arsyad nak datang petang ni?" tanya Ustaz Zul.

"Ye Ustaz. Tak sabar nak jumpa Mama." luah Arsyad gembira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 01:58 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-6-2015 05:48 AM
nasib baik ada sambung.. aku dh pelik ngaper kontot benor citer nye

kehkehkeh... akn di update secepat mungkin.
tq utk point tu.. hehee

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 03:41 PM | Show all posts
Bahagian 5

Saat yang ditunggu telah tiba. Hari ini merupakan hari dia akan menjejakkan kaki ke dunia luar. Arsyad bersedia untuk menerima cemuhan masyarakat, akan sentiasa bersiap sedia menghadapi 'rakan-rakan' lama dan besedia memajukan diri. Cita-citanya sebagai Pegawai Agama Islam akan diteruskan mulai hari itu. Dia sudah meluahkan hasratnya kepada mamanya untuk mencapai cita-cita itu dan Aqilah sedia membantunya. Tunjuk ajar dari Ustaz Zul diperlukan untuk memenuhi impiannya. Langkah pertama yang perlu diambil adalah mengambil jurusan yang berkenaan dengan cita-citanya.

"Maa, terima kasih sebab masih percaya dengan Syad." Arsyad meluahkan sebaik sahaja memohon untuk mengambil jurusan yang diidamkan.

"Arsyad.. Alhamdulillah Arsyad dah sedar kesalahan Arsyad. Itu pun dah cukup elok. Mama gembira sebab ada orang seperti Ustaz Zul nak bantu Arsyad." luah Aqilah.

"Syad janji akan belajar bersungguh sungguh untuk capai cita-cita Syad."

"Macam ni lah anak mama. Kalau arwah abah masih hidup, tentu dia akan bangga dengan Arsyad." luah Aqilah.

4 tahun kemudian

'Sukacitanya anda terpilih sebagai calon Pegawai Agama Islam'

Ayat di dalam surat yang baru sahaja sampai ke rumahnya sentiasa terngiang ngiang dalam fikirannya.

"Ma ma maaa..., Alhamdulillah.." Arsyad terus menunjukkan sura itu kepada Aqilah. Aqilah membaca dengan teliti sebaik menerima
surat itu.

"Ya Allah... Alhamdulillah." Aqilah gembira lalu mengucup dahi anaknya.

"Mama, terima kasih sebab bagi semangat pada Syad." tanpa disedari matanya berkaca. Sudah lama dipendam perasaan itu, hari itu, jatuh jua air matanya di depan ibunya.

"Arsyad anak mama yang baik." berlinang air matanya kerana terharu dengan kejayaan anaknya. Tentu Hakim mengukir senyum jika dia masih hidup. Alhamdulillah, inilah ganjaran di sebalik dugaan yang diberi olehMu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah! Sedar jgk si Arsyad ni ya TT... Semoga terus berkekalan hingga akhir hayat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 23-6-2015 01:28 PM
hehe.. terima kasih sbb mengalu alukan saya di sini.. kehkeh...
thanx  sbb sudi baca.
agak ...

Nampak ketara sangat kegembiraan itu TT...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 07:21 AM | Show all posts
ok gak cerpen ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 09:07 AM | Show all posts
best.. cerpen keinsafan..

hehe.. Terbaiklah TT
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 06:21 PM | Show all posts
Satu kisah yg menginsafkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 10:48 AM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 23-6-2015 12:56 PM
Bahagian 2

"Allahu akbar Allahu akbar.

sis.iolls bru bca cerpen youlls. Alhamdulilah.. rsanya xde kawen paksa kot?err..nk bca bhgian seterusnya.

Kata bapa meninggal.ingt arwah ayah iolls kak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:51 AM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 23-6-2015 01:28 PM
hehe.. terima kasih sbb mengalu alukan saya di sini.. kehkeh...
thanx  sbb sudi baca.
agak ...

i think ur voice serak basah.hmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 10:53 AM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 23-6-2015 03:41 PM
Bahagian 5

Saat yang ditunggu telah tiba. Hari ini merupakan hari dia akan menjejakkan kaki ke du ...

cepatnya cerpen ni.dok puah nk bca. Ayooo sis~~~~~~~~~~flat bebeno jln cter.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2015 12:48 PM | Show all posts

ok je ke??.. hehe
faham2.. tq sudi bace..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.778777 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list