|
ACARA terjun terus menjadi lubuk emas kontinjen negara apabila berjaya meraih kedua-dua pingat emas yang dipertandingkan hari ini.
Pusat Akuatik OCBC menyaksikan kehebatan atlet terjun negara mempamerkan kehebatan masing-masing dalam acara 3m papan anjal lelaki dan 10m paltform seirama wanita.
Paling mengujakan ialah persembahaban gandingan penerjun berpengalaman Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Tukiet.
"Kami hanya berlatih beberapa kali memandangkan Mun Yee kena bertanding dalam Kejohanan Siri Dunia Fina.
"Bila digandingkan dengan penerjun senior seperti Mun Yee, saya perlu memastikan saya tidak melakukan kesilapan," kata Traisy Vivien, penerjun berusia 21 tahun dari Kuching, Sarawak.
Terdahulu, dalam acara 3m papan anjal lelaki, Ooi Tze Liang berjaya membawa pulang pingat emas Sukan Sea selepas mengungguli acara dengan mengumpul 473.55 mata selepas enam terjunan.
Pingat perak milik Ahmad Sukran Jamjami dari Indonesia dengan 381.00 mata dan pingat gangsa diraih Mark Lee dari Singapura dengan 349.25 mata. - Bernama
[url=]
[/url]
|
|