Edited by Nusantara77 at 5-6-2015 12:16 PM
Perseorangan Wanita : Ng Sock Khim lawan Suthasini Sawettabut
Sock Khim memberi sinar harapan apabila mengatasi Suthasini Sawettabut 11-7 pada set pembukaan sebelum kalah 5-11 pada set berikutnya.
Pada set ketiga, Sock Khim kalah 8-11 sebelum menyamakan kedudukan 2-2 pada set kedua dengan kemenangan 11-9.
Pada set kelima, beliau kalah 6-11 tetapi bangkit semula untuk menyamakan kedudukan 3-3 dengan kemenangan 11-9.
Bagaimanapun, pada set penentuan, pemain Thailand itu menguasai permainan untuk menang 11-4, sekali gus meraih emas manakala Sock Khim terpaksa berpuas dengan pingat perak.
Malaysia kali terakhir merangkul pingat emas dalam acara tersebut melalui Leong Mee Wan pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.
Sock Khim berkata beliau kecewa kerana gagal meraih emas sejak pembabitannya dalam Sukan SEA sejak 1999.
"Saya rasa bersalah kerana masih belum memenangi emas Sukan SEA. Saya banyak melakukan kesilapan pada set penentuan," kata Sock Khim, yang juga pemenang pingat perak dalam acara itu di Sukan SEA di Laos pada 2007. stadiumastro
|