CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1661|Reply: 0

Skuad hoki perlu individu versatil

[Copy link]
Post time 3-6-2015 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 3-6-2015 01:13 PM



SEPARUH Akhir Liga Hoki Dunia di Belgium bakal membuka tirainya 20 Jun ini dan penge-ndali skuad hoki negara, Tai Beng Hai kini berkira-kira untuk menilai 25 pemain yang me-nyertai latihan pusat sebelum menyenaraikan 18 nama akhir yang akan dibawa ke kejohanan tersebut.

Menurutnya, pemain-pemain yang dipilih mestilah menepati kriteria yang telah ditetapkan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi saingan daripada pasukan-pasukan yang boleh dianggap antara terbaik di dunia.

Antara kriteria yang dimaksudkan adalah mampu mempe-ragakan aksi yang menarik selain berkebolehan untuk me-lakukan pukulan sudut penalti kerana menerusi pukulan itulah pasukan negara berpeluang cerah untuk menjaringkan gol.

“Sekarang ini ada 25 pemain yang mengikuti latihan tetapi hanya 18 pemain terbaik sahaja akan dipilih untuk membarisi skuad negara ke Belgium nanti. Pemain-pemain yang akan kita pilih haruslah menepati kriteria-kriteria yang kita tetapkan.

“Kita perlukan pemain-pemain yang bagus dan boleh memberi sokongan kepada pemain utama ketika diperlukan. Mereka haruslah memiliki kebolehan untuk melakukan pukulan sudut penalti.

“Paling penting, mereka perlu menjadi pemain versatil yang mampu bermain dua atau tiga posisi,” katanya kepada pembe-rita selepas tamat perlawanan persahabatan antara skuad hoki senior menentang pasukan junior yang akan beraksi pada temasya Sukan SEA 2015 di Si-ngapura.

Pada perlawanan tersebut, skuad bimbingan Beng Hai mencatat kemenangan 5-3 menerusi Faizal Saari, Muhd. Haziq Samsul, Meor Muhammad Azuan Hasan dan dua gol daripada Muhammad Razi Abdul Rahim, manakala gol pasukan junior dijaringkan oleh Abdul Khaliq Hamirin, Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan.

Beng Hai turut mengakui skuad bimbingannya itu kini berada di landasan betul untuk menghadapi kejohanan di Belgium itu sambil menegaskan akan membaiki segala kelemahan dari semua segi dalam usa-ha menyediakan sebuah pasukan yang benar-benar mantap.


Sementara itu, jurulatih skuad junior, Arul Selvaraj menyifatkan anak-anak buahnya kini berada dalam keadaan cukup bersedia sebelum berangkat ke Singapura dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya Sukan SEA ke-27 di Myanmar dua tahun lalu.

“Mereka sudah bersedia untuk ke Sukan SEA. Permainan mereka begitu berbeza berban-ding ketika tewas 1-6 tempoh hari, terutama dari segi sikap yang ditonjolkan ketika perlawanan. Saya harap mereka akan turut persembahkan aksi sebegini ketika di Singapura.

“Bagaimanapun, ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Apabila letih, mereka mudah hilang fokus sehingga melakukan kesilapan-kesilapan mudah, jadi mereka juga harus bersedia dari segi mental,” ujarnya.

Arul juga menjelaskan, ada satu pertukaran pemain yang dilakukan terhadap barisan pemainnya selepas penjaga gol, Khairulnizam Ibrahim terce-dera ketika melakukan latihan, Khamis lalu.

“Saya membawa masuk Mohamad Adi Fazri Ab. Rahim untuk menggantikan Kharulnizam yang cedera pada bahagian lutut ketika sesi latihan yang diadakan pada Khamis lalu. Selain itu, pasukan kita bebas dari sebarang kecederaan,” katanya.
sumber:kosmo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.079843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list