CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 0

MEDIA M'SIA PERLU DAPATKAN KEBENARAN PENGURUS PASUKAN

[Copy link]
Post time 2-6-2015 12:06 PM | Show all posts |Read mode


Media Malaysia perlu mendapatkan kebenaran pengurus pasukan sebelum dibenar membuat liputan sesi latihan atlet negara semasa temasya Sukan SEA ke-28 di Singapura, bermula Jumaat ini.
Ketua Kontinjen Negara, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata isu media Malaysia dilarang membuat liputan sesi latihan pada temasya itu diselesaikan semasa mesyuarat beliau bersama wakil media dan penyiar tempatan di sini, hari ini.

Justeru, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Singapura (SINGSOC) akan mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung isu ini, katanya pada majlis penyampaian tajaan kepada kontinjen negara di pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan SINGSOC tidak membenarkan wartawan Malaysia untuk menemubual atlet negara di beberapa venue latihan seperti dalam acara renang berirama, ping pong dan bola sepak.

Mengulas tindakan beberapa pengurus pasukan melarang atlet masing-masing daripada bercakap dengan media, Norza berkata beliau akan meneliti isu itu dengan segera.

"Sebagai Ketua Kontinjen Negara, saya bersikap terbuka dan telus dengan cara berurusan dengan media. Saya ingin mengulangi bahawa rakyat ingin mengetahui perkembangan atlet negara di Singapura menerusi media," katanya.

Sebelum ini, Pengurus Pasukan Menembak, Muzli Mustakim dilaporkan berkata tindakan melarang media menemubual atletnya adalah bertujuan melindungi penembak muda daripada mengalih perhatian mereka.

Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata temasya tersebut juga merupakan medan latihan komunikasi yang penting untuk atlet muda berurusan dengan media.

"Kami sentiasa percaya pentas Sukan SEA adalah milik atlet dan mereka perlu diberi kebenaran untuk bercakap dengan media. Bagaimanapun, mereka perlu berhati-hati apabila melibatkan isu-isu berkaitan kritikan dan taktik permainan," katanya.

Terdahulu, Tunku Imran dn Mohamad Norza menerima tajaan 1,000 kasut jenama 'Power' bernilai US$150,000 (RM551,940) daripada Bata Malaysia.

Selain itu, kontinjen negara turut menerima tajaan 1,000 kad sim (telefon)bernilai RM100,000 daripada Flexiroam Sdn. Bhd.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.342540 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list