View: 13601|Reply: 67
|
[Politik]
Bunuh & Campak Tunang Dari Jambatan:Si GUNDU Keparat Akhirnya Di Dakwa
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 19-5-2015 05:32 AM
SEPANG - Amal Adil Alias, 26, didakwa atas dakwaan membunuh tunangnya di Mahkamah Seksyen, semalam.
Amal yang didakwa membunuh tunangnya pada 6 Mei lalu, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Amal yang diwakili oleh peguamnya, Azizzul Shariman Mat Yusoff, manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya B Uma Devi.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Rosshida Abdullah, 30, pada 6 Mei yang lalu di antara jam 5 pagi hingga 1 petang di bawah Jamabatan Cyberjaya menuju ke Sepang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan berkenaan dibuat di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.
thehypmedia.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknyalah dek biar di hokum bunuh kalau bersalah |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yang sediakan karangan 360 patah perkataan dan tinggalkan kat mangsa. Konon konon mangsa bunuh diri sebab utang along tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
okeh..aku prasan ada dua benang. +1 kacang |
|
|
|
|
|
|
|
yes inilah mamat tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki didakwa bunuh tunang di jambatan Cyberjaya
SEPANG – Seorang lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membunuh tunangnya awal bulan lepas sebelum mayat ditemui orang ramai di dalam belukar di bawah jambatan berhampiran Cyberjaya.
AMAL Adil Alias, 26 di bawa keluar selepas didakwa membunuh tunangnya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Amal Adil Alias, 26, yang bekerja sendiri, dituduh melakukan kesalahan itu ke atas Rosshida Abdullah, 30, di bawah jambatan Cyberjaya menuju ke Garden Residence, KM 37.2 Lebuhraya LDP Cyberjaya-Puchong, di sini, antara pukul 5 pagi hingga 1 tengah hari, pada 6 Mei lepas.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Amal Adil mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya B. Uma Devi manakala tertuduh diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff. – Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking replied at 19-5-2015 01:21 PM
yes inilah mamat tuh
Lehnat sgt jejaka ni..sian ibu mangsa dari kg repek. .naik keta sewa (teksi)..tggu anak dgn penuh pengharapan..anak yg di tunggu tak kunjung tiba..
mereput la dipenjara ko dekk. .. bagi nasi separuh je kat beliyau. . |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya..dapat jugak dtangkap! |
|
|
|
|
|
|
|
muka selamba je kan macam takde rasa apa
|
|
|
|
|
|
|
|
RECAP KES:
Mayat Wanita Di Cyberjaya: Mangsa Dibawa Sejauh 500 KM
Tarikh : Sunday, May 10 @ 19:18:52 MYT
Topik : Jenayah
SUSULAN kes penemuan sekujur tubuh wanita di dalam belukar di Cyberjaya, Sepang Rabu lalu, pihak polis percaya bahawa mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di situ.
Memetik laporan Berita Harian, mangsa Rosshida Abdullah, 30, dipercayai telah dicekik sehingga mati di Penarik, Terengganu, sebelum suspek mengambil keputusan untuk membuang mayatnya di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.
[
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, Rosshida telah dicekik selepas dia dan tunangnya bertengkar mengenai isu orang ketiga dalam hubungan mereka.
“Suspek dan mangsa sama-sama dalam perjalanan pulang ke Kelantan, dari Kuala Lumpur sebelum tiba di satu lokasi di Penarik. Mereka dipercayai bergaduh sebelum suspek menuduh mangsa keluar dengan lelaki lain.
“Berkemungkinan akibat tidak tahan dengan penjelasan mangsa, suspek mencekik mangsa sehingga mati dalam keretanya sebelum berpatah balik dari Penarik ke Kuala Lumpur dan mengambil keputusan membuang mayat Rosshida di Cyberjaya,” ujar Abdul Rahim dalam satu sidang media.
Sementara itu, Abdul Rahim turut berkata, wajah mangsa telah ditutup dengan selimut sepanjang perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur bagi mengelakkannya diketahui orang lain.
Pada awalnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan sehelai nota bunuh diri ditemui di dalam tas tangan milik mangsa di tempat kejadian.
Namun, bukti selepas itu yang menunjukkan mangsa dibunuh menyebabkan ia dipinda kepada kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang berusia 26 tahun telah ditahan beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa.
Antara bukti yang menjurus kepada penahanan suspek adalah mesej mencurigakan dalam telefon bimbit selain kandungan nota bunuh diri yang turut ditemui dalam komputer riba miliknya.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
......
SUMBER LAIN
Sungai Buloh : Hasil siasatan telah menjurus kepada penemuan baru yang menunjukkan wanita yang ditemui mati di Cyberjaya mungkin telah dibunuh di Terengganu.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa Rosshida Abdullah, 30, telah dijerut sehingga mati di Penarik sebelum mayatnya ditinggalkan di Cyberjaya.
Tambah beliau lagi, mangsa yang bekerja sebagai pelayan itu dipercayai telah dibunuh oleh tunang beliau sendiri.
“Pihak polis percaya mereka berdua dalam perjalanan pulang ke Kelantan apabila timbul pertengkaran diantara mereka di Penarik, Setiu. Saspek mungkin mencemburui tindakan Rosshida yang keluar bersama lelaki lain,” jelas Abdul Rahim.
Rosshida, 30, ditemui mati di bawah jambatan di Cyberjaya lebih kurang jam 5 petang Rabu lalu. Siasatan awal mengatakan beliau membunuh diri setelah sekeping nota dijumpai bersama mangsa.
Nota yang dicetak itu dibuat bagi menunjukkan mangsa kononnya berada dalam kesempitan wang dan berasa malu untuk memberitahu tunangnya.
Walaubagaimanapun, Tim. Ketua Polis, Abdul Rahim berkata, nota berkenaan dipercayai telah ditulis sendiri oleh tunangnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa supaya berpendapat tindakan Rosshida sebagai membunuh diri.
“Mangsa diselimuti, ia kelihatan seperti dia sedang tidur di jalan ke Cyberjaya,” ujarnya lagi.
Saspek seorang ahli perniagaan IT berumur 26 tahun telah ditahan pada malam Khamis lalu dikatakan mempunyai hubungan kepada kes bunuh tersebut.
Rosshida, yang bekerja di Shah Alam sepatutnya mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dari Kuala Lumpur pada Isnin untuk menziarahi ibu beliau Salemah Hamid, namun beliau gagal berbuat demikian.
Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Saspek direman sehingga 14 Mei untuk membantu siasatan.
Sumber:www.tranungkite.net/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mak.aih
mmg gundu ruku btoi |
|
|
|
|
|
|
|
bencinya tengok muka kau ni lahanat |
|
|
|
|
|
|
|
haahahahha RUKU tu apaaaaa???
|
|
|
|
|
|
|
|
Asal Gundu..? Gundi la kalau bahasa Tamil. |
|
|
|
|
|
|
|
mereputla ko dalam penjara |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang ketiga??gemuk buruk macam ni pun pandai nak curang2? |
|
|
|
|
|
|
|
muka tak der riak bersalah... ceria yg amat... apakah mamat ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa buruk perangai pun buruk |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking replied at 19-5-2015 01:45 PM
haahahahha RUKU tu apaaaaa???
gundu ruku...
saja bagi sedap..
besar gila gitu
hahahahaha
dah habis uli kek? |
|
|
|
|
|
|
| |
|