CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2916|Reply: 0

Samsung Malaysia Mula Menjual Galaxy S6 Edge 64GB – Berharga RM3599

[Copy link]
Post time 30-4-2015 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Seperti laporan sebelum ini, Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan penawaran Galaxy S6 Edge dengan ruangan storan 64GB di Malaysia, sekaligus membolehkan mereka yang berminat untuk mendapatkan peranti berstoran besar di Malaysia. Galaxy S6 Edge tidak menyertakan sokongan kad-SD, menjadikan penawaran ini lebih memfokuskan kepada mereka yang mempunyai penggunaan media yang tinggi pada peranti mereka.
Galaxy S6 Edge, seperti semua sedia maklum merupakan peranti dengan sokongan skrin pada bahagian tepi, sekaligus membolehkan pengguna membuat beberapa perkara tambahan dengan pantas – seperti membuat panggilan kepada kenalan rapat, mengikuti notifikasi dan sebagainya. Samsung dilihat membuang sokongan kad-SD kerana tidak ingin memberikan impak terhadap prestasi telefon, apatah lagi dengan penggunaan akses storan pantas pada peranti berkenaan.
Samsung Malaysia mengatakan Galaxy S6 Edge dengan storan 64Gb ini akan dijual di Malaysia bermula pertengahan Mei 2015 ini, dan ia akan ditawarkan dalam warna putih, hitam dan juga emas.
Jadi, pada harga RM3599, adakah anda akan mendapatkan peranti berstoran 64GB ini?
Baca : Ulasan Samsung Galaxy S6 Edge
kredit:www.amanz.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.190910 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list