Kebetulan lagu ini digunakan di dalam iklan terbaharu H&M dan rata-rata memberikan respon yang baik untuk versi nyanyian semula Yuna ini. Buat makluman, penyanyi asal yang juga merupakan pencipta lagu ini adalah Shuggie Otis. Lagu ini telah dirakam pada 1971 dan antara versi yang cukup terkenal adalah daripada dendangan kumpulan Brother Johnson yang telah dimuatkan di dalam album mereka Right On Time (1977).