CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1953|Reply: 0

Dua timbalan presiden akan diwujudkan dalam MHC

[Copy link]
Post time 24-3-2015 01:15 AM | Show all posts |Read mode


        Anggota gabungan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebulat suara bersetuju dengan penggubalan perlembagaan baharu badan induk sukan itu yang antara lain menyaksikan pewujudan dua jawatan timbalan presiden.   
    Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah menurut perlembagaan baharu itu, dua jawatan timbalan presiden itu masing-masing perlu diisi oleh lelaki dan wanita, seperti yang diputuskan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) MHC hari ini.

"Dalam perlembagaan baharu nanti terdapat beberapa pindaan dalam struktur organisasi yang mana 'governing council' (majlis tertinggi) digugurkan.

"Ini bermakna jawatan setiausaha agung turut digugurkan dan diganti dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)," titah baginda kepada pemberita selepas mempengerusikan EGM itu di sini hari ini.

Menurut perlembagaan baharu itu, MHC akan dipimpin seorang presiden selain mempunyai dua timbalan presiden, tujuh naib presiden selain seorang CEO dan bendahari.

Jawatan timbalan presiden MHC kini disandang Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

sumber:www.stadiumastro.com
   



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.142890 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list