CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1793|Reply: 0

MWC 2015: Huawei Mediapad X2 – Telefon Dengan Skrin Bersaiz 7-inci

[Copy link]
Post time 23-3-2015 02:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nusantara77 at 23-3-2015 02:19 AM

                                                                                                                                                                                                                        
          Huawei pada acara di Mobile World Congress yang lalu telah mengumumkan tiga peranti baru iaitu peranti kombinasi jam tangan pintar dan fon telinga Huawei Talkband B2, peranti fon telinga pintar Talkband N1 dan juga jam tangan pintar mereka yang mendapat perhatian ramai iaitu Huawei Watch. Namun terdapat satu lagi peranti yang tidak diumumkan diatas pentas namun dipamerkan bersama-sama yang lain iaitu Huawei Mediapad X2.

Huawei Mediapad X2
Skrin7-inci 1920×1200, 323 ppi
PemprosesKirin 930 2.0GHz 64-bit Quad-core
Memori2 GB RAM / 3GB RAM
Storan16GB / 32GB + kad mikro-SD
Kamera Utama / Depan13-MP/ 5MP
Sistem OperasiAndroid Lollipop
Bateri5000 mAh


Huawei Mediapad X2 merupakan tablet bersaiz pertengahan, membawakan skrin sebesar 7 inci dengan resolusi 1920 x 1200 323ppi, cip pemprosesan 2.0 GHz Kirin 930 lapan-teras 64-bit dengan GPU Mali-T628 64-bit. Tablet ini juga dilengkapi kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP dengan aperture f2.4 dan berupaya menghasilkan gambar selfie yang baik.  Tablet ini mempunyai bateri yang kapasiti yang agak besar, iaitu 5,000 mAh dan beroperasi pada platform Android Lollipop. Bagi kapasiti storan dan memori RAM, terdapat dua variasi yang berbeza mengikut warna, dimana pada versi biasa berwarna perak, ia mempunyai kapasiti storan 16GB dan 2GB RAM. Variasi dengan spesifikasi tinggi berwarna emas dengan kapasiti storan 32GB dan 3GB RAM. Ia juga turut boleh dimuatkan dengan dua kad SIM 4G LTE.

Dari segi kemasan dan kenipisan, ia mempunyai badan yang nipis dengan kemasan aluminium, dan dari segi luaran, ia seakan iPad Mini. Apabila melancarkan fungsi kamera, turut terdapat fungsi penuras gambar yang beroperasi secara masa-nyata, membolehkan pengguna melihat kesan khas. Ini juga salah satu perkara yang boleh dilihat pada kamera iOS. Namun salah satu perkara yang menarik adalah keupayaan meletakkan watermark pada gambar yang dirakam, dan membolehkan pengguna meletakkan informasi berkenaan lokasi dan cuaca pada gambar. Kami tidak dapat menggunakan fungsi ini kerana ia memerlukan sambungan internet.

Dari segi kelancaran, peranti ini tampak berkuasa dan laju, dan tiada sebarang lengah masa ditunjukkan. Sepanjang percubaan tiada sebarang masalah yang timbul. Ia agak besar, namun mungkin sekiranya anda ingin melakukan panggilan telefon, jika terasa canggung memegang tablet sebesar ini di telinga boleh memadakankan tablet ini dengan peranti Huawei Talkband. Peranti ini juga mempunyai kualiti bunyi DTS.

Buat masa ini, harganya telah diumumkan di dua negara namun membawakan harga yang berbeza. Di negara Jerman versi 16GB dengan memori 2GB RAM dijual pada harga EUR 349 (~RM 1396) dan versi 32GB dengan memori 3GB RAM dijual pada harga EUR 399 (~RM 1595). Di negara Itali, versi 16GB tersebut dijual pada harga EUR 399 (~RM 1595). Berkemungkinan untuk pasaran tempatan ia akan dijual pada harga berlainan sama-sekali dari kedua negara ini.





kredit:www.amanz.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058500 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list