CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1480|Reply: 0

Pemacu Dual USB SanDisk Untuk Telefon Pintar

[Copy link]
Post time 12-3-2015 10:59 AM | Show all posts |Read mode
hari ini ditampilkan pula pemacu Dual USB Sandisk yang direka khas untuk digunakan bersama telefon pintar. Malangnya, ia belum boleh digunakan kerana pemacu USB ini mempunyai dua penyambung, satu USB dan satu lagi USB Type C, yang belum menjadi standard pada telefon pintar.
Pemacu Dual USB Sandisk Untuk Telefon PintarNampaknya Sandisk sedang bersedia untuk menghadapi dunia masa depan di mana USB Type C menjadi standard utama telefon pintar dengan pengenalan pemacu Dual USB SanDisk berkapasiti 32GB yang mempunyai dua penyambung, satu USB dan satu lagi USB Type C.

Pemacu USB ini adalah mirip satu lagi produk SanDisk iaitu iXpand untuk iPhone di mana ia mempunyai dua penyambung, satu penyambung USB untuk disambungkan kepada komputer dan satu lagi penyambung Lightening pada peranti iPhone. iXpand kini boleh didapati dalam kapasiti 128GB. Pemacu Dual USB menggantikan penyambung Lightening itu dengan penyambung USB Type C.
Walaupun hampir tiada telefon pintar di pasaran yang menggunakan USB Type C sebagai port penyambungnya, para penganalis di Strategy Analytics menjangkakan 12% telefon pintar akan menggunakan standard itu menjelang tahun 2016. USB Type C bakal menggantikan USB 3.0 dan 2.0 dengan menawarkan kadar pindahan data lebih pantas serta penyambung yang boleh diterbalikkan.
Pemacu Dual USB Sandisk akan dipasarkan secara global dalam suku kedua tahun ini pada harga yang belum diumumkan lagi. Bagi pengguna iOS, SanDisk iXpand kini dijual dalam kapasiti 16, 32, 64 dan 128GB, masing-masing pada harga USD59, USD79, USD109, dan USD199.

kredit:www.techkini.com


                               
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059782 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list