CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1794|Reply: 0

iPhoto Digantikan Dengan Photos For OS X

[Copy link]
Post time 10-3-2015 01:33 AM | Show all posts |Read mode
iPhotos merupakan sebuah aplikasi pengurusan foto pada OS X yang menerima banyak kritikan daripada pengguna kerana banyak kelemahannya dan kurang mesra pengguna. Apple tidak lama lagi akan menggantikan aplikasi iPhoto dan Apature dengan satu aplikasi foto baru, Photos for OS X.

iPhoto Digantikan Dengan Photos For OS XApple dahulunya telah menjanjikan iPhoto dan Apature akan digantikan dengan sebuah aplikasi baru menjelang ketibaan OS X Yosemite dan kini ia mula menunaikan janjinya. Versi pembangun sebuah aplikasi foto baru telah diterbitkan Apple di mana laman  The Verge telah dapat mencubanya dan memberi pendapat tentangnya.

Aplikasi foto itu jelan mempunyai antaramuka yang lebih intuitif dan kemas, seperti aplikasi Photos versi iOS serta berkait rapat dengan cloud dan peranti Apple lain milik pengguna, walaupun ia tidak didatangkan dengan peralatan mengedit yang sehebat Apature.

Photos for OS X akan memasuki fasa Beta awam tidak lama lagi diikuti dengan pelancaran penuh sebagai satu kemaskini percuma pada musim panas ini. Walaubagaimanapun, pengguna masih boleh mengekalkan aplikasi iPhoto dan Apature pada komputer Mac mereka.

Akhirnya kita dapat melihat Apple menggantikan aplikasinya yang ketinggalan zaman dan bukannya menaiktaraf aplikasi yang pada asasnya teruk. Mungkinkah aplikasi iTunes dan Mail untuk OS X yang baru akan menyusul selepas ini?

kredit:techkini.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.078945 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list