CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1517|Reply: 0

Regu Tanah Merah ‘A’ dinobat juara sepak takraw

[Copy link]
Post time 4-3-2015 08:53 AM | Show all posts |Read mode


KOTA BHARU - Regu Tanah Merah ‘A’ tampil dalam kelas tersendiri apabila muncul juara kategori bawah 18 tahun Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Kelantan 2015 yang berlangsung, baru-baru ini.
       
        Pada perlawanan akhir yang cukup mendebarkan di Dewan Wisma Sukan, Jalan Telipot, di sini, regu Tanah Merah ‘A’ mengejutkan regu pilihan iaitu Tumpat ‘A’ menerusi kemenangan 2-1.
       
        Regu Tanah Merah ‘A’ yang membariskan Arif Zikri Zaini selaku tekong, Muhd Haris Najmi Zamri (apit kanan) dan Mohd Aiman Arsyad Mahusin (apit kiri), meraih mata pertama apabila menundukkan Tumpat ‘A’ dalam pertarungan sengit menerusi kemenangan 23-21.
       
        Namun begitu, regu Tumpat ‘A’ yang diwakili Muhamad Badrul Akid Rani (tekong), Mohd Hafizul Hadi Ismail (apit kanan) dan Mukhraz Muzamil (apit kiri) kembali memberi saingan untuk memenangi set kedua 21-17, sekali gus mengikat keputusan 1-1.
       
        Mata kemenangan Tanah Merah ‘A’ yang dibimbing Mat Rohani Omar dan Ahmad Fakhrurazi Mohd Nawawi itu diraih pada set ketiga, namun tidak mudah bagi regu mereka apabila terpaksa bertungkus-lumus sebelum menang 16-14 dalam perlawanan cukup sengit itu.
       
        Pada aksi separuh akhir, Tanah Merah ‘A’ menyingkirkan Machang ‘A’ 2-1 untuk merintis laluan ke final, sementara Tumpat ‘A’ mengetepikan cabaran Jeli ‘A’ 2-0 bagi mengisi satu lagi slot perlawanan akhir.
       
        Sementara itu, regu Bachok ‘B’ menewaskan Kuala Krai ‘A’ 2-0 (21-18 dan 21-17) untuk bergelar juara kategori bawah 15 tahun, manakala Kuala Krai ‘A’ dan ‘B’ yang mendominasi final bawah 12 tahun, masing-masing muncul selaku pemenang pertama dan kedua setelah kedua-dua regu memutuskan tidak beraksi pada perlawanan akhir.
       
        Bagi pengurus pasukan Tanah Merah, Razali Abd Rahman, dia menyifatkan kemenangan regu bawah 18 tahun mereka adalah detik bersejarah bagi MSS daerah berkenaan pada kejohanan tahun ini.
       
        “Kejayaan ini berdasarkan semangat berpasukan yang diterapkan barisan pemain, selain usaha gigih mereka menjalani latihan keras sebelum menghadapi kejohanan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
       
        Juara dan naib juara setiap kategori menerima hadiah berupa kasut hasil sumbangan penaja, Pallas selain turut meraih medal dan sijil penghargaan pada kejohanan tersebut.
       
        Hadiah disampaikan oleh Penyelia Kanan Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Nik Abdul Nik Ismail. Hadir sama Pengerusi Teknik Sepak Takraw MSS Kelantan, Roslin Hamzah dan Penyelia Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Bachok, Mohd Rostam Ideris.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.073849 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list