|
Sila berhati-hati, kedai mudguard dan cat kereta ini kat Seremban Jaya, Negeri Seremban. u orang JANGAN sesekali baiki kereta kat sana. kalau tidak, RUGI BESAR nanti.kereta i kena langgar dan saya pun hantar kereta saya ni untuk baiki.
selepas siap dibaiki adik saya pun membayarnya dan membawa pulang kereta saya tetapi saya takde kat seremban pada masa tu.
selepas sebulan, saya balik seremban dan check kereta saya tu, alangkah terkejut bila saya nampak mudguard yang kena langgar tu tidak diketuk dan dicat. hal ini menyebabkan bahagian tu mula berkarat.
parking sensor pun silap pasang dan menyebabkan bumper kereta i ada lubang.
saya pergi kedai tu dan tanya apa pasal, si tauke tu kata bahagian yang kena langgar tu double layer dan tidak boleh dibaiki. (sedangkan kedai mudguard lain kata ia boleh dibaiki, konklusinya si tauke tu sebenarnya tidak ingin bertanggungjawab atas masalah ini)
saya juga tanya lubang bumper tu apasal, si tauke yang action tu kata, "lubang bumper itu bukan hal saya, pekerja saya yang buat, saya taktau ini macam!"
saya memang cukup marah dan geram dengan perangai kedai tu, walaupun saya kaum Cina dan tauke kedai tu kaum Cina juga, tetapi saya menyeru orang ramai BOIKOT kedai ni!!!. sebagai pengguna, kita sememangnya harus bersatu-padu untuk menjaga kepentingan kita orang supaya tidak ditindas. walau bagaimanapun, bukan semua peniaga cina ini macam. ada peniaga cina yang mmg jujur dan beretika. oleh itu. isu ini adalah sikap peniaga itu sendiri dan tidak kena mengena dengan kaum.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|