CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48944|Reply: 5

Sepuluh Mimpi Dan Tafsirannya

[Copy link]
Post time 19-2-2015 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by abgsedapmalam at 19-2-2015 10:52 AM


Setiap orang pernah bermimpi yang hampir menyamai kejadian dalam hidupnya. Bertahun-tahun manusia cuba untuk mentafsir imej yang mereka nampak di dalam mimpi.  Sesetengah tafsir mimpi adalah sangat mengarut manakalah ada pula yang mudah difahami.  Berikut ialah tafsir mimpi yang paling biasa dialami oleh kita. Terletak pada anda sama ada untuk mempercayainya kerana anda tentu mempunyai pengalaman sendiri tentang mimpi.  Tapi, perlu diingat yang ini hanyalah tafsiran sahaja. Setiap kejadian yang berlaku, telah disuratkan Allah.


10  Masalah Kereta




Dalam mimpi jenis ini, anda biasanya berada di dalam ataupun berdekatan dengan kereta (dan kenderaan lain) di mana kereta bermasalah. Sebagai contoh, kegagalan brek berfungsi, rosak tepi jalan, kemalangan, hilang kawalan, terjun gaung dan sebagainya. Anda pula mungkin pemandu atau penumpang kereta berkenaan.  Mimpi seperti ini sangat popular dan biasa dialami oleh semua orang termasuk yang tidak tahu memandu.

Tafsir : Mimpi sebegini selalunya bermakna anda berperasaan kurang bertenaga  dan tidak berkeyakinan dalam kehidupan. Anda juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati memandu di jalan raya… kot-kot ler kejadian itu benar-benar berlaku…


9  Kerosakan Alatan Mekanikal




Dalam mimpi anda, anda berusaha untuk mengendalikan peralatan yang rosak dan tidak berfungsi.  Kebanyakan mimpi sebegini membabitkan telefon, sama ada ia tidak dapat mendail, tiada liputan, mahupun tersalah dial nombor.  Ia juga mungkin tiada liputan talian broadband anda, ataupun peralatan mekanikal kegemaran anda berkecai akibat jatuh.


Tafsir : Mimpi ini menunjukkan anda hilang keyakinan diri.  Kadang-kadang ia juga disebabkan oleh kegagalan anggota badan berfungsi seperti sepatutnya. Ianya juga berlaku kerana anda begitu ghairah untuk menghubungi atau berhubungan dengan seseorang dalam kehidupan sebenar anda.


8  Sesat dan Terperangkap




Anda bermimpi terperangkap, ditanam hidup-hidup, tidak dapat bergerak tanpa sebarang alasan. Anda berusaha untuk mencari jalan keluar tapi tiada petunjuk. Dalam mimpi sebegini, anda akan terjaga dalam keadaan ketakutan dan berpeluh.

Tafsir :  Mimpi ini bermakna anda terperangkap dalam kehidupan sebenar di mana anda tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Anda akan mengalami mimpi sebegini apabila menghadapi konflik dalam kehidupan sebenar.


7  Tertinggal Kapal Terbang Atau Perkhidmatan Awam



Anda bermimpi di mana anda tergesa-gesa mengejar bas, komuter, kapal terbang atau apa-apa sahaja khidmat pengangkutan awam – tapi anda gagal.  Biasanya hanya dalam beberapa langkah atau saat sahaja.  Anda juga berkemuningkinan bermimpi lewat ke tempat kerja di mana anda terlibat dalam presentation atau mesyuarat, di mana apabila anda sampai, semuanya sudah bermula tanpa anda. Akhirnya anda akan merasa kecewa.

Tafsir :  Ini menunjukkan anda berasa terlepas beberapa peluang keemasan dalam kehidupan sebenar.   Kebiasaannya mimpi sebegini berlaku apabila anda sedang berusaha untuk memberi keputusan penting dalam hidup.


6  Gagal Dalam Peperiksaan




Mimpi ini seringkali memanipulasi orang yang meninggalkan pelajaran dalam tempoh agak lama dan mempunyai keinginan tinggi untuk lulus.  Dalam mimpi ini, anda anda gagal mencari bilik peperiksaan, tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang mencukupi, tertinggal alat tulis, dan tidak bersedia kerana sikap mengambil mudah dalam pelajaran.

Tafsir :  Maknanya anda berasa diuji dalam setiap perbuatan anda dalam kehidupan sebenar. Kemungkinan juga anda memang belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar atau melakukan sesuatu perbuatan yang salah dalam kehidupan.

5  Sakit atau Mati




Dalam mimpi, anda atau orang tersayang mengalami demam, kecederaan dan mungkin mati.  Ia mimpi yang biasa sebenarnya, jangan terkejut. Biasanya berlaku semasa sedang sakit atau demam.

Tafsir : Anda sebenarnya berasa terganggu dari segi emosi  atau risau jika dikecewakan. Mimpi ini juga mungkin amaran untuk anda agar sentiasa mengambil berat akan kesihatan diri dan juga yang tersayang.  Bermimpi orang lain yang mati, bermakna sebahagian dari diri anda seakan-akan ‘mati’. Mimpi ini juga mungkin menunjukkan anda benar-benar mengharapkan orang yang dimimpikan itu benar-benar ‘pergi’, atau anda takut akan kehilangan mereka.


4   Dikejar




Bermimpi dikejar memang menakutkan. Ditambah dengan yang mengejar itu ialah raksasa, orang yang menakutkan ataupun haiwan.

Tafsir : Anda berasa takut akan sesuatu atau seseorang. Ia juga kadangkala sebagai kepada perbuatan yang pernah anda lakukan dalam kehidupan sebenar. Tanya diri anda sendiri, siapa atau apa yang terjadi dalam kehidupan sebenar anda.


3  Kecacatatan Gigi




Anda bermimpi di mana keadaan gigi anda begitu buruk sekali dan ada sebahagiannya hilang. Kadang-kadang mungkin juga anda bermimpi apabila membuka mulut, semua gigi anda jatuh.

Tafsir : Secara jujurnya anda risau jika penampilan anda kelihatan tidak menarik. I juga isyarat kepada perasaan malu yang amat sangat, rendah diri dan tiada keyakinan diri dalam kehidupan.


2  Berbogel




Anda tidak berpakaian, berpakaian separuh sahaja ataupun berpakaian yang tidak sesuai dalam sesuatu majlis. Kadang-kadang anda akan bermimpi melihat orang lain berbogel.

Tafsir : Anda berfikiran yang ada telah mendedahkan terlalu banyak tentang diri anda contohnya tentang perasaan anda dalam kehidupan sebenar. Anda juga risau  kisah silam anda akan diketahui orang lain. Fakta menarik tentang mimpi ini ialah ia selalu berlaku kepada orang yang hendak melangsungkan perkahwinan.


1  Jatuh atau Lemas




Anda jatuh di mana anda akan cedera dan berkemungkinan mati. Itu hanyala mitos mimpi sebegini. Anda mungkin jatuh dari kapal terbang, bangunan tinggi dan sebagainya. Anda juga jatuh ke sungai dan lemas.

Tafsir : Secara tipikalnya, anda berasa tidak selamat dan tiada sokongan dalam kehidupan sebenar. Anda sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi secara berani.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2015 11:02 AM | Show all posts
. . . Rahsia Mimpi . . . (Tengah pening2 aku taip) ~

MIMPI. Sejauh mana kita tahu tentang mimpi?
Teringat kata-kata seorang sahabat aku dulu.

"Kau tahu mimpi je, kau bukan tahu apa-apa tentang mimpi!!!"


Mengikut kamus Dewan, mimpi bermaksud sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur seseorang. Mimpi biasanya berkaitan dengan apa yang sedang menjadi fikiran seseorang. Kadang-kadang apa yang pernah dilihat, dialami dan dirasai oleh seseorang itu sering kali melintas dalam mimpinya.
Kandungan dan tujuan biologi mimpi tidak dapat difahami sepenuhnya, walaupun topik ini mendapat perhatian umum sejak berabad lamanya. Kajian saintifik mengenai mimpi dipanggil sebagai oneirologi.
Kajian menunjukkan terdapat sekumpulan tema yang kerap berlegar dalam mimpi. Antaranya ialah situasi membabitkan sekolah, dikejar, berlari dengan perlahan, seakan-akan terjatuh, datang lambat, seseorang yang masih hidup tiba-tiba mati, gigi tercabut dan saat memalukan.
Analis Certified Dream Lauri Loewenberg Quinn, penulis buku ‘Cracking The Dream Code’, mengungkap mimpi sebagai firasat atas kondisi kesehatan.

“Ketika Anda melihat simbol-simbol tertentu dan tindakan dalam mimpi Anda, mungkin menjadi tanda bahawa ada sesuatu yang tidak beres dengan pikiran atau tubuh Anda,”



Ada di antara kita menganggap mimpi hanya sekadar mainan tidur semata-mata dan ada juga yang mengambil serius tentang mimpi mereka. Mereka yang memandang serius biasa nya dari kalangan yang jarang mendapat mimpi. Hal ini menjadikan mereka obses untuk lebih mempercayai ape yang di mimpikan.
Menurut orang jawa pula, hanya mimpi pada tarikh tertentu yang akan menjadi kenyataan. Hanya mimpi pada tarikh ber angka 7, 8, 10, 11, 13, 14, 16, dan 17 dianggap boleh menjadi kenyataan. Manakala, tarikh ber angka 9, 11, 15, dan 18 termasuk dalam kelompok mimpi yang tidak menjadi kenyataan.
Apapun, aku mencoretkan serba sedikit tentang tafsiran atau rahsia mimpi sebagai panduan. Bukan untuk dipercayai seratus peratus, tetapi sekadar bahan bacaan untuk menambah ilmu pengetahuan kita semua.

Mimpi dan Emosi & Kesihatan

1. Mimpi Rumah Terbakar
Bermimpi rumah terbakar menandakan anda mengalami tekanan fikiran atau stress yang sangat melampau.

2. Kereta
Sebuah kereta menandakan suatu kemajuan dan kemampuan untuk bergerak maju dalam pelbagai bidang kehidupan. Mimpi yang paling umum adalah bahawa anda menaiki kereta dan kereta tersebut mem'brake' secara mendadak. Mimpi ini membawa maksud anda memiliki gaya hidup tidak sihat dan perlu menghentikan perbuatan yang membahayakan nyawa.

3. Tenggelam dalam Air
Ini bermaksud Anda sedang mengalami masalah dan memiliki tanggungjawab yang cukup membebankan kehidupan anda.

“Air merupakan emosi anda. Sehingga setiap kali air muncul dalam mimpi, termasuk gelombang pasang surut, itu adalah tanda bahwa emosi anda perlu diberi perhatian,”


4. Pendarahan
Darah dalam mimpi adalah simbol tenaga fizikal dan emosi Anda. Kehadiran darah dalam mimpi adalah tanda bahwa anda meletakkan terlalu banyak beban. Untuk itu, tenaga perlu dipulihkan dan sentiasa bertenaga.

5. Jatuh
Mimpi jatuh semasa menuruni tangga atau dari sebuah bangunan menandakan bahawa sesuatu dalam hidup anda bergerak ke arah yang salah. Mungkin juga anda mengalami masalah kewangan. Atau mungkin anda sedang mengalami tekanan hidup.


Mimpi dan Kitab Tajul Muluk

Di patuk atau di belit ular - anda bakal memperolehi isteri atau suami .

Mengerjakan sembahyang - sempurna pekerjaan dunia dan akhirat.

Memakan api - anda akan memperolehi seorang isteri yang miskin tapi bijaksana.

Burung putih terbang di rumah atau dapat ditangkap - bakal mendapat pasangan hidup yang budiman lagi berharta.

Membaca Al-Quran - anda akan panjang usia dan memperolehi apa yang dihajati.



Mimpi dan Perbuatan Dalam Mimpi

Melihat syurga - akan menjadi orang yang mulia.
Langit atau awan pecah - negeri sendiri akan dirampas orang.
Berenang di sungai - niatnya tidak akan terkabul.
Berjalan di sungai - akan bersedih.
Sedang belayar - akan berjaya dalam pekerjaan dan akan berjaya semua yang diusahakan.
Bertunang - akan kahwin cepat pada tahun itu.
Hisap rokok - akan mencapai puncak kejayaan . (patut lah ramai hisap rokok??)
Menggosok baju - alamat kebahagiaan dalam rumah tangga.
Membayar zakat - alamat tidak akan kekurangan wang.
Menjadi ketua pejabat- alamat akan maju dalam soal kewangan.
Membaca Al-Quran - khabar baik akan datang kepada anda.
Tentang patung - akan memperolehi kemakmuran.
Melihat permaidani - akan memperolehi keuntungan.
Makan daging gajah - akan mendapat rezeki.
Melihat harimau - mendapat kejayaan atas apa yang diusahakan.
Melihat kerbau - memperoleh kebajikan.



Mimpi dan Objek & Simbol

Labah-labah - Melihat labah-labah bermakna anda akan menjadi lebih berhati-hati, bekerja dengan rajin dan mendapat kejayaan.
Labah-labah yang besar bermakna kejayaan akan cepat tiba. Tetapi, jika dikejar atau digigit labah-labah, bermakna akan timbul masalah atau kesukaran dengan kejayaan anda.

Tingkap - Jika bermimpi melihat sesuatu dari tingkap, ini bermakna anda akan murah rezeki. Mimpi membuka tingkap memberikan khabar yang baik manakala mimpi tingkap pecah bererti anda bakal mendapat kesukaran dalam perniagaan dan cinta.

Air - Air melambangkan emosi dan perasaan anda. Dalam mimpi, ia menggambarkan hidup dan kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan dan sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai.

Ular - Jika anda seorang jejaka atau gadis yang bermimpi melihat atau dipatuk ular, bermakna anda bakal menamatkan zaman bujang.
Sekiranya anda sudah pun berkahwin, ia bermakna anda akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular berwarna-warni, bererti kebahagiaan akan menjelma.
Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Namun awas, jika anda bermimpi dikelilingi banyak ular, bermakna ramai yang memusuhi anda.

Wang - Jika anda bermimpi kehilangan wang, bermakna akan memperoleh rezeki yang halal. Mimpi mendapat wang saja bermakna anda akan jatuh sakit.
Mimpi menyebar wang, bermakna akan menderita kerugian kerana melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Mimpi menabung wang bermakna akan dibenci atau diperdaya orang.

Topi - Jika anda bermimpi memakai topi, bermakna kedudukan anda akan semakin lebih baik. Mimpi kehilangan topi bermakna ada sesuatu yang akan hilang di rumah anda.

Terbang - Jika anda bermimpi terbang dengan pesawat, bermakna akan datang tawaran istimewa kerana anda yang mempunyai kelebihan yang sangat berharga.
Kalau diri anda yang terbang, ertinya anda akan memperoleh satu pengalaman atau ilmu yang bermanfaat dan berguna dalam hidup atau kerjaya anda.

Salji - Jika anda bermimpi melihat hamparan salji yang memutih, bermakna ada berita gembira menanti anda.




Mimpi dan Tanah Jawa

Mimpi disembur ular, akan mendapat jodoh.
Mimpi digigit ular, akan dilukai seseorang.
Mimpi melihat sarang ular mati semua atau melihat ular ganti kulit, akan berumur panjang.
Mimpi membongkar kuburan, akan mendapat rezeki dari menang loteri atau pertaruhan.
Mimpi merawat atau memegang orang yang sudah meninggal, akan mendapat rezeki yg banyak.
Mimpi mandi di perigi sendiri, akan sakit.
Mimpi mandi di sungai airnya yang deras, akan sakit tapi cepat sembuh.
Mimpi mandi di sungai yang tidak ada airnya, rezekinya kering.
Mimpi jatuh perigi atau sungai, akan mendapat kesusahan.
Mimpi berenang di tasik atau laut, keinginannya akan terpenuhi.
Mimpi hanyut di sungai, akan mendapat kesusahan.
Mimpi menyelam di dalam air keruh, akan mendapat kesulitan.
Mimpi menyelam di dalam telaga yang jernih, akan di diperlukan oleh negara.
Mimpi menyelam di dalam air yang sangat dingin, akan sakit tenat.
Mimpi mendaki gunung tanpa kesulitan, akan naik pangkat.
Mimpi mendaki gunung dengan susah payah, akan menghadapi masalah yang sangat pelik.
Mimpi berada di puncak gunung, akan mendapat anugerah.
Mimpi disuruh mengambil alih rumah orang lain, akan mendapat kenaikan pangkat.
Mimpi memiliki ayam jaguh, akan mendapat anak lelaki.
Mimpi mempunyai ayam atau burung, isteri akan mengandung.
Mimpi makan apam, akan mendapat wang.
Mimpi makan nasi dan sayuran, akan sakit.
Mimpi makan sambil berdiri, akan mendapat wang dalam jumlah yang banyak.
Mimpi makan dengan orang-orang terkenal, akan naik pangkat atau jabatan.
Mimpi makan daging, akan mendapat kebaikan
Mimpi minum air putih, akan dapat ilmu.
Mimpi air keruh, akan mendapat wang tidak halal.
Mimpi air panas, akan mendapat rezeki
Mimpi sakit tenat, akan mendapatkan keselamatan dan kemuliaan.
Mimpi merasa senang, akan susah atau sakit.
Mimpi merasa panas, akan mendapat wang yang menjadi miliknya(hutang).
Mimpi merasa dingin, akan kehilangan.
Mimpi keluar dari hutan, akan kehilangan.
Mimpi membakar hutan, akan mendapat kehormatan.
Mimpi rambut luruh, akan mendapat kecelakaan.
Mimpi dicukur, akan kehilangan.
Mimpi kepalanya disiram minyak wangi, akan mendapat rezeki.
Mimpi kepalanya dipegang oleh orang, keinginannya akan terkabul.
Mimpi luka-luka di badan, akan mendapat rezeki.
Mimpi berjalan dengan perempuan bukan isterinya, akan kehilangan.
Mimpi bertemu dengan lelaki yang dikenali, keinginan akan sesuatu akan terwujud.
Mimpi disakiti orang lain, akan mendapat kesusahan.
Mimpi pergi mengaji, akan berjaya dalam pekerjaan.
Mimpi digigit haiwan, ada orang yang menaruh hati.
Mimpi membahagi wang dengan suami/isteri, akan bercerai.
Mimpi bergaduh dengan isteri menggunakan senjata tajam, akan mendapat untung.
Mimpi memanjat pokok, akan meninggal.
Mimpi sedang menyanyi, akan mendapat kesusahan.
Mimpi terlanjang bulat, akan mendapat malu.
Mimpi berjoget atau menari, akan menghadapi bahaya.
Mimpi mempunyai tetamu yang sakit, akan memperoleh pertolongan.
Mimpi sedang merawat orang tua, akan medapat rezeki.
Mimpi berada di tempat yang gelap, akan berbuat dosa.
Mimpi membasuh muka, akan terlepas dari kesusahan.
Mimpi menyembelih ayam, akan kehilangan orang tua.
Mimpi menyembelih kerbau, akan medapat wang
Mimpi pergi jauh dari tempat asal, akan terserang penyakit.




So, at the end of story. Suke hati korang lah nak percaya ke tak. Semua ini hanya lah tafsiran semata-mata. Yang menentukan ialah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui.
Apa yang aku catitkan kali ini adalah berdasarkan ape yang pernah aku dengar dari orang kampung dan jugak orang-orang tua. Selain itu aku juga membuat rujukan di internet(takkan lah aku pegi soal siasat orang Jawa. HAHA).
Aku menulis cerita tentang rahsia mimpi bukan untuk dipercayai sepenuhnya. Tapi sekadar rujukan untuk kita semua. Ini hanya lah catatan untuk rakan-rakan aku dan untuk semua.

"Dreams are like stars...you may never touch them, but if you follow them they will lead you to your destiny."



Think yourselves . . . .





Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 04:27 PM | Show all posts
hurmm bleh percaya ke ni?
tak ape lah..anggap je mimpi tu mainan tido..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 05:38 PM | Show all posts
kalau mimpi ular warna hijau bersinar2 ertinya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 11:07 AM | Show all posts
saya kerap mimpi baby and budak kecik..dalam mimpi tu saya sayang sgt kat dorang...and mesti sorang saya dukung...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 12:25 PM | Show all posts
Dulu dari kecik selalu mimpi gigi tanggal.

Org cakap petanda sedara rapat nak meninggal.

Arwah nenek and atuk nak meninggal, dua2 aku mimpi gigi tanggal before tu.

Kebetulan kot. Skrg dah takde mimpi gigi tanggal.

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053989 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list