CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11219|Reply: 80

Diskusi : INDEKS SYARIAH MALAYSIA - Keterlibatan, Cabaran dan Harapan

[Copy link]
Post time 11-2-2015 03:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 25-3-2016 09:50 AM

Assalamualaikum warahmatullah


Saya memerhati board board di CARI dan saya mencari cari sama ada hal ini diwawarkan atau tidak, i guess kesemuanya tenggelam dek isu atau peristiwa 'berprofil tinggi semalam'. Okay, kita tak akan membicarakan ' itu' itu bukan masalah negara.

Tapi sedarkah kita bahawa semalam satu lakaran penting dalam tinta sejarah negara Muslim tercatat?

Kalau saya sebutkan apa signifikan PIAGAM MADINAH , MADINAH ACCORD/ CHARTER...

adakah kita tahu apa 'nilai' atau makna Piagam Madinah itu ?

i guess , saya berfikiran bahawa sebagai seorang Islam sudah tentu kita atau anak anak para pembaca sekalian tentunya faham apa signifikan PIAGAM MADINAH itu...

jadi ...apa signifikan piagam Madinah ? Apa kandungan ?


sekarang  ini negara kita satu negara Islam yg progresif di Asia Tenggara muncul sebagai satu negara  yg pertama melancarkan INDEKS syariah .

apabila kita sebut indeks - maknanya - ia merujuk pada kriteria  , satu dokuemntasi untuk penialian , sukatan atau ukuran.

so , semalam PM telah melancarkan Indeks syariah Malaysia yakni satu 'kaedah' atau maqasid syariah  untuk menilai program dan dasar kerajaan kerjaan ini sejauh mana ia patuh syariah / syariah compliant. Bagus ni seolah olah ada pendekatan yg berobjektif untuk menliai macam ISO tapi berfikrah Islam.


yg menariknya - pada saya setelah saya meneliti secara kasar aspek aspek yg menjadi tumpuan indeks syariah ini ialah

ada LAPAN (8) BIDANG UTAMA

a) Pendidikan
b) Kesihatan
c) Ekonomi
d) Perundangan
e) Politik
f)  Budaya
g) Prasarana
h) Sosial

dan dalam setiap bidang itu apa yg menariknya adalah  indeks  ini akan menilai dari aspek  - agama, nyawa, akal, keturunan serta harta
serta PENYEMPURNAANNYA dalam menepati maqasid syariah dalam aspek kelima lima ini akan dinilai.

so apa tujuan indeks indeks ini - well kalau dalam mencapai negara maju ada banyak indeks sesebuah negara tu kena capai dengan satu ukuran yg melayakkan sesebuah negara bangsa itu diiktiraf negara maju maka INDEKS SYARIAH MALAYSIA juga berperanan agak sama yakni ia

sebagai satu instrumen untuk memaklumkan pada kerajaan tentang

a) how well they have been syariahly complied thus  far / sejauh mana kerajaan ni telah menepati syariah dalam kesemua aspek maqasid syariah ini
b) ruang penambah baikan
c) untuk melihat sejauh mana aspek aspek pebangunan materi yg diterjemah melalui program dan dasar itu dinikmati atau memberi kesan dalam 5 bidang tumpuan maqasid syariah itu - nyawa, akal, agama, keturunan dan harta. Sebab nak reflect the beauty of islam itu kiranya...


Pada hemat saya ini satu pendekatan yg baik dan cuma - i tertarik je  nak lihat macam mana kayu pengukur atau  kaedah yg digunakan itu  untuk ukur bebenda  yg tercakup dalam  maqasid syariah.


kedua - saya tertanya juga ada tak dari segi 'ruhnya' ada persamaan dengan piagam madinah ...dalam maqasid itu ?
interesting ...

ketiga - wow berapa kepakaran ni yg digembleng untuk hasilkan ini ya?

apa outcome?


anyone could share?

thanks...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2015 03:54 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-2-2015 03:57 AM

could also discuss just saya nak belajar sesuatu sahaja

maqasid syariah tu kaedah syariah dan asas dalam syariah islam untuk memelihara 5 aspek ini

nyawa, akal, agama, keturunan dan harta

can someone terangkan dengan lebih lanjut...i mean dari segi sejarah syariah etc etc - bagaimana perkara perkara ini dipandang berat dalam islam - well logically speaking ...yes islam sangat memelihara nyawa sebab tu dalam islam kalau terperangkap dalam lautan atau ais yg kawasan sejuk kalau nak selamat dari mati kesejukan maka sedikit alcohol untuk memanaskan badan sekadar cukup untu hidup dihalalkan dalam keadaan DARURAT...yg i tahu mqasid ni dalam darurat ia ditekankan...tapi i tak tahu lebih dari itu ...so anyone could tell me a bit more ...falsafaha atau prinsip  di sebalik maqasid syariah.

i tak tahu ni ...just wanted to knwo a bit more about this

thanks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 04:01 AM | Show all posts
apa kelebihan indeks ini berbanding indeks pembagunan manusia lain?

i mean I know islam menitik beratkan pembanguna seimbang

rohani, intelek, emosi dan jasmani.


tapi well imagine - satu indeks yg nak nilai how well dari aspek syariah komponen agama, nyawa, akal, keturunan dan harta dipatuhi ...

nyawa tu ?

hmmm?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 04:03 AM | Show all posts
i can imagine  dari segi budaya .....hmm arts and etc etc....well...camner tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 04:05 AM | Show all posts
dan saya admire and have great respect for this gentleman

prof emeritus Dr Abd Shukor Husin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 04:13 AM | Show all posts
UJIAN DAN CABARAN UMAT

Semenjak penu­buh­an negara Malaysia ini, kita telah berusaha dengan sepenuh daya, bagi mem­bangun­kan ne­gara ter­cinta. Sudah tentu putaran sejarah itu ada naik dan turunnya, kita telah melalui pelbagai liku dan getir zaman, khususnya tahun 2014 yang baru berlalu, kita diuji dan dicuba dengan pelbagai ujian. Namun yang lebih penting, kita sentiasa bangkit dan tidak pernah putus asa kepada Allah Yang Maha Esa.

Banyak cabaran yang telah berlalu, dan banyak lagi yang akan bakal menjelma. Segala ujian dan cabaran itu sememangnya memeritkan, na­mun yang lebih merisaukan kita ialah cabaran yang berbentuk serangan akidah dan pemikiran.
Oleh itu, para ulama dan uma­ra wajiblah berganding bahu me­mi­kirkan bagaimana ciri-ciri wasa­tiyyah, hikmah dan rahmah ini boleh dimanifestasikan ke dalam pelbagai ruang dan peluang agar akhirnya nanti segala persepsi buruk yang dikaitkan dengan Islam dan umatnya boleh dikikis secara perlahan-lahan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.7qUKe8MZ.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2015 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 11-2-2015 04:01 AM
apa kelebihan indeks ini berbanding indeks pembagunan manusia lain?

i mean I know islam menitik b ...

Tak boleh kot nak benchmark against piagam madinah. Malaysia takkan jadi seperti negara islam madinah at its peak stage.

Tapi kalau sekadar pick and choose yg mana sesuai yg dipersetujui semua pihak, bolehlah.... kita amal suara majority sedangkan islam kalau minority tolak pun tak akan dilaksanakan.

Contohlah, piagam madinah ni had made sure everyone agreed with every single terms including the jews of madinah. Kat Msia pulak, di Dewan2 yg ada, perlu kuasa majority dah boleh execute. Kalau dlm islam, kalau sorang dari 100 tak setuju dah tak boleh execute. Tu la keadilan dlm islam.

Ni la contoh ketara perbezaan indeks pembangunan non islamic dgn yg dilaksanakan ikut islam betul2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya perkara ni dah lama develop and applied dalam hampir semua aspek pembangunan Islam kt Malaysia ni. Kenapa baru sekarang nk highlightkan. Itu yg menjadi persoalan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2015 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandangan saya, mungkin baru sekarang depa nk pandang berat, Selama ni depa duk campur aduk, ada perkara yang halal pun dah xnampak halal. Sebab apa? Sebab depa pandang ringan bab2 kecik.

Sekarang orang banyak fikir wang untuk kejar kehidupan. Bagaimana benda kecil yang amat penting sekali macam ni orang nak nampak,  lepas pandang. Sebab bz kejar wang. Bz kejar visi. Thats y 5 perkara utama ni jadi samar ja walaupun ada panel2 syariah yg dikatakan bijak terlatih berpangkat dan berpendidikan tinggi dilantik, depa cuma menjalankan tugas. Tapi tidak dapat berbuat apa2 dalam menerapkan dan memastikan umat patuh setia terhadap hal halus sebegini sebab apa? Saya pun xpasti.


Dan baru sekarang nak ketengahkan isu ni, nasi dah jadi bubur. Bagaimana kita boleh perbetulkan keadaan sekarang? Semuanya jadi caca marba. Mampukah kita ubah sedangkan ekonomi dikawal hampir penuh oleh beribu syarikat swasta yang tidak berapa patuh syariah ini.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 05:04 AM | Show all posts
salam

wow .. maqasid syariah ..

ok .. suka saya bemula dengan memetik pandangan Imam al-Ghazali


Imam al-Ghazali menerangkan
maqasid yang Dhururiyat
berdasarkan urutannya :
Maslahah yang lima ini memeliharanya terletak d'dalam tahap dharuri.
Iaitu yang paling kuat dalam maslahah.
Contohnya,

1. syarak menetapkan orang kafir yang menyesatkan orang lain dibunuh,
demikian juga penganut bid’ah yang mengajak orang lain kepada bid’ahnya
kerana ia merosakkan agamanya kepada masyarakat.

Selain itu,
2. syarak menetapkan wajib qisas terhadap pembunuhan untuk memelihara nyawa,

3. mewajibkan hukuman had kepada orang yang meminum arak bagi menjaga akal
kerana akal itu sendi pentaklifan,

4. mewajibkan hukuman zina bagi menjaga keturunan

5. dan wajib mendera pembongkar kuburan dan pencuri kerana
dengannya terpelihara harta yang menjadi hajat hidup manusia
sedangkan mereka memerlukan nya.  

wassalam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 05:13 AM | Show all posts
salam

مقاصد الشريعة
SEJARAH MAQASID AL-SYARIAH

Seiring dengan kewujudan fiqh

Imam Al-Haramayn menyebut berulang kali d'dalam
kitabnya al-Burhan .. d'ikuti oleh al-Ghazali

Ketika itu d'bincangkan dalam bab sampingan spt bab
  • al-munasabah ,
  • al-maslahah &
  • al-‘Illah

Al-Shatibi (d'kenali sbg imam al-maqasid )
akhirnya mewujudkan bab khusus tentang maqasid
& membincangkannya secara terperinci ..

Ketika itu ..
ilmu maqasid masih d'anggap
sebahagian drpd ilmu usul fiqh

Muhammad al-Tahir ibn ‘Ashur ..
membincangkan ilmu maqasid secara terasing


wassalam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 05:26 AM | Show all posts
salam

PENGERTIAN MAQASID AL-SYARIAH

المقاصد
Al-maqasid
Bererti tujuan ..
مقاصد الشريعة
Maqasid Al-Syariah ertinya
tujuan² syariah ..


Ulamak usul al-fiqh ..
  • Makna dan
  • tujuan
yang hendak d'capai oleh syarak ..
dalam menSyariatkan sesuatu hukum
bagi kemaslahatan umat manusia.


Asrar Al-Syariah ..
makna nya yaitu ..
rahsia² yang terdapat
d'sebalik hukum yg d'tetapkan syarak
berupa kemaslahatan kepada manusia sama ada
  • d'dunia dan
  • d'akhirat


wassalam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 05:43 AM | Show all posts
salam

TUJUAN UNDANG-UNDANG SYARIAT


1. Membawa sebuah kehidupan yang
  • baik dan
  • sejahtera
untuk semua.

2. Membentuk individu dan masyarakat
  • berdisiplin dan
  • bertanggungjawab

3. Membina
  • watak dan
  • personaliti
rajul dini.

4. Memupuk nilai
  • kehidupan murni dan
  • norma budaya luhur.

5. Menjamin
  • keadilan &
  • kebaikan
sejagat (al-a’dlwa al-ikhsan)

6. Menyelamat manusia dari
  • kesesatan dan
  • melampaui batas.

7. Melahirkan masyarakat
  • cintakan kebaikan
  • bencikan kemungkaran.

8. Membawa rahmat seluruh alam.


wassalam



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 06:14 AM | Show all posts
salam

MAQASID AL-SYARIAH .. IALAH
  • MATLAMAT ATAU
  • TUJUAN SYARAK
YANG BERUPA RAHSIA ALLAH BAGI SETIAP HUKUM-HAKAMNYA.


APA PENTINGNYA TAHU MAQASID AL-SYARIAH .. ?
UNTUK MEMAHAMI NAS²
  • SYARAK DAN
  • D'APLIKASIKAN
KEATAS MASALAH² YANG BARU TIMBUL ..
TERUTAMANYA OLEH MUJTAHID ..

WASSALAM


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 06:29 AM | Show all posts
salam



MAQASID AL-SYARIAH ..
YANG BERHUBUNG DENGAN MANUSIA
ADA 5 PERKARA ..
(Dhururiyat al-khamsah)

1. حفظ الدين HIFZUD DIN .. MEMELIHARA UGAMA
2. حفظ النفس HIFZUN NAFS .. MEMELIHARA JIWA/NYAWA
3. حفظ العقل HIFZUL `AQL .. MEMELIHARA AKAL
4. حفظ النسب HIFZUN NASAB .. MEMELIHARA KETURUNAN
5. حفظ المال HIFZUL MAL .. MEMELIHARA HARTA


wassalam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 06:38 AM | Show all posts
salam


1. حفظ الدين HIFZUD DIN .. MEMELIHARA UGAMA


a. Mewajibkan lima rukun Islam

b. Hukuman hudud kepada yang murtad daripada ugama Islam

c. Melarang keras perkara²
  • khurafat ,
  • tahyul dan
  • sihir

d. Berkaitan dengan perkara
  • tauhid dan
  • syahadah


wassalam



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2015 07:19 AM | Show all posts
salam

2. حفظ النفس HIFZUN NAFS .. MEMELIHARA JIWA/NYAWA


a. Hukuman Qisas iaitu
  • balas bunuh dan
  • balas cedera

b. Ibadah berbentuk pergerakan fizikal
yang berkaitan dengan kesihatan
  • mental dan
  • fizikal
contohnya ..
  • solat dan
  • haji.

c. Memelihara kepentingan
  • perasaan dan
  • jiwa
manusia

d. Solat 5 waktu ..


wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 07:44 AM | Show all posts
salam

3. حفظ العقل HIFZUL `AQL .. MEMELIHARA AKAL


a. Membangunkan akal ..
  • Mewajibkan umat Islam menuntut ilmu dari buaian hingga mati
  • Menggalakkan umat Islam berfikir dalam apa jua keadaan

b. Menjaga dan memelihara akal ..
  • Hukuman Hudud  kepada peminum arak atau dadah
  • Mengharamkan melihat perkara² lucah
  • Berfikiran positif
  • Puasa bulan Ramadhan


wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 08:01 AM | Show all posts
salam

4. حفظ النسب HIFZUN NASAB .. MEMELIHARA KETURUNAN


a. Hukuman hudud ke atas
  • penzina dan
  • orang yang tuduh zina (qazaf)

b. Hukum Iddah

c. Wanita² yang haram d'kahwini

d. Pengklonan manusia

e. Menasabkan anak luar nikah

wassalam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 08:12 AM | Show all posts
salam


5. حفظ المال HIFZUL MAL .. MEMELIHARA HARTA


a. Hukuman hudud ke atas pesalah
  • Sariqah(mencuri) dan
  • Hirabah (merompak)

b. Ancaman ke atas mereka yang menggunakan harta bukan dari haknya

c. Penjagaan harta anak yatim

d. Pewarisan harta (faraidh) dan wasiat

e. Mendapatkan rezeki yang halal

f. Menggunakan sistem kewangan Islam  dan pelaburan Islam


wassalam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.435066 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list