|
DILETAKKAN sebagai pasukan bukan pilihan, Kelab Hoki UniKL Young Guns terus mempamerkan rentak meyakinkan dalam saingan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL).
Setakat ini, Young Guns masih kekal sebagai pendahulu liga dengan mengumpul 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan.
Sabtu lalu, mereka merekodkan kemenangan keempat, menundukkan Politeknik Malaysia, 3-1, di Stadium Hoki Bukit Jalil.
“Pemain kami menunjukkan peningkatan dan terus mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam saingan awal liga.
“Biarpun tidak diletakkan sebagai pasukan yang mampu untuk menjuarai sebarang gelaran musim ini, jurulatih dan pemain memberikan komitmen yang tinggi untuk menafikan pandangan awal tersebut,” kata pengurus pasukan Young Guns, Mohd Faiz Isa.
Jumaat ini, Young Guns akan berdepan pasukan bekas juara, Olak PKT Tigers yang kini menghuni tangga kelapan liga.
sumber:sinar harian
|
|