CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 0

Yong Dae idam kejuaraan dunia

[Copy link]
Post time 3-2-2015 09:22 AM | Show all posts |Read mode



NAMA
Lee Yong Dae bukan asing dalam dunia badminton antarabangsa.
       
        Bukan sahaja memiliki wajah yang kacak, tapi ketangkasan yang pantas ketika di gelanggang turut membuatkan pemain berusia 26 tahun itu sering meniti di bibir peminat badminton.
       
        Menyingkap sejarah penglibatannya, Yong Dae mula bermain badminton di sekolah rendah tempatan semasa berusia lapan tahun.
       
        Pada usia 15 tahun, Yong Dae diserap untuk menyertai pasukan badminton kebangsaan Korea Selatan pada tahun 2003 dan sejak itu beliau mula mengecapi kejayaan demi kejayaan.
       
        Malah, statusnya kini sebagai beregu nombor satu dunia telah membuatkan beliau semakin digeruni dan sukar untuk digugat.
       
       
        Idam kejuaraan dunia
       
        Mengenai perancangannya sendiri pada tahun ini, Yong Dae yang berpasangan dengan Yoo Yeon Seong, berkata mereka mengidamkan kejuaraan dunia selepas gagal melakukannya tahun lalu.
       
        Edisi lalu, mereka tewas mengejut kepada rakan sepasukan, Ko Sung Hyun-Shin Baek Choel 22-20, 21-23, 21-18.
       
        Tidak mahu pisang berbuah dua kali, Yong Dae ketika ditemui baru-baru ini, tekad untuk memastikan kejuaraan itu menjadi milik mereka tahun ini.
       
        “Tahun lalu, kami hampir muncul juara, tapi tidak kesampaian. Jadi, tahun ini kami mempunyai strategi memburunya," katanya.
       
        Yong Dae juga menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya lima kejohanan Super Siri Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selain berharap tidak dihimpit masalah kecederaan.
       
        “Tahun ini, amat penting untuk mengumpul mata kelayakan Olimpik. Saya sasarkan untuk menang lima atau enam kejohanan Siri Super dan cuba meraih kejayaan sulung Kejohanan Dunia ," katanya yang yakin akan kekal bergandingan dengan Yeon Seong.
       
        Ketika ditanya mengenai prestasi beregu negara yang dilihat kurang menyerlah sebelum ini, Yong Dae, tetap menganggap Malaysia satu ancaman kepada mereka untuk aksi 2015.
       
        Yong Dae berkata, gandingan negara sentiasa memberi masalah kepada mereka untuk acara beregu lelaki kerana kelebihan kemahiran individu.
       
        “Pemain Malaysia sentiasa mempunyai muslihat, malah tahap mereka juga tinggi dan mempunyai kelebihan dari segi kemahiran individu,” katanya.
       
       
        Dilantik mentor kelab Muar City BC
       
        Buat julung kalinya, kelab Badminton Bandar Muar memilih Yong Dae dan Lee Hyun Ill dan pemain perseorangan lelaki Korea Selatan, sebagai mentor bagi pemain kelab berkenaan menghadapi kejohanan Liga Kopiko Purple, liga profesional badminton pertama di Malaysia.
       
        Mengulas mengenai Kelab Badminton Bandar Muar, Yong Dae yang sedang berehat dua bulan, berkata, beliau gembira dengan prestasi pasukan itu yang kini mendahului kedudukan Liga Kopiko Purple.
       
        Bercakap sebagai mentor, beliau berkata pasukan itu perlu meningkatkan kualiti permainan mereka untuk mencatat keputusan terbaik sehingga ke saingan terakhir liga tersebut pada Februari ini.
       
        Yong Dae turut memuji KPL yang pertama kali diadakan dengan penyertaan daripada pemain bertaraf antarabangsa kerana secara tidak langsung memberi ruang kepada peminat untuk melihat pemain kesayangan mereka dengan lebih dekat serta meningkatkan mutu permainan.
sumber:sinar harian




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035010 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list