CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23598|Reply: 192

Anak terlebih bijak

[Copy link]
Post time 22-1-2015 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Saya nak bertanya pendapat orang-orang di sini tentang masalah anak sedara saya, Eham.
Semasa tadika adik saya menghantar Eham ke Smart Reader.
Umur sekitar 4-5 tahun Eham dah pandai membaca, menulis dan mengira.
Pada kami semua, umur tu biasa buat budak2 yang sudah bersekolah awal untuk tahu itu semua.
Kemudian Eham masuk sekolah rendah, darjah satu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2015 11:57 AM | Show all posts
Peperiksaan penggal pertama, dia dapat nombor satu di kelas dan sekolah.
Kami rasa pekara itu biasa jugak.
Tapi cikgu ada beritau adik, dalam kelas Eham tak suka belajar.
Dia duduk bawah meja and main sorang2.
Duit belanja sekolah dia beli plasticine dan sewaktu duduk bawah meja itu, kerusi dijadikan meja untuk membuat miniature mengunakan plasticine tadi.
Adik saya dan suami marah Eham dan beritau dia, mesti tumpukan perhatian pada pelajaran.
Eham angguk2 and tunduk.
Adik saya rasa lepas ni Eham akan ok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 11:58 AM | Show all posts
Peperiksaan penggal kedua.
Rupa-rupanya Eham tak buat langsung semua paper.
Dia berjalan sana sini sewaktu peperiksaan.
Empat cikgu dari subjek berlainan berjaya memujuk Eham membuat periksa semula .
Cuma satu cikgu tak jumpa Eham masa nak ambik periksa sekali lagi (Eham di panggil untuk menyanyi oleh cikgu lain), maka Eham dapat 0 untuk subjek itu.
Keputusan periksa eham kali ni,dapat no corot dalam kelas dan seluruh kelas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 11:58 AM | Show all posts
Masuk darjah dua baru2 ini,  adik saya mengendap Eham di kelas.
Memang dia buat seperti perangai lama dia, main bawah meja.
Bila nampak mak dia datang, kelam kabut dia duduk atas kerusi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 11:59 AM | Show all posts
Untuk pengetahuan semua, Eham ni rajin membaca  (pernah dapat anugerah NILAM)dan sangat fluent dalam Bahasa Inggeris.(mak dan ayahnya biasa2 saja).
Dia tak ada kawan di sekolah, adik saya kata mungkin sebab dia kerja membetulkan grammar orang yang bercakap Inggeris- budak2 lain bosan kot dengan dia.
Yang baik dengan dia Pak Guard sekolah. Katanya Pak Guard belajar Bahasa Inggeris dengan Eham.
Kalau bertanya dengan Eham kenapa tak ambik exam, dia kata exam tu sebenarnya tak penting?
Kalau ada pakar kanak-kanak dalam ni, saya sangat2 hargai kalau boleh beritau apa masalah anak sedara saya ni dan apa yang perlu kami lakukan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 12:13 PM | Show all posts
Lady39 replied at 22-1-2015 11:59 AM
Untuk pengetahuan semua, Eham ni rajin membaca  (pernah dapat anugerah NILAM)dan sangat fluent dalam ...

uniknya dia. baru standard 2 dah pandai cakap exam tu tak penting. dia perlukan motivasi might be, i mean dari rumah, dari parent dan individu sekelilingnya. sebab keluarga tahu dia bijak semulajadi, tak study pon boleh score, i rasa cuma kena terapkan minat pada dia lah kut.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2015 12:15 PM | Show all posts
macam autism je.

kalau asah betul2, boleh jadi billionare mcm bill gates.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 12:17 PM | Show all posts
itu la. eham sangat pandai bercakap.

tapi rasanya bukan autism sebab dia tak ada ciri2 autism dalam diri.

dia pandai berbual dan masa saya cerita pada dia pasal the rabbit and the tortoise, dia menangis bila saya katakan rabbit tu dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2015 12:19 PM | Show all posts
Eham seperti budak2 lain jugak, suka robot, ironman, starwars.

Kalau cerita pasal dinosaurs, panjang lebar dia boleh explain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 12:20 PM | Show all posts
macam mana nak terapkan minat belajar tu pada dia yek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 12:24 PM | Show all posts
Dia advance sangat utk apa yang diajarkan di kelas kot... kena masuk sekolah Permata ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 12:31 PM | Show all posts
dia di JB. Sekolah permata ada di KL jek kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 01:25 PM | Show all posts
jangan sia2 kan budak cerdik ni.. asah biar jadi permata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 01:34 PM | Show all posts
rawahah replied at 22-1-2015 01:25 PM
jangan sia2 kan budak cerdik ni.. asah biar jadi permata

Insyaallah. amin.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 01:36 PM | Show all posts
pelicano replied at 22-1-2015 12:24 PM
Dia advance sangat utk apa yang diajarkan di kelas kot... kena masuk sekolah Permata ni...

Saya cek di website PERMATA.
Permohonan untuk umur 4 tahun sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 02:13 PM | Show all posts
Lady39 replied at 22-1-2015 01:36 PM
Saya cek di website PERMATA.
Permohonan untuk umur 4 tahun sahaja.

Ada beberapa kategori permata ni. Cuba permata pintar. Based in UKM kalau tak silap saya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2015 02:14 PM | Show all posts
Lady39 replied at 22-1-2015 01:36 PM
Saya cek di website PERMATA.
Permohonan untuk umur 4 tahun sahaja.

http://www.ukm.my/permatapintar/
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni ada iras2 anak sulung aku tp dia tadika 6 tahun tuk tahun ni.. Sebelum ni dia pun kat sr.. Baca menulis dah laju.. Takut gak dia jd mcm ni tp thn ni tukar tadika br tadika cina kalo jd mcm yg mcm mn la nak atasi mslh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sekolah budak genius under PERMATA. Ce cek. Tp xbyk sekolah ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 04:57 PM | Show all posts
cepheid replied at 22-1-2015 02:14 PM
http://www.ukm.my/permatapintar/

terima kasih

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.081941 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list