View: 10139|Reply: 62
|
Koleksi Ezzie - IMPIAN MUNIRAH ( UPDATE 16/11/15 - PAGE 3)
[Copy link]
|
|
Edited by Ezzie at 16-11-2015 03:11 PM
Ni first time nk tempek cerpen kat sini. Kalau ada kekurangan harap dapat bg teguran.
-RENCAH KEHIDUPAN-
Hujan sudah hampir seminggu turun tanpa henti. Banyak kawasan sudah digenangi air. Hujan juga turut membuatkan Dollah dan Misah semakin resah. Rumah terpencil dikelilingi pepohon getah membuatkan ramai yang tidak perasan ada penghuni di dalamnya. Di beranda rumah pula kelihatan empat orang kanak-kanak tak berbaju riang bermain hujan walau siang sudah lama melabuhkan sayapnya.
“Macam mana ni bang? Hujan dah dekat seminggu tak berhenti,” Misah benar-benar risau kini. Kanak-kanak yang sedang leka bermain hujan dipandang sayu.
“Sabarlah Misah, Insayaallah esok lusa hujan berhenti la tu,” hanya itu yang mampu Dollah ucapkan buat masa ni. Dia faham kerisauan Misah tapi apakan daya, musim tengkujuh sudah tiba.
“Saya bukan apa bang, kesian dengan budak-budak tu je. Kalau along, angah, acik, saya tak risau sangat tapi ateh tu baru nak kenal dunia. Takkan nak biar dia orang tu macam tu je. Saya risau dia orang tu sejuk je,” bukan Misah sengaja nak menyusahkan Dollah namun kerisauan dalam hati tak mampu untuk dibendung lagi.
“Abang tahu Misah tapi nak buat macam mana. Huan-hujan macam ni bukannya abang boleh buat apa pun. Kalau Misah risau, abang ni lagi la risau. Bukan setakat belanja nak beli kain baju budak-budak tu je tapi kain baju Miash dengan abang pun dah lama tak berganti. Tengok baju yang Misah pakai tu dah lusuh, dah hilang warnaya dah,” satu keluhan kasar terlepas dari bibir Dollah.
“Saya cuma cakap je bang. Saya bukan apa bang, kesian dengan budak-budak tu je,” perlahan Misah menuturkannya.
“Abang faham Misah, abang mintak maaf sebab terkasar sikit tadi. Misah kena faham, abang tengah serabut ni,” lantas digenggam tangan Misah erat.
Dollah beruntung mengenali serta memiliki Misah. Walau beribu keperitan dihadiahkan namum Misah masih setia bersamanya. Misah tidak pernah mengeluh jauh sekali menyesal kerana menjadi penyeri hidupnya. Tidak pernah walau sekali pun Misah merungut akan keadaan diri tapi sebagai ketua keluarga, terasa kekurangan bila kelengkapan diri tidak disediakan dengan sempurna. Bagaimana mungkin dia tega melihat keluarganya begini, terlalu daif. Dipandang wajah Misah sayu, walau pun seri wajah Misah sudah pudar ditelan peredaran waktu namun bagi Dollah wajah itulah yang sering menjadi igauannya sejak dari dulu lagi.
-BERSAMBUNG-
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
best. bkn tipikal punya cerpen. Thank god! |
|
|
|
|
|
|
|
Best!
Mohon smbung cepat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Best!
Mohon smbung cepat2 |
|
|
|
|
|
|
|
thanks es...saja je nk lri dr kebiasaan....
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan....n terus tamat dh....
“Apa kata kalau kita bercucuk tanam je bang. Boleh jugak tambah pendapatan sikit. Tanah kat sebelah tu kosong. Dari terbiar kosong, baik kita tanam sesuatu,” bersinar mata Misah saat menuturkan cadangannya.
‘Sudah....cadangan apa pulak ni?’ hati Dollah mula celaru.
“Kita nak tanam apa Misah?” tanya Dollah keliru.
“Kita tanam jelah sawi, terung, kangkong dengan cili padi. Kalau sawi dengan kangkong tu sekejap je dah boleh jual,” semakin bersemangat Misah mengutarakan cadangannya.
“Ada orang nak beli ke Misah? Abang tak nak nanti, penat-penat kita tanam, alih-alih tak ada orang nak beli,” Dollah masih ragu-ragu dengan cadangan Misah. Cadangan Misah dirasakan tidak masuk akal.
“Apa la abang ni, kalau tak cuba mana kita nak tahu,” Misah sudah mula hilang sabar dengan kerenah Dollah.
“Tapi abang takut la Misah, abang takut sayur kita tak laku je,” Dollah masih lagi belum yakin dengan pendapat Misah.
“Abang ni kenapa? Belum cuba lagi dah mula fikir yang bukan-bukan. Kita cuba la dulu. Selagi kita tak cuba, mana kita tahu laku ke tidak,” Misah semakin hilang sabar dengan sikap Dollah yang susah untuk memulakan sesuatu yang baru.
“Kalau kita tanam sayur tu, kita nak jual kat mana Misah?” tanya Dollah bingung.
“Kita jual kat pasar la, nak jual kat mana lagi? Takkan nak jual kat bendang kut,” Misah sudah mula meninggikan suara pada Dollah.
“Jual kat pasar?” tanya Dollah pelik. Macam tak pernah dengar la pulak perkataan pasar.
‘Misah ni sedar ke tak ni? Biar betul ni,’ rungut Dollah dalam hati.
“Yelah bang.....habis tu nak jual kat mana lagi?” bentak Misah geram.
“Ok la kalau macam tu tapi siapa yang nak pergi jual?” pertanyaan Dollah memang betul-betul menaikkan darah Misah.
“Abang la yang pergi jual kat pasar. Takkan saya pulak, kalau saya pergi pasar, siapa nak jaga budak-budak kat rumah ni? Abang nak jaga ke? Tu, kalau si kecik tu menangis abang nak buat apa?” tengking Misah geram.
“Abang boleh pergi jual sayur-sayur tu kat pasar cuma abang risau takut sayur tu tak laku je,” perlahan Dollah menuturkannya. Ada sebab kenapa Dollah risau sayur-sayurnya tak laku.
“Cuba abang bagi sebab kenapa abang risau sangat takut sayur tu tak laku?” Misah sudah mula bercekak pinggang. Bila-bila masa saja sabar yang ada ni akan melayang.
“Abang takut dia orang lari je bila nampak Abang,” semakin sayu suara Dollah.
“Kenapa pulak dia orang nak lari?” Misah mula pelik.
“Cik Misah sayang, awak lupa ke kita ni sapa? Awak tu Cik Pon a.k.a Cik Pontianak dan saya ni pulak En Po a.k.a En Pocong. Kalau ada orang nampak saya dok jual sayur kat pasar tu awak rasa ada orang lari tak,’” geram betul Dollah dengan perangai Misah ni. Dah nama pun hantu, memang cari penyakit la kalau dok berniaga kat pasar.
‘Jatuhla saham aku kalau aku meniaga sayur kat psar, memang kena gelak tujuh keturunan la jawabnya,’ desis hati Dollah a.k.a En Pocong.
“Hehehehe.....sorry bang, terlupa status diri jap tadi,” kini Misah a.k.a Cik Pontianak hanya tersengih malu. Boleh pulak dia terlupa siapa dirinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks....baru nk berjinak-jinak dlm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Cissss!
|
|
|
|
|
|
|
|
Habis...anak diaorang apa, toyol? |
|
|
|
|
|
|
|
Wei bro, aku suka doe cerpen ni. ADA PLOT twist. Bro, ko buat cerpen lagi naaa. or ko sambung. Aku suka gaya ko bro, ada plot twist.Tak tipikal.
eh ko bro ke sis? haha.
Dah lma aku tunggu cerpen gini kat bod ni wei..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rempitlah baca ciss...
APa pun, terbaiklah TT.
Hairan jugak mula-mula, kenapa nak jual sayur boleh jadi isu laku atau tak?
Rupa-rupanya... Cik Pon dengan Cik Po. |
|
|
|
|
|
|
|
pandaikan tt menulis.haha |
|
|
|
|
|
|
|
Now i know Ipo short utk apa...
I Pochong
jangan marah haa ipo.. kena jual ngan cik pon nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
utk TT.. aku pernah baca cite lebih kurang gini..
cite pasal penan, achong, lang dan toy |
|
|
|
|
|
|
|
nak kena ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku terbayang I-City tetiba...
Wey..nak ngadu boleh? Awat link Ladylista tu kat tgh2 gitu? Menyemak lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Terkena waaaaa
Best... tulis lg TT
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan replied at 16-1-2015 05:51 PM
Now i know Ipo short utk apa...
I Pochong
wakakaka dalam maksudnya tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|