CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6235|Reply: 5

[Cerpen] Dendam Terlerai

[Copy link]
Post time 2-1-2015 05:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Raizel at 1-1-2015 09:15 PM

Sumber : Google





"Apa perasaan kau sekarang ni?"


"Perasaan apa?"


"Perasaanlah. Sekarang ni apa yang kau rasa?"


Aku membatu. Seolah-olah sedang berfikir panjang, walhal mindaku kosong sahaja. Fikiranku sebenarnya terarah pada Milo panas yang kukacau menggunakan biskut kering cap Jacobs.


"Kau dengar tak Mia?" kata Nur sambil sikunya menyentak bahuku.


"Dengar je. Hmmm, entahlah Nur. Rasanya perasaan aku sekarang ialah malas kot. Malas nak fikir apa-apa. Aku cuma nak menikmati Milo panas menggelegak ni je sambil cicah biskut kering. Pergh, syurga beb," balasku tersengih-sengih.


Biskut yang hampir patah cepat-cepat kusua ke mulut. Kuhisap serapan air daripadanya sebelum mengunyah biskut tersebut dengan lembut. Sedapnya tak terkata. Terbayang zaman kebuluran di asrama dahulu. Kalau bukan mi segera perisa Tom Yam, tentu biskut kering menjadi pilihan memuaskan perut. Selalunya kawanku membeli jenama Hup Seng kerana lebih murah. Aku pun sama. Cuma sekarang baru bertukar kepada Jacobs. Nampak lebih sofistikated, sesuailah dengan tarafku sebagai pelajar universiti. Ceh.


"Kau tak nak tahu perasaan aku pulak ke?" Nur menyoal lagi.


Kening berkerut. Rambut kerintingku yang panjang paras leher kusisir ke belakang telinga.


"Perlu ke aku tanya? Cakap jelah."


"Tanya sajalah, bukan susah pun. Hehehe. Hmm, kalau kau nak tahu, perasaan aku sekarang ni ialah...Aku gembira. Gembira sangat," giliran Nur pula tersengih macam kerang busuk. Aku mengangkat kening memberi tanda tanya.


"Yelah, tak sangka aku dapat hadapi tahun baru ni dengan engkau. Nasib baiklah dah pindah rumah. Tak boleh bayanglah nak kena hadap lagi si Sofia tu. Menyampah gila aku dengan dia. Cukuplah dua tahun sudah."


Jag berisi lebihan air Milo kutuang ke cawan. Biskut ketiga kuambil.


"Tak luak pun air kau tu. Minum jelah. Banyak lagi ni." Jari telunjuk kuhala ke sebelah kiri Nur,


"Hmm, bercakap pasal Sofia. Kenapa kau memanjang nak sentap dengan dia? Aku tahulah dia memang teruk tapi benda tu kan dah jadi 3 tahun lepas. Dah lama kot kau tak berkawan dengan dia. Kenapa tak move on?"


"Kau ingat senang nak move on? Menyesal gila aku baik dengan dia dulu. Nampak je baik pakai stoking, sarung tangan semua. Hakikatnya hipokrit, fake nak mampus." Balas Nur sungguh-sungguh mengalahkan ahli politik.


Aku tergelak kecil. Di hati sebenarnya ada peperangan sedang berlaku. Antara mahu menjadi perencah dalam aktiviti mengumpat ini atau memberhentikannya. Kalau ikut sedap, memang nak menjoyah juga. Tolonglah, siapa yang tak suka mengumpat kawan ...er, bekas kawan.Tapi imanku yang senipis bawang ini asyik menepis godaan itu. Kita sesama Islam, kenapa saling membenci? Kita sesama perempuan, kenapa saling menjatuhkan? Dunia hampir kiamat, buat apa menambah sesak di jiwa?


"Yang kau selalu tulis caption royanan di Instagram tu tuju kat Sofialah ya?"


"Bukan kat dia seorang. Ada je yang lain. Ada seorang classmates aku, perangai kalah pelakon popular. Dia punya topeng tu kalau boleh setiap hari bertukarlah."


"Mana kau tahu dia pakai topeng?"


"Pengalaman beb, pengalaman. Berapa banyak aku jumpa malaun macam tu masa degree ni."


"Pergh, cakap macam dah 50 tahun hidup pulak. Entah-entah di belakang, dia pula cakap kat kawan dia yang engkau ni pakai topeng. Mana tahu,"


"Mia, kau ni cubalah side aku sikit. Asyik sebelahkan dia je. Ishh."


Aku hanya ketawa. Saja mengusik, biar meletup sikit macam bunga api. Ini kan tahun baru.


"Hmmm, aku kadang-kala terfikirlah. Selalu aku baca kat Twitter, Facebook, WhatsApp, Instagram, Blog dan media-media sosial ni, ada sahaja jenis manusia yang suka buat status atau tulisan yang menuduh orang itu hipokrit, orang ini hipokrit. Orang itu jahat, orang ini sombong. Orang itu perasan bagus, orang ini pemalas. Aku terfikir, yang menulis tu dia tak segan ke kalau-kalau ada orang lain pun fikir dia begitu? Macam pulang paku buah keras. Maksud aku, si B tulis si A ni gatal di media sosial dan membiarkan 200 sahabatnya baca. Tiadakah terlintas di hatinya bahawa dalam diam, 50 daripada sahabatnya itu pun kata si B ni gatal gelenyar. Ke yang jenis confident membahan orang di media sosial ni semuanya perasan baik-baik dan maksum belaka?"


Nur terdiam. Ada kebenaran pada kata-kataku. Namun seperti biasa, tidak semudah itu manusia hendak tunduk pada empat jari yang menudingnya semula.


"Tapi Sofia tu memang poyo kot. Takde siapa suka dia," nada defensive sudah kedengaran.


"Kalau semua orang tak suka dia pun, adakah tu bermakna dia tak layak dapat peluang kedua? Perlu ke kau berdendam sampai macam ni? Aku tengok Sofia tu pun dah move on. Mana tahu dia bertaubat sungguh-sungguh dah Allah taa'la ampunkan dia. Kau rasa macam mana? Allah maafkan dia tapi kau tak maafkan dia. Allah taa'la yang Maha Sempurna pun mengampunkan hamba-Nya. Kenapa tidak kita yang banyak berdosa ni? Bukan setakat ampunkan, kemudian diberi rahmat dan rezeki pula. Tapi kita? Dah maafkan, namun dalam masa yang sama, menjauhkan diri dan saling mengumpat di belakang."


Kali ini dia mengeluh panjang. Malas mahu berdebat dengan akulah tu. Tahu sajalah aku ni pun spesis nak menang aje.


"Yelah yelah," bendera putih diangkat oleh Nur. Dia mencebik sebelum mengambil telefon bimbit di atas katil lalu bermain buka dan tutup paparan skrin telefon.


"Alah, janganlah merajuk. Aku minta maaf ya? Over pula aku tadi. Dah, kita tak payah cakap pasal ni dah," aku memujuk Nur. Cawannya yang hampir kosong kupenuhkan dengan air. Tin biskut kutolak mendekatinya. Tiada balasan walau sekadar senyuman.


"Apa kata malam ni aku ganti kau masak? Paper aku lambat lagi. Next paper 7 hari bulan."


Nur mengangkat wajah. Ada riak tidak percaya.


"Lambatnya! Bila last paper?"


"20 Januari nanti."


"Pergh, berkerak punggung aku nak tunggu sampai 20 Januari. Nasib baik last paper aku 16 hari bulan."


"Untunglah," aku menyindir manja. Kami sama-sama tersenyum dan Nur menghabiskan sisa tambahan air tadi sebelum mengemas meja kecil kami.


"So, kau dah okaylah ni?"


"Aku okay je. Terasa sikit je tadi. Tapi disebabkan kau dah janji nak masak, so kenalah tunaikan."


"Ya, ya aku masak petang nanti." Balasku pula. Nur bergerak ke dapur membasuh cawan sementara aku menyimpan tin di dalam almari. Di atas meja ada kumpulan nota lekat kuning. Ku ambil sehelai dan kutulis sesuatu di atasnya lalu kutampal di bahagian dalam pintu almari Nur.


"The first to apologize is the bravest. The first to forgive is the strongest. The first to forget is the happiest. =)"








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2015 08:36 AM | Show all posts
Ni bersambung ke tak ni?
Geram.aku baca cerpen ni i mean part maaf. Emanglah god maafkan hamba and kita patut maafkan org. Tapi klo dah tahap menganaya acaner? Sampai harta dicuri, mengingatkan aku ke penjahat tu je..grrr...
Takpe,  dia dah mati.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 07:12 PM | Show all posts
waiting 4 sambungan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:43 PM | Show all posts
aku rsa dh tmt cter ni.sbb tt senyp kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 06:58 PM | Show all posts
Esmiria replied at 28-1-2015 08:43 AM
aku rsa dh tmt cter ni.sbb tt senyp kot.

Ada orang tunggu jugak rupanya..

Maaflah awak, saya tak dapat nak sambung lagi sebab bizi dengan anak kecik haa. Asal malam time ada masa nak menulis je terlentok dulu. Lagipun takde idealah .






Tapi kan..... masalah utama saya sebenarnya ialah MALAS.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 07:45 PM | Show all posts
Raizel replied at 29-1-2015 10:58 AM
Ada orang tunggu jugak rupanya..

Maaflah awak, saya tak dapat nak sambung lagi sebab bizi de ...

sy remaji. so pnggil sy adik atau Cik Es. syglh, cter ni tak cliche. tpi tk berupdate .
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062387 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list