CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32636|Reply: 9

Top 10 Artis Wanita Paling Cantik Di Malaysia

[Copy link]
Post time 1-1-2015 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mafus07 at 2-1-2017 11:43 PM

Peluang Untuk Bekerja Part Time Dari Rumah!

Terima bayaran upah lumayan dan bekerja dengan syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas dari rumah. Hanya di http://www.jobdirumah.com


Wanita dan kecantikan mustahil dapat dipisahkan apatah lagi kepada golongan artis dan selebriti. Ada sanggup berbelanja besar untuk tampil anggun dan bergaya.

Sebagai individu yang tergolong dalam kelompok menjadi perhatian ramai, memang agak jarang melihat artis muncul tanpa mekap, apatah lagi dengan penampilan wajah asli.

Namun di persada industri hiburan tanah air kini senario sudah berubah apabila kebanyakan bintang baru terutama yang berwajah ‘Pan-Asia’ tetap tampil menawan walaupun tanpa secalit mekap.

Bagaimanapun, tidak terkecuali artis yang dilahirkan tanpa ‘darah campuran’ seperti Erin Malek dan Wawa Zainal yang tetap muncul anggun walaupun tidak bersolek.

Justeru, ikuti paparan menarik yang berkongsi beberapa amalan penjagaan kecantikan oleh 10 artis paling jelita masa kini yang berusia di bawah usia 30 tahun.

Elfira Loy

Sejak kecil Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nur Elfira Loy Ahmad Sabri suka bersolek. Antara amalannya untuk menjaga kecantikan, dia mesti mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan hariannya.

“Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungei Wang, Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja. Saya bukan jenis orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan saja.

Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga turun-temurun daripada datuknya iaitu menggunakan hampas kelapa untuk mencuci dan membuang daki pada badan.

“Hampas kelapa sebenarnya berminyak dan senang menanggalkan daki. Saya juga tidak berminat memutihkan kulit badan. Bagi saya, cukuplah kulit sekadar nampak lembap setiap masa,” katanya.

Izara Aishah

Izara Aishah Hisham pula hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur.

Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia selesa berada di tempat awam tanpa solekan.

“Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tak boleh makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga tak jaga makan. Saya makan apa saja yang dihidangkan,” katanya.

Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan Naziha itu adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010.

Anzalna Nasir

Berperwatakan lembut, pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini juga memiliki wajah yang menawan. Apatah lagi, jika dia tampil menggayakan gaun labuh dan pendek.

Anzalna yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011 itu, turut dikenali ramai menerusi lakonan berkesannya dalam drama Adam dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.

Nur Fathia


Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abdul Latiff pula dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali sebagai ‘Kekcolly’ yang juga produk kesihatan dari Korea Selatan.

Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian.

“Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan. Namun, saya tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan daripada bahan semula jadi yang selamat.

“Saya selidik dulu penghasilan produk itu sebelum membuat keputusan mencuba. Nampaknya, percubaan saya berbaloi kerana produk itu sesuai dengan saya. Selain itu, saya juga pastikan dapat tidur yang cukup.

“Selain itu, saya amalkan penggunaan produk pelindung sinaran matahari setiap kali keluar rumah dan ketika berada di lokasi penggambaran serta membasuh muka setiap hari,” katanya.

Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah dengan sinaran matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosak kulit dan cepat nampak tua. Fathia yang berdarah kacukan Melayu dan Arab lebih selesa memilih produk dihasilkan dari Jepun dan Korea kerana mereka menggunakan teknologi terkini dan bahan organik.

Neelofa

Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga amat jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2010/2011.

Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini lebih aktif mengacara program TV seperti Nona dan Meletop.

Kilafairy

Memiliki bibir paling seksi dan menawan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy juga tidak mengenakan solekan di wajahnya. Bahkan, gadis manis ini bijak dalam penampilan.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga anak bongsu kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil berjaya membina namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.

Emma Maembong

Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan sapaan Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa mekap.

Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat sering tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.

Bukan sekadar pelakon, Emma yang turut aktif sebagai model iklan ini pernah membintangi drama seperti Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).

Tasha Shilla

Kehebatan Tasha Shila atau nama sebenarnya, Natashasheila Abd Razak dalam lakonan sudahpun dibuktikan oleh artis yang memiliki mata paling cantik ini.

Pernah membintangi filem Ratu The Movie, drama seperti Epilog Cinta Khirana dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha sudah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012.

Nelydia Senrose

Kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose tak boleh dinafikan. Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan cinta dengan lelaki matang, Qi Razali, 35.

Masih lagi melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran Melayu dan Siam cukup dikenali peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan terkini, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.

Wawa Zainal

Berstatus isteri menghalang pelakon Wawa Zainal untuk memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum banyak air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh jerawat.

“Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya juga pakai ‘mask’ (topeng muka) setiap dua minggu sekali,” katanya.

Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 Kali Rindu dan Budak Pailang itu, dia juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam sehari.


Pembongkaran Ekslusif Rahsia Memuaskan Isteri Dengan Teknik Dan Kaedah Sulit Yang Tidak Pernah Difikirkan Oleh Kebanyakan Suami. Hanya di >> menambatisteri.rahsia.net

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2015 06:09 PM | Show all posts
apasal kening wawa zainal so thick like its painted on w crayon anak dia? thot its supposed to be about artist wanita tercantik in malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lately wajah wawa makin cengkung dan,pucat
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wawa..lately mcm over makeup pun ye..masa melodi dlu bedak putih sampai nampak pucat muka dia..then kening pun tebal semacam je..baik wawa make up simple n apply natural look  
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Wawaaaa.. Awat jd lagu tu kening? Dulu cantik sgt iolss tgk wawa ni. Laa ni nampak tak berseri sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Await kening ang jadi lagu tu wawa oiii
dah macam shin chan pon ada.

Ouhhh.. baru ku tahu nama panjang emma maembong Fatimah Rohani  
Mana dtg maembong ??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2015 12:49 AM | Show all posts
Felycya replied at 18-1-2015 01:58 PM
Await kening ang jadi lagu tu wawa oiii
dah macam shin chan pon ada.

MaembonG tu Nama commercial father dia..Nama Betul Ismail apa ntah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
awinpj replied at 21-1-2015 12:49 AM
MaembonG tu Nama commercial father dia..Nama Betul Ismail apa ntah

Oohh.. gitu kekdahnye, IsmaiLaembong Barangkali ?? kikiki.. ikot suke aku je meneka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2017 11:43 PM | Show all posts
Peluang Untuk Bekerja Part Time Dari Rumah!
Terima bayaran upah lumayan dan bekerja dengan syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas dari rumah. Hanya di http://www.jobdirumah.com
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 12:21 PM | Show all posts
Fathia latiff meme cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063810 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list