CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2551|Reply: 7

Muslim berjiwa bersih sentiasa perbaiki diri

[Copy link]
Post time 13-12-2014 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Seorang Muslim yang sentiasa mahu menjadi baik akan selalu memperbaiki dirinya dan menambah pengetahuan dengan ilmu agama untuk meningkatkan identiti supaya lebih menyerlah imej sebagai Muslim yang bermanfaat dunia serta akhirat.

Melalui rancangan Tarbiah yang bersiaran setiap Jumaat, jam 10.15 pagi, Ustaz Sharizan Daud at-Turabi menyatakan, orang sekeliling kita adalah cerminan diri kita dan setiap perbuatan dilakukan mencermin siapa kita. Kita perlu mempunyai jati diri sebagai rujukan untuk mengenal siapa kita dan pada masa sama, kita dapat melengkapkan diri untuk menjadi Muslim yang sentiasa menjaga iman serta bertakwa kepada Allah SWT.

Sharizan berkongsi empat elemen penting sebagai panduan menjadi umat Islam yang baik. Empat elemen itu ialah pengawasan, mujahadah, muhasabah dan hukuman yang mana jika diterapkan dalam diri, menjadikan seseorang itu penuh sifat ihsan serta sifat mahmudah seperti mana dituntut oleh ajaran Islam.

Elemen pengawasan memainkan peranan penting untuk membantu kita supaya tidak tersasar daripada melakukan kejahatan atau yang membawa kepada perkara maksiat. Setiap manusia mesti menanam keyakinan dalam diri bahawa kehidupan ini diawasi oleh Allah SWT.

Setiap manusia lebih mengenal dirinya berbanding orang lain. Oleh itu, jangan membiarkan diri dikawal oleh undang-undang ciptaan manusia dan takut kepada hukuman manusia tetapi tidak mengambil endah larangan daripada Allah SWT. Jangan jadi seperti kucing yang tidak akanmenyentuh sepinggan ikan kerana manusia di sebelahnya, tetapi apabila tidak ada manusia, habis sepinggan ikan dimakannya. Begitu juga perangai manusia yang tidak takut kepada Allah SWT.

Sebaliknya, sebagai manusia yang selalu memiliki sikap pengawasan dalam diri, sama ada secara bersendiri atau di khalayak sekalipun, kita tetap patuh perintah Allah SWT dan hanya takut kepada hukuman-Nya. Kedua, bermujahadah iaitu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah SWT. Perkara ini sukar kerana nafsu selalu berlawanan dengan fitrah manusia yang menyukai perkara baik, sebaliknya nafsu sukakan perkara dilarang.

Mujahadah mengelak kita supaya tidak terpedaya dengan nafsu yang selalu mengajak kepada perkara mungkar. Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang berusaha untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan Segala bentuk kesusahan, pengorbanan dan keperitan dalam menegakkan suruhan Allah SWT di dunia akan dibayar oleh Allah SWT di akhirat nanti.

Allah SWT akan membalas dengan kemanisan dan ketenangan hati walaupun zahirnya seseorang yang bermujahadah terlihat perit serta sengsara.Berapa ramai barisan sahabat yang mati syahid kerana Islam, mereka sanggup berkorban menahan makan dan minum, malah ketika meninggal dunia tiada kain yang cukup untuk menutup jenazah. Zahirnya nampak susah, namun mereka bahagia kerana yakin tidak ada perkara yang membahagiakan melainkan menjadi penghuni syurga yang kekal abadi.

Taat ganjaran syurga

Seseorang yang selalu bermujahadah kerana ketaatan kepada Allah SWT akan mendapat pembalasan syurga tertinggi di sisi-Nya. Sesungguhnya segala pengorbanan dan keperitan menghindari dosa akan dibalas dengan syurga dan keredaan-Nya di dunia serta akhirat. Ketiga, bermuhasabah terhadap kekhilafan diri untuk membentuk jiwa menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri sentiasa mencela segala kejahatan pernah dilakukan yang boleh menjadi penghalang untuk mendapat keredaan Allah SWT.

Setiap manusia tidak akan lari daripada melakukan salah dan dosa, tetapi bagi seseorang Muslim yang berhati bersih sudah pastinya akan selalu menghitung perbuatan dirinya kerana takut akan azab Allah SWT. Amat rugi bagi mereka yang tidak suka mengaku kesilapan diri dan tidak sedar akan kesalahan diri sendiri.

Sentiasa bermuhasabah menemukan kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Kesilapan daripada kejahilan atau kekurangan ilmu itulah dijadikan sebagai peluang untuk memperbaiki diri supaya menjadi insan yang mulia di sisi-Nya. Sesungguhnya orang yang selalu berusaha memperbaiki dirinya dan berusaha gigih mentaati suruhan Allah SWT akan mendapat pahala di sisi-Nya.

Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan yang banyak." (Riwayat al-Tarmizi). Sesiapa yang selalu bermuhasabah terhadap dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk melakukan perkara batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan.

Cela jiwa atas setiap kesalahan

Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang dilakukan terhadap Allah SWT kerana takut azab Allah SWT. Dengan cara menghitung kekhilafan diri inilah menjadikan kita orang yang dapat selalu membina kebaikan.

As-Sayyid Ahmad ar-Rifaie menyatakan, daripada takut akan timbulnya muhasabah, daripada muhasabah timbulnya muraqabah, daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah SWT. Perkara keempat adalah hukuman terhadap dosa yang dilakukan. Tindakan menghukum kesalahan diri sendiri adalah satu bentuk talbiah supaya tidak mengulangi perbuatan lalu pada masa akan datang. Menghukum kesilapan diri dapat membantu menghindari perbuatan buruk dikutuk oleh Allah SWT.

Keempat-empat elemen yang disebutkan perlu dihidupkan dalam diri dan diamalkan bagi membentuk diria menjadi manusia yang mulia di sisi Allah SWT. Tanpa keempat-empat elemen yang disebutkan itu seorang muslim akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan maka tidak berusaha memperbaiki diri. Seperti pesan Saidina Umar al-Khattab, hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang.

-Berita Harian @ Sabtu, 13 Disember 2014 -  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2014 12:06 PM | Show all posts
by adekhairz  

Seorang Muslim yang sentiasa mahu menjadi baik akan selalu memperbaiki dirinya dan menambah pengetahuan dengan ilmu agama untuk meningkatkan identiti supaya lebih menyerlah imej sebagai Muslim yang bermanfaat dunia serta akhirat.


Itu hipokrit namanya.

Kalau kamu berlakon menjadi orang baik semata2 kerana apa2 sebab kecuali utk menjadi orang baik (spt sebab nak menyerlahkan agama kamu), kamu adalah seorang hipokrit. Dalam agama Islam, Munafik namanya.

Kalau kamu jenis jahat, mengaku je lah kamu orang jahat.
Kalau kamu berniat nak menjadi baik, tak payah kamu nak menjadikan agama sbg alasan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 12:38 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 13-12-2014 12:06 PM
by adekhairz  

Kebaikan itu dizahirkan....macam Sembahyang dizahirkan...bukan macam golongan secular semua pakai hati. Cukup hati saja bersih tapi zahirnya membuat dosa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 12:52 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 16-12-2014 12:38 PM
Kebaikan itu dizahirkan....macam Sembahyang dizahirkan...bukan macam golongan secular semua pakai  ...

Apa yang kamu tahu tentang golongan lain?
Senang mulut je kamu cakap golongan lain kotor secara zakir. Last edited by Sephiroth on 16-12-2014 01:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 02:28 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 16-12-2014 12:52 PM
Apa yang kamu tahu tentang golongan lain?
Senang mulut je kamu cakap golongan lain kotor  ...

kalau dah buat dosa mesti la imej nya kotor/tercemar... kalau berpura-pura baik tapi belakang jahat, itu baru hipokrit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 03:18 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 16-12-2014 02:28 PM
kalau dah buat dosa mesti la imej nya kotor/tercemar... kalau berpura-pura baik tapi belakang jaha ...

Memang itulah perangai orang Islam. Depan berlagak spt orang baik tetapi di belakang, kalah Syaitan dlm bab perangai.

Cakap je tak sokong terrorism tetapi bab bagi duit utk sokong penganas2 spt di Burma (Muslim Rohinyan), Palestine (HAMPAS), Indonesia (Jemaah Islamiah) dan Philiphines (Abu Sayyaf) - tak ada negara lain di dunia ini yg setanding dgn Malaysia dan kaum Melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2014 03:21 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 16-12-2014 03:18 PM
Memang itulah perangai orang Islam. Depan berlagak spt orang baik tetapi di belakang, kalah Syaita ...

Lebih baik depan2 jahat kan sis..nanti Tuhan bagi cash gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 04:58 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 16-12-2014 03:21 PM
Lebih baik depan2 jahat kan sis..nanti Tuhan bagi cash gamaknya

Kamu bercakap macam orang mabuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.179230 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list