Akhir2 ni, TT selalu perasan, kawan2 dan orang sekeliling. Atau mudi-mudi(wanita/gadis/anak dara) yang nak kahwin mensyaratkan tunang atau bakal suami supaya tidak dimadukan.
Ada yang perjanjian sekadar lisan, ada yang bertulis dsb.Rasanya ni semua kerana penangan cerita AYat2 Cinta.
Jadi nak tanya forumer wanita yang bijaksana dan sini beberapa point.
1-Semua orang kahwin nak kekal. Tapi banyak juga yang cerai kemudiannya. Samalah macam poligami, rasanya tak ada lelaki yang niat nak pasang 4 dari hari pertama kahwin. Tapi kadang2 benda2 yang berlaku selepas perkahwinan yang trigger. Jadi sejauh mana keberkesanan perjanjian ni.
2-Termasuk tak syarat melarang poligami ni seperti mengharamkan apa yang dihalalkan Allah?
3-Forumer2 sekalian ada tak terdetik nak buat syarat ni. Kalau ada boleh beritahu sejak bila terdetik (perkara yang trigger)
4-Kalau tak percaya dengan bakal suami dia akan setia sejak dari awal, kenapa teruskan juga dengan perkahwinan?
5-Kalaulah memang ada perjanjian bertulis, kemudian lelaki tu langgar, ada apa2 implikasi ke?
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Saya kurang setuju. Macam tak realistik buat perjanjian mcm tu sebab di masa hadapan kita tak tahu apa yg bakal terjadi. Tambah2 soal jodoh yang melibatkan hati dan perasaan. Bagi saya lebih penting kalau pasangan bersikap telus dan berterus terang sekiranya mereka rasa kasih mereka dah berubah arah. Bagi suami yang tiba2 nak berpoligami, eloklah berterus terang dgn isteri. Terserah pada isteri nak terima atau tolak. Masing2 ada pilihan.
yer, setuju dengan tssy...cinta tak boleh dipaksa...tapi perlu diingat, perjanjian ini tidak sah dalam mazhab shafii dan hanafi...unenforceable orang putih kata...ia cuma enforceable dalam mazhab maliki dan hanbali jer...saya tanya orang yang arif...huhu...
kat malaysia ade orang buat ke??? kalau kat negeri2 arab ramai la perempuan yang buat perjanjian macam tu...setakat ni tak pernah dengar lagi perempuan malaysia buat...huhu...
perjanjian ngn Allah pun org ingkar
ni kan pulak sesama manusia..
buat la mcam mana pun..
x bermakna..
x yah kahwin..xde apa nak risau.. Last edited by haryatie on 12-12-2014 08:13 AM
nanacinta posted on 12-12-2014 08:11 AM
kat malaysia ade orang buat ke??? kalau kat negeri2 arab ramai la perempuan yang buat perjanjian mac ...
Buat perjanjian bertulis dengan legal stamping tu, tak biasa dengar. Tapi kalau sembang2, janji dsb tu biasalah. Dulu2 ada atau selepas dari ayat2 cinta?
Cluster77 posted on 12-12-2014 08:21 AM
Buat perjanjian bertulis dengan legal stamping tu, tak biasa dengar. Tapi kalau sembang2, janji ds ...
dari dulu dah ade dik...malah dalam mazhab hanbali dan maliki, kalau isteri buat perjanjian kalau suami kawin lain maka jatuhla talak pada isteri kedua...perjanjian ini sah...jadi bercerai la suami dengan isteri kedua...seingat saya la yang bukan pakar ni...huhu...
Esmiria posted on 12-12-2014 09:14 AM
mazhab ni pe? tak faham aku. Bukan ke isle ada quran as panduan?
mazhab ni kira school of jurisprudence...memang la kena ikut quran kan...tapi setiap scholar ade tafsiran berbeza kan...sebab tu terjadinya mazhab...malaysia kan mazhab rasminya mazhab shafii...huhu...tak pandai nak terangkan...es tanya orang yang pakar la...takut salah pulak...
Menjawab soalan2 TT, mungkin kalau perjanjian ni dalam bentuk bacaan taklik, berkesan kot. tapi kalau perjanjian tu dilakukan dalam keadaan diugut, bukan ke tak sah? tapi ada ke yg sanggup baca masa taklik. Malu la kot perempuan, nampak sgt baru kawen dah Queen Control gitteeww.. harus masuk dalam black list menantu bukan nombor 1 MIL
aku tak pernah terfikir nak buat perjanjian apa2 pasal aku awal2 lagi dah bagi green light kat laki aku nak kawen baru, kawen. tapi syarat2 aku:
1. make sure la jgn kawen kat siam, jgn buat malu jantan pengcut bawa lari anak dara org kawen kat seberang. nak kawin, mohon kat mahkamah, aku nak pergi mahkamah jumpa hakim, aku akan list2 kan segala bapak perbelanjaan yg aku tanggung so far bla bla.. biar mahkamah tentukan dia layak ke tak kawen lain.
2. kalau dia degil gak nak kawen kalau tak layak, syarat seterusnya aku taknak apa2 perbelanjaan aku dikurangkan. kalau sebelum ni kasi duit seribu, takde maknanya kasi duit rm500 selepas tu.. tu tanda dia tak mampu..dan no, aku takkan kongsi apa2 harta dgn second wife. apa2 bantuan, sila minta kat keluarga mertua yakni keluarga laki aku. Hanya title isteri aje dikongsi.
3. aku akan beri masa setahun. kalau aku rasa poligami tu tak membahagiakan aku, aku nak bercerai. pasal bagi aku kalau poligami membahagiakan dia, dia pun kena hormat la kalau perceraian tu membahagiakan aku. aku pun berhak untuk bahagia--walau bukan dgn dia....
4. Aku tau aku isteri dan aku boleh dimadukan, tapi jangan lupa, you're just a husband. You're replaceable too.
Pendek kata jadi perempuan ni xyah nak mati hidup kerana laki. takde maknanya..
Kalau me, xde la nak buat perjanjian.
Just remind him, if he want to married another women i let him,
But, please let go of me..
Siyesly, i memang xsanggup nk madu2 ni.
I know mende ni halal, tp ntah la..
Its so hard for me to face it. And hopefully this will not happend in my marriage..
tapi kalau suami jenis duit pun tak cukup, ade ciri2 tak adil... kalau boleh halang, halang la...jangan biarkan masa depan anak2 kita musnah kerana impian bapak...lagipun yang jenis poligami kat malaysia ni kebanyakan yang kurang berada, kawin banyak ni...huhuhu...
ingatlah zaman sekarang banyak nak pakai duit...education anak2 yang paling penting...20-30 tahun lagi penduduk melayu mungkin mencapai hampir 90%...kita akan bersaing sesama sendiri untuk dapat bantuan kerajaan...masa tu NEP pun tak berguna...fikir panjang2 k...fikir berkali2 tentang masa depan anak2...EDUCATION, EDUCATION, EDUCATION...remember, pendidikan anak2 lebih penting drpd tambah bini... Last edited by nanacinta on 13-12-2014 06:08 AM
nanacinta posted on 13-12-2014 06:04 AM
tapi kalau suami jenis duit pun tak cukup, ade ciri2 tak adil... kalau boleh halang, halang la...jan ...
Betul tu. Memang tak setuju pun jenis2 macam tu. Saya banyak jumpa lelaki yg tak adil kahwin lebih dari satu. Tak mampu tapi nafsu ada. Sudahnya anak dan isteri terabai. Ada yang abaikan isteri pertama dan anak, ada juga yang abaikan isteri kedua dan anak2. Elok macam @tipuware kata, masuk mahkamah, biar mahkamah tentukan kelayakan.
Cumanya, syarat dari awal perkahwinan tu macam melampau pula. Santai sudah. hihi.