CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6128|Reply: 5

Bahlul Itu Wali Allah

[Copy link]
Post time 11-11-2014 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Perkataan ‘Bahlul’ sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul. Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan ‘Bahlul’ kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?
Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.
Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri. Disini kami paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.

Cerita 1
Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid, isterinya dan Bahlul.


Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?

Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah syurga.
Isteri Harun : Boleh aku beli?
Bahlul : Boleh..
Isteri Harun : Berapa?
Bahlul : 10 Dirham

Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada Bahlul.

Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan Bahlul.
Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga. Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.

Harun : Ini rumah isteri aku.

Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah kau.
Bagun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.

Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.

Bahlul : Boleh.
Harun : Berapa?
Bahlul : 10,000 Dirham.
Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?
Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau dah nampak!


Cerita 2
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, “Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya”. Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.

Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawan Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!

Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.


Cerita 3
Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:


Bahlul: Bagaimana kamu makan?

Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul: Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?

Sedutan dari jejak rasul yang memetik kisah Bahlul


Menurut dari tiga cerita ini jelas sekali Bahlul bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul. Dia sebenarnya bijak dan juga sarkastik. Sedangkan Sheikh Junaid sendiri pun datang mengadap Bahlul untuk mendapatkan nasihat dan dari cerita yang ketiga jelas Bahlul ini seorang wali Allah.
Hari ini penggunaan perkataan bahlul telah disalah ertikan oleh masyarakat yang menggunakanan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perktaan itu disalah ertikan oleh masyarakat kita. Wallahualam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 05:25 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullah

Uncle bukanlah menolak ketokohan Bahlool Al Majnun sptmana yg dibawa kisahnya di  sini.

Bagaimanapun,kisah2 Bahlool Al majnun ni sebenarnya sangat popular dikalangan kaum Shiah.

Kita kena faham, ramai Ulama2 kita yg disebut sebagai "Imam Maksum" oleh kafir Shiah ni, tapi sebeanrnya mereka bukanlah shiah pun, spt Syekh Jaafar Sidiq R.H yg dianggap salah seorg Imam Maksum Shiah, begitu juga cucunda Rasullullah s.a.w sendiri .
jadi Uncle tak tahu Syekh Wahab B Amr samada benar2 Shiah atau merupakan tokoh yg di shiahkan oleh puak shiah.

Khalifah Harun Al Rasyid, memang khalifah Abasiah yg hebat & berjaya menaikkan islam...bagimanapun, kaum Shiah  memang sgt membenci Khalifah Harun Al Rasyid sebab beliau dituduh membunuh Imam Musa Khadim (salah seorg yg disebut imam 12 shiah -entah betul entah tidak..)

Jadi masa Imam Musa dipenjara, kononnya Imam Musa pesan kat murid2 dia huruf "jimm " je..jadi murid2 dia tafsir sendiri..yg kata Jabl , lari ke bukit...yg kata jala ul watan..p keluar negara..Imam Whab b Amr tafsirkan jimm tu junoon (gila) si jadi le majnon ..org gila.


Jadi kisah2 Al Bahlool ni kebykkan nya nak downkan tokoh2 Islam..misalnya..Khalifah Harun Al Rasyid digambarkan khalifah yg jahat dsbnya...Malah kalau kita cek kat kitab2 shiah..kisah Al Bahlool baling batu pada Imam Abu Hanifah ..agak popular juga.
Kononnya Imam Abu Hanifah mempertikai syaitan diseksa dgn api, sebab dicipta drp api, dsbnya ..hingga Imam Bahlool baling ketul bata kekepala Imam Abu Hanifah sebagai bukti manusia drp tanah boleh dicederakan tanah .
(seolah2 Imam Abu hanifah ni bodoh sgt... )

Padahal, entah sempat ke tak mereka bertemu??? sebab setahu Uncle Imam Abu Hanifah ni hidup lebih awal...


Entahlah...munkin sebab banyaknya cerita2 shiah yg sengaja mendownkan ulama/tokoh2 Islam dikaitan dgn Al Bahlol makanya ...Nama Bahlol di setkan sebagai nama yg buruk ...(baguslah begitu)

Tapi nampaknya, cerita Bahlool dipopularkan semula oleh ustaz2 kita juga...

So..Uncle taklah nak komen byk..cumanya..kalau sesiapa yg baca kisah2 bahlool nanti..just br in mind, munkin ianya adalah kisah2 drp golongan shiah ..yg sengaja nak merosakan sejarah Islam yg sebenar....supaya kita tak terpengaruh.

wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus!!!!

Jejaga cuba bila cari guru dan sumber agama , ambik tahu latar belakang akademik depa , institusi mana dan kepakaran depa.

Saya kalau tang bab bab syariah you rujuk Dr Zaharuddin or Dr Zulkifli...

Or sarjana yg dok kat ISTAC or IKIM

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 10:01 AM | Show all posts
aku hanya ambil PENGAJARAN yg BAIK ni
manalah tahu ada yg mau ambil pelajaran
bukan sekadar ambil kisah dahulukala je

Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa?

Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa?

Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?


dendam n benci
termasuk kot - kedekut, perasan, iri hati, fitnah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Insyaallah yg baik kita amek tauladan sahaja. Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo kesahnya.. Baru ku tahu asal usul  bahlul.. Bahulu kenal la
Thanks sharing!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.097607 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list