View: 4109|Reply: 13
|
Contest Cerpen Deepavali: Manisnya Laddu
[Copy link]
|
|
Ok, ni citer deepavali pulak..@NaylaArisha @cmf_conan (nak tacang)...kekdahnya aku join contest nih..
SERI tersenyum gembira. Pemandangan di kampung itu dinikmati penuh dengan rasa puas. Sejak pulang dari Amerika, sebaik tamat pengajian, Seri bercadang untuk berehat seketika sebelum berhijrah ke bandar Kuala Lumpur mencari pekerjaan. Baginya dia tidak perlu tergesa-gesa untuk mencari kerja. Keluarganya mempunyai perniagaan sendiri di bandar Kuala Lumpur. Dia berada di kampung ini pun kerana rindu pada nenek. Sementelah lagi sejak dia berumur lima tahun lagi, dia sering bersama nenek di kampung. Kadang-kadang dia akan berkelah bersama dan mengajak kawan-kawannya sekali berkelah di jeram sungai yang terletak di hujung kampung.
Senyuman terukir di bibir. Teringat kenangan sewaktu kecil dan semasa dia masih bersekolah. Dia dan beberapa rakan yang satu sekolah dengannya dulu selalu juga mandi manda di sungai itu. Bergelak ketawa bersama. Yalah, zaman budak-budak, hanya seronok saja yang mereka tahu. Ketika itu, mereka berkawan tidak kira bangsa dan agama. Yang paling rapat dengannya ketika itu, Puspa, kawan satu kelas dari darjah satu sehinggalah ke tingkatan lima. Habis SPM, mereka membawa haluan masing-masing tetapi masih tetap berhubung. namun dalam ramai-ramai kawan yang dia ada di kampung itu, satu nama sudah melekat di hati. Ravin, abang Puspa yang hanya tua setahun darinya. Apa khabar agaknya dia sekarang ini?
Jauh Seri merenung sawah padi yang tumbuh subur di situ. Sambil duduk di batas sawah, Seri melepaskan pandangannya jauh sayup ke arah sawah yang menghijau. Kepulangannya kali ini terasa damai sedamai sawah padi yang terbentang luas di depannya. Lama dia berehat di situ sambil merenung sayup. Burung-burung berterbangan mencari makanan di situ. Sesekali air di petak sawah berkocak. Mungkin ada ikan yang berenang di situ mencari makanan.
Puas menikmati pemandangan di situ, Seri bangun perlahan. Selipar disarung kemas ke kaki semula. Dia mula mengatur langkah ke jalan yang masih bertanah merah. Langkahnya terhenti, tergamam seketika. Seorang lelaki yang segak berkemeja dan berseluar jeans sedang tersenyum kepadanya di jalan itu. Berdiri di tepi sebuah kereta mewah.
"Seri!"
Seri masih diam membisu di situ. Dia genyeh mata berkali-kali. Mana tahu dia tersalah pandang dan tersilap melihat kelibat lelaki itu.
"Seri! Akulah!!"
Kali ini Seri melihat lelaki itu sedang berjalan ke arahnya melalui batas sawah yang agak becak akibat hujan lebat malam tadi. Dia masih kaku terdiam di situ.
"Seri, tak sangka jumpa kau di sini. Makin cantik aku tengok. Kau buat apa di sini?" Ravin sengih.
"Err..aku..aku ambil angin petang. Bila kau balik?" Seri pandang Ravin yang tersengih di depannya.
"Semalam, lusakan nak Deepavali." Ravin senyum lagi.
Seri angguk-angguk. Terlupa pula dia pada hari perayaan kaum India itu. Wajah Ravin ditatap seketika. Sudah banyak berubah lelaki itu jika dibandingkan kali terakhir dia berjumpa Ravin ketika mengambil keputusan SPM dulu. Kini lelaki itu mempunyai kumis nipis, sekali pandang ada iras pelakon terkenal Tamil, Vijay, yang berbeza, lelaki itu berkulit agak putih. Mungkin dia mewarisi dari sebelah ibunya yang keturunan Cina. Senyuman lelaki itu masih seperti dulu. Manis dan menawan.
"Seri..hello.." Ravin petik jari berkali-kali. Seri dilihat sudah merenung jauh ke arahnya.
"Hah? Err..ada apa?" Seri tersedar.
"Ni, jom naik kereta aku. Aku nak pusing-pusing kampung ni. Sudah lama aku tak round kampung ni." Ajak Ravin.
"Aku bawa basikal, tu!" Seri tuding ke arah basikalnya disandarkan di tepi pokok kelapa di tepi jalan bertanah merah itu.
"Ala, biar je la basikal tu. Jom!" Selamba Ravin tarik tangan Seri menuju ke keretanya.
PULANG dari bersiar tadi, Seri kembali mengambil basikalnya di tepi sawah. Ternyata Ravin begitu teruja bersiar bersamanya mengelilingi kampung tadi. Sepanjang bersiar itu, Ravin lebih banyak berceloteh itu ini. Dia pula sekali sekala menyampuk bila Ravin membuat lawak. Sempat juga dia bertanyakan hal Puspa, adik Ravin. Nampaknya mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Deepavali bersama nenek mereka di sini. Sempat juga Ravin mengajaknya beraya di rumah nenek pada hari Deepavali itu. Memang dulu ketika sekolah, dia selalu berkunjung ke rumah nenek Ravin da Puspa. Mereka belajar bersama dan bermain bersama. Malah dia sempat belajar membuat kuih Laddu dari nenek Ravin. laddu atau laddu boondi yang masyhur dalam masakan manisan dari benua India. Kuih yang menjadi simbolik untuk kemakmuran dan juga kemanisan hidup menurut kepercayaan kaum India. Laddu adalah hidangan utama yang diberikan sebagai tanda hormat pada tetamu.
"Hmm..kenapa hati aku berdetak semakin kuat?" Seri sentuh dadanya yang terasa degupan jantung berdegup.
Dia mula menunaikan solat maghrib bila nenek mula memanggilnya tadi untuk berjemaan sekali di ruang tamu bersama tok wan. Usai menunaikan solat, Seri kembali ke biliknya semula dan membelek resepi yang pernah ditulisnya dulu di dalam nota kecil. Nota yang penuh dengan resepi yang dicatat sama ada dia belajar dari nenek atau nenek Ravin. Seri senyum. Resepi Laddu manis masih ada lagi halamannya. Esok, dia akan ke pasar membeli bahan-bahan untuk memasak kuih Laddu nanti.
PAGI lagi Seri ke pasar bersama nenek. Teruja dia membeli bahan-bahan untuk membuat kuih laddu nanti. Tepung kacang dhal, telur, buah pelaga dan juga biji gajus. Dia akan pastikan semuanya dibeli dan tidak ada yang tertinggal. Nenek pula seperti sudah tahu semua itu. Memang sejak dulu dia suka membuat kuih untuk diberi kepada nenek Ravin tidak kira pada hari perayaan ataupun tidak. Usai membeli semua bahan mentah dan barang untuk memasak tengahari itu, dia dan nenek mula pulang ke rumah menaiki teksi.
Seri terus saja ke dapur menyediakan kuih Laddu untuk dibawa ke rumah Ravin esok.
Nenek tersenyum di tepi sinki melihat kesungguhan Seri memasak kuih tradisi kaum India itu. Sungguh Seri cepat belajar. Tidak kekok memasak semua itu. Di rumah itu pun, Seri yang memasak untuk sarapan, lauk tengahari dan makan malam. Sambal sotong Seri yang paling sedap.
"Seri, opah tengok Seri ni pula yang nak beraya. Sakan buat kuih Laddu tu?"
Seri senyum. Dia pandang neneknya yang sudah tersenyum-senyum di situ sambil mencuci ayam yang dibeli dari pasar tadi.
"Tak adalah opah. Kan Seri selalu buat kuih ni. Lagipun, esok hari Deepavali. Seri ingat nak buat lebih sikit. Kan ramai tetamu yang datang di rumah nenek Laskhmi." Seri sengih. Malu sebenarnya jika neneknya tahu niat sebenarnya. Dia paling suka jika kuih Laddunya dijamah oleh Ravin dan ternyata Ravin tertunggu-tunggu kuih Laddu darinya.
"Yalah..eloklah bersedekah."
Seri senyum lagi. Lincah tangannya membuat adunan kuih manis itu. Dia tersenyum puas bila kuih Laddunya siap dimasak. Usai memasak kuih laddu, Seri menolong nenek menyediakan juadah tengahari pula.
KINI tiba hari Deepavali. Seri pula sejak pagi lagi sudah bersiap-siap untuk ke rumah nenek Laskhmi. Kuih laddu manis yang dibuatnya semalam diambil dari peti sejuk.
"Tentu Ravin suka. Puspa pun mesti suka kuih ni." Seri senyum.
Dia kemaskan tudungnya dan baju kurung yang dipakai. Sempat dia beritahu nenek untuk ke rumah nenek Laskhmi. Perlahan Seri mengayuh basikal. Kuih Laddu tadi dimasukkan ke dalam tupperware dan disimpan dalam bakul basikal. Rumah nenek Laskhmi terletak tidak jauh dari rumah neneknya. Seri tidak lekang dari mengukir senyum sepanjang dia berkayuh ke rumah nenek Laskhmi.
Tiba di laman rumah nenek Laskhmi, Seri melihat begitu meriah laman itu dihias dengan lampu lip lap dan juga pokok bunga kertas yang berbunga lebat. Ada juga kalungan bunga melur di pintu masuk rumah. Basikalnya disandarkan di perdu pokok mangga di depan rumah nenek Laskhmi. Seri mengambil kuih laddu dalam bekas plastik. Dia menapak perlahan ke arah pintu utama.
"Nek Laskhmi! Puspa!" Seri melaung memanggil dari luar pintu yang terbuka sedikit.
"Eh, Seri!!" Meluru Puspa memeluk Seri yang sudah berdiri di situ.
"Ni, kuih laddu." Seri hulur bekas plastik tadi.
"Terima kasih..kau ni, susah sajalah. Mari masuk!" terus saja tangan Seri ditarik masuk ke dalam rumah.
Seri bersalam dengan nenek Laskhmi, kedua orang tua Puspa dan dia duduk di sofa memerhati sekitar ruang tamu. Cantik dihias. Matanya meliar mencari kelibat Ravin.
"Err..mana tetamu lain?" Seri bertanya. Sebenarnya dia ingin bertanyakan Ravin tadi.
"Laa..kan pagi lagi ni.Baru pukul lapan setengah." Puspa ketawa mengekek melihat Seri tersengih sambil garu kepala.
Seri tersenyum malu.Nampak sangat dia yang terawal datang ke situ.
"Eh, marilah makan. Aku ada masak lontong tahu! Marilah rasa!" Puspa sekali lagi menarik tangan Seri ke ruang meja makan.
Seri melihat banyak lauk pauk terhidang di situ. Kecur liurnya memandang lauk di situ. Ada kari kambing, ayam goreng berempah bersama daun kari dan kuih ada beberapa jenis.
"Ala..macam tak biasa. Semua ni halal." Puspa ceduk nasi ke dalam pinggan dan disua kepada Seri.
Seri sengih. Dia mula menjamah nasi dan mengambil lauk di situ. Sungguh berselera dia menikmati lauk yang dihidangkan di situ.
"Eh, Seri! Cantiknya kau pagi ni!"
Tersembur nasi dalam mulut Seri. Terbatuk-batuk. Dia segera menogok air bila dihulur Puspa tadi. Bila terasa lega, Seri berpaling ke arah Ravin. Terpegun seketika. Ravin kacak dengan pakaian punjabi yang berwarna..
"Alamak..sedondon pula kita.." Terpacul dari mulut Seri sebaik melihat Ravin kemas dengan punjabi suit berona merah hati.
"Kan mimpi kita sama." Ravin kenyit mata.
Tersedak sekali lagi Seri di situ. Terasa belakang badannya ditepuk-tepuk seseorang. Dia mula mendongak bila terasa lega. Ravin masih menggosok belakang badannya sambil tersenyum. Erk!
"Ehem!" Puspa berdehem kecil. Buat-buat batuk.
Ravin hanya senyum. Dia kemudian bersama melabuhkan punggung di situ dan menjamu selera bersama Seri dan neneknya. Puspa yang berada di sebelah Seri dilihat sudah menjeling ke arahnya. Habis saja makan di situ, Ravin mula melayan tetamu yang datang.
"Seri, aku tahu,kau suka abang aku kan?" Usik Puspa. Sengihnya semakin lebar.
"Eh..mana ada..." Seri tunduk. Mukanya sudah berona merah.
"Ya..tadi aku nampak kau gelabah. Lepas tu, kau senyum bila abang aku beria makan kuih laddu yang kau buat tu." Puspa mengusik lagi.
Seri senyum lagi. Kalau suka sekalipun, mereka berbeza agama dan budaya. Dia tunduk sambil menghabiskan nasi dalam pinggan.
"Kenapa kau tak luahkan pada abang aku?" tanya Puspa lagi.
Seri mendongak semula. "Kau ni..aku gurau jelah. Aku dan abang kau tu kawan biasa je. Kan kita berbeza agama. Ish!" Seri ketawa. Dalam hati, ingin saja dia laung nama Ravin.
"Betul la kata kau tu tapi famili aku sekarang ni semuanya dah jadi rojak. Ada Hindu, Kristian, Buddha dan tak lama lagi ada yang muslim." Puspa sengih. Dia jeling Seri yang sudah tepat memandang ke arahnya.
"Muslim? Siapa yang nak masuk Islam?" Seri sudah berkerut kening. Setahunya Puspa mempunyai keluarga yang besar. Adik beradik Puspa saja sudah boleh dibuat pasukan bola sepak.
Soalan Seri tidak dijawab.
Usai bersembang dengan Puspa dan nenek Laskhmi, Seri mula minta diri. Kedatangannya ke sini pun hanya untuk menghantar kuih laddu saja tadi, tak sangka pula terus tersangkut melekat di situ sampai ke tengahari. Memandangkan tetamu pun ramai yang sudah datang, Seri mula minta diri. Sekali lagi dia bersalam dengan orang tua Puspa dan nenek Laskhmi.
"Seri.."
Langkah Seri terhenti. Ravin berlari ke arahnya.
"Ada apa?" Seri pandang Ravin penuh tanda tanya.
"Terima kasih laddu tu. Sedap dan manis, macam tuannya juga." Ikhlas Ravin memuji.
Seri senyum. Ingatkan apa la tadi. Dia mula kayuh basikal meninggalkan laman rumah nenek Laskhmi.
SAMPAI di rumah, Seri berehat di anjung rumah. Dia tersenyum sendiri. Ah, sudah angau agaknya aku ni pada pemuda tu. Seri menapak malas ke biliknya. Dia capai telefon bimbitnya. Ada mesej masuk.
'Seri, manis laddumu itu semanis cinta ku padamu.'
Berkali-kali Seri genyeh mata. Terasa berada di dunia khayalan. Dia mula membalas mesej dari Ravin.
'Kau nak jadi maharaja lawak ke?'
Seri senyum. Cepat saja mesejnya dibalas semula.
'Tak. Aku serius. Manisnya Laddu itu semanis rasa hati aku.'
Seri menelan liur berkali-kali. Dia garu kepala.
'Boleh tak jangan nak buat lawak lagi?'
Seri baca lagi balasan mesej dari Ravin.
'Aku serius. Fullstop.'
Seri keliru dan bingung. Dia abaikan saja mesej dari pemuda India itu. Dia menapak ke bilik air. Esok, dia akan kembali ke Kuala Lumpur semula. Jika benar sekalipun kata-kata Ravin, tidak mungkin mereka bersatu.
KUALA LUMPUR. Seri mula bekerja di bandar metropolitan itu. Sudah tiga bulan berlalu. Seri pandang kalendar. Tiga bulan juga dia kembali ke Kuala Lumpur semula. Telefon bimbitnya dicapai dari atas meja bila terdengar nada mesej masuk. Mesej dibuka dan dibaca.
"Assalamualaikum Seri. Rindu pada manisnya laddu.'
Seri yang menopang dagu tadi terus saja tegakkan badannya. Dia sandar di kerusi. Mesej itu dibaca berkali-kali. "Dia bagi salam?"
Sekali lagi mesej masuk. 'Pandang depan'
Pantas saja Seri mendongak. "Ra...Ravin?"
Ravin senyum. Dia pandang sekeliling. Teman sepejabat Seri yang lain turut senyum.
"Ma..macam mana kau tahu aku kerja di sini?" Seri sudah bingung. Ravin tiba-tiba muncul.
"Kau belum jawab salam aku. Berdosa tau." Ravin senyum.
"Err...kau...kau dah.." Seri garu kepala.
Ravin mengangguk." Nama aku Ravin Firdaus Abdullah."
Seri terdiam. Kini dia faham mesej yang dihantar Ravin tadi.
Ravin hulur satu bekas laddu manis kepada Seri dan dia mula berlalu pergi.
Seri pandang bekas laddu itu. Dia buka perlahan penutupnya. Cuma ada sebiji saja. Dia berkerut kening. Sebiji laddu itu diambil dan dikunyah perlahan. Memang terasa manisnya laddu itu. Semanis laddunya dulu.
"Erk! Apa ni?" Seri muntahkan semula bila dia tergigit benda keras.
"Cincin??" Sebentuk cincin sudah berada di tapak tangannya.
Seri senyum.Manisnya laddu...
TAMAT
Last edited by Ipo on 25-10-2014 10:29 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik x tertelan cincin tu .... |
|
|
|
|
|
|
|
Best la citer ni ipo..hehehe..ipo bleh x kembangkan lagi cite ni nnt..cinta laddu merah ke...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kenarihitam posted on 25-10-2014 08:48 PM
Best la citer ni ipo..hehehe..ipo bleh x kembangkan lagi cite ni nnt..cinta laddu merah ke...hahahah ...
amboih...nak bodek suruh buat novel la tu..
anyway..terima kasih kerana sudi baca cerdek nih..(cerita pendek) bak kata @cmf_conan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 25-10-2014 10:59 PM
amboih...nak bodek suruh buat novel la tu..
anyway..terima kasih kerana sudi baca cerdek nih ...
Hahahaha..mmg bodek pun..kembangkn wt novel pun ok ipo..cita ni mmg best..yg penting endingnya mest ravin kawen ngn seri..hahhahahaah |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 25-10-2014 11:11 PM
mana datang siti plak?
korang ni kan....nak happy ending je..
Typo error la ipo...bukan siti..tp seri..hahaha...dh betulkn dlm post yg sebelum ni..of course la nk happy ending kan..klu sad ending xbest .. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah..cerita yang sgt menarik..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak kongsi hasil penulisan, tapi still x confident..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
the reason i read this story sbb nk bedakn gya tulisan ipo dgn bintaang. mood nk tiru gya tulis org maii
Aku act dh jmu dgn kisah cinta.tpi im so touching with the ending.sweet. aku rsa nk india as temn lelaki aku lak.muahahahaha. ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 7-8-2015 03:49 PM
akak suka lelaki cina..but we are not meant to be...ros merah dan coklat yg diberi...hanya tinggal kenangan..
ros merah akak tepek dalam nota kasi kering dan coklat masuk perut kawan sebab akak tak suka coklat
|
|
|
|
|
|
|
|
susahlah lain agama akak.... Klo lainbangsa xpe ...huhuhu.ayat last mmng lawak! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|