CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3045|Reply: 6

Berhutang – Roh Tergantung Antara Langit Dan Bumi…

[Copy link]
Post time 13-10-2014 09:09 AM | Show all posts |Read mode
came across the below info while browsing the internet. Good to share with dan untuk ingatkan diri sendiri jua.



Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”

Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.

Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

“Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 12:41 PM | Show all posts
Benarkah adanya roh tergantung ini??? ramai juga yg menolaknya, so meh tengok firman Allah ni;

Al Mukminun 99 dan 100


Telah tiba ajal maut, sementara Alam barzakh hanya dihadapan, belum dapat masuk lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:15 AM | Show all posts
kalo berhutang dgn mn2 comp ..pon kne byr la kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 01:44 PM | Show all posts

aku ada sorang sepupu...dia kata dia mimpi yang dia tengah solat kat masjidil haram..tp masa dia solat tu ada seorang lelaki di depan dia seperti hadang dia lakukan solat itu...dia pun berhenti solat dan terus tukar  tempat solat but lelaki tu masih juga hadang dia.

sepupu aku tu mmg niat lah nak pergi umrah dan haji but mungkin Allah beri dia alamat untuk dia bayar hutang2 dia dulu sebelum lakukan ibadah haji kot. Wallahu’alam bissawab

sebab tu sekarang ni dia tgh usaha nak lunaskan hutang2 dia.

aku rasa amai gak yang masih berhutang...macam aku gak la hutang banyak..harap2 Allah swt murah kan rezeki kita seme untuk kita lunaskan segala hutang2 kita yang ada. Aamiin.

In Sha Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang byk jenis. Yg dimaksudkan hutang duit ke? Kalau hutang duit, org berhutang pun layak terima zakat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang bukan hutang duit saje....hutang amalan juga kene langsai...especially solat.yang wajib tetap kene langsai.....so solat yang tertinggal pun wajib qada....perringatan untuk aku dan semua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2014 11:49 AM | Show all posts
ana_w_houb posted on 24-10-2014 04:05 PM
Hutang bukan hutang duit saje....hutang amalan juga kene langsai...especially solat.yang wajib tetap ...

betul tu!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 1.891173 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list