View: 1534|Reply: 0
|
Haiwan korban berhak untuk dilayan dengan baik sebelum disembelih!
[Copy link]
|
|
Wardina Safiyyah OfficialPage
1 hr · Edited ·
Boleh kongsikan cara haiwan dilayan di tempat anda?
Setiap tahun. Setiap tahun sama saja, hiba melihat betapa UNISLAMICnya sesetangah cara sembelihan dan layanan kepada binatang. Tengok video-video kasar dan akhlak buruk umat Islam ketika menyembelih/sebelum menyembelih binatang. Melihat mereka membuli binatang, bersorak riang mengacau lembu. Nabi saw TIDAK mengajar begitu. Bukan saya yang kata Nabi saw yang suruh.
BACA No 3 & No 2--Tidak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan cara yang kasar.
Ada yang tak tahu atau tak faham? Or is it because our ustaz and imam did not emphasize this aspect? Memalukan betul.
Biasanya lembu disembelih tanpa penghadang semua lembu lain nampak.
Tatacara dan Adab-adab Menyembelih Haiwan Menurut Sunnah
Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://fiqh-sunnah.blogspot.com
Ihsan Terhadap Haiwan Sembelihan
Di antara cara dan sikap ihsan yang disunnahkan ketika melaksanakan penyembelihan haiwan adalah:
1. Tidak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih.
2. Tidak menyembelih haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang akan disembelih.
3. Tidak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan cara yang kasar.
4. Memilih cara paling mudah dan yang paling kurang menimbulkan rasa sakit. (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 13/106. Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadzi, 4/553)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan supaya sentiasa bersikap ihsan (baik) terhadap segala sesuatu. Apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang paling baik. Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa.” (Hadis Riwayat Muslim, 10/122, no. 3615)
Maksud, “... hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa.” adalah dengan menajamkan pisau dan mempercepatkan pergerakan pisau ketika menyembelihnya. (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 13/106)
Pisau (alat menyembelih) hendaklah ditajamkan lebih awal sebagaimana kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
أتريد أن تُمِيتَها موتاتٍ هَلاَّ حَدَدْتَ شَفْرَتك قبل أن تُضْجِعَها
“Adakah kamu mahu membunuhnya dua kali? Tajamkanlah pisau terlebih dahulu sebelum kamu membaringkannya.” (Hadis Riwayat al-Hakim, 4/257, no. 7563. Dinilai sahih oleh adz-Dzahabi)
Di antara hikmahnya adalah supaya haiwan tidak dibiarkan berada dalam keadaan tertunggu-tunggu, ketakutan, dan tidak selesa |
|
|
|
|
|
|
| |
|